Wednesday, July 15, 2009

Makin malas & Noodle Station

Aku jadi semakin malas sejak akhir-akhir ini.

Ntah la, aku pun tak tau la apa sebenarnya menjadi penyebab. Mungkin jugak sebab aku sendiri yang meemang dah jadi pemalas. Adakah keadaan yang menyebabkan aku jadi malas, aku memang aku ni dah jadi pemalas?
Malasnya aku fikir (ni malas lagi).

hari ni banyak yang aku diskusikan dengan bos. Diskusi yang ok-ok aja gitu. Aku coba cari mood bekerja hari ni, ternyata pagi aku agak bersemangat sikit. naik tengahari, aku jadi semakin malas. malas... malas lagi...

Tengahari tadi aku lunch kat Noodle Station Alamanda. Perancangan awal nak makan kat McD tapi memandangkan restoren tu yang aku jumpa dulu so aku makan kat situ. Aku order wantan mee tomyam with seafood (iye ke, aku pun tak hingat) sebagai menu utama dan Ice Age sebagai minuman.
(mee tomyam tu...gambar ambik kat web je. malu nak snap kat kedai)
(Ice Age katanya...reminds me of my AGE)
Bagi aku, makanannya biasa-biasa saja. minumannya agak superb, blackcurrent blended campur soda. Ok la jugak kot. Tapi apa yang menyedihkan, service kedai tu hampeh. Sebabnya:
i. kedai tu service very the lembap walaupun banyak pekerja. kitorang sampai lewat, walaupun restoren tu hampir penuh. ramai orang tengah tunggu makanan. aku ngan fren makan makanan yang sama. nasib baik ambik menu yang sama kalau tak sampai bersawang pun makanan tak sampai. aku ambik kes sekumpulan pompuan yang duduk sebelah kitorang. dorang sampai dulu tapi sampai kitorang selesai makan, makanan dorang pun tak sampai lagi. (walaupun aku tak suka sangat ngan perangai pompuan tu tapi kesian gak tengok dia. dalam ati, rasakan ngko!!!)
ii. cara pekerjanya layan customer terutamanya customer yang lambat dapat makanan tadi. sungguh tidak profesional. Dia just keluar masuk kitchen tu tapi tak bawak apa pun. tup-tup aku tengok dia dah ada kat luar kedai bersembang.

iii. customer yang datang kemudian dapat makanan dulu. kalau aku jadi customer yang dapat makanan lambat walaupun aku datang awal, harus la aku mengamok tak hingat punya.

So, kalau aku nak makan lagi kat situ, aku akan fikir 400 - 500 kali. Oh ya, portion makanan dan minumannya pun tak berbaloi dengan harganya. My mee goreng tomyam tu cost dalam RM8++ dan minuman pun dalam average harga makanan tu. gelasnya tinggi tapi kurus. aku agak, isinya takde la banyak sangat. So, not really value for money kalau ajak kengkawan makan kat situ.

Apapun, harap kalau aku makan sana next time, aku tak hadapi masalah yang sama.
Moral of the story, kalau nak dinner kat sana, order makanan masa time lunch OK.

3 comments:

MamaIcha said...

kalo lunch hour hari jumaat lg la hampeh...tapi nasi goreng tom yam dia sedap :)

Mrs. Mel said...

apa pun servis..sedey!!! hehehe

gambit said...

Ju, nanti orang try. tapi kena order hari ni untuk makan minggu depan.

Mr. Hakim, BETOL SANGAT. SERVICE MEMANG SEDEH!!!!