Monday, August 31, 2009

3 hari cuti

Ya, 3 hari cuti.

Sabtu, Ahad dan Isnin. Tapi takde buat apa pun. Just lepak-lepak kat rumah layan DVD (bukannya nak baca Quran ke, qiyamullail ke...). Memang malas betol la ujung minggu ni. kononnya nak kuar jenjalan tapi tak b ole la pulak sebab fulus dan kureng. ye la, ujung minggu ni member nak datang dan ajak jenjalan (kalau jadik la). Jadi takkan la nak jenjalan dengan poket kering. dah la tekak kering. takkan semuanya kering...

Aku bercadang nak ke Jusco S2 hari ni sebab katanya Sale hanya sehingga hari ni. Berat gak ati nak pi sebab poket pun tak tebal. kalau pegi pun asyik swipe...swipe and swipe again. sesampainya disana, banner tu dah tukar. Sale sampai 19 September 2009. Jadi, sempat lagi kalau nak belanja guna gaji bulan depan since gaji bulan 9 ni awal sikit sebab nak raya.

Yang aku terkilannya, kelulusan tanggung keje tak dapat lagi. Maknanya Kew8 tak buat lagi, maknanya tak sempat nak proses bulan depan. MAKNANYA AKU TAK DAPAT ELAUN TANGGUNG KEJE BULAN 9 NI. JADINYA TAKDE LA BONUS ATAU DUIT LEBIH KALAU NAK BERBELANJA SEMPENA RAYA. HUARGHHHH!!!!!

Malas la aku nak bagi komen kat sesapa. kang nanti aku ni di label "asyik nak komen orang je. apa ko ingat orang lain takde keje ke asyik nak jaga gaji ngko je...". Well, aku pasrah je la. duit raya for famili tahun ni kurang sikit la nampaknya. tapi rasanya tak kesah gak kot sebab baju raya mak dan ayah dah ada (plus the accessories hari tu). So, cukup untuk mengcover raya tahun ni. Dan aku pulak, raya tahun ni aku nak drive all the way to utara. sambut raya dengan kengkawan (yang sudi)...huhuhu.

jap lagi aku nak prepare barang-barang nak bawak ke opis esok. tadi nasib baik pi isi minyak. aku sampai kat gas station tadi, orang dah berbaris macam nak ambik gaji lak kat pam tu. nak isi angin tayar? tak payah la. kalau dah berbaris panjang isi minyak, nak isi angin kat tayar pun lagi la berbaris macam nak bayar tol je. aku terus chow balik umah. harap-harap jangan la tayar keter aku buat hal penyek tak tentu pasal lak esok.

aku takde apa nak cakap lagi ni, letih semacam je. puasa pun dah masuk fasa ke-2. 1/3 bulan yang dijanjikan dengan keampunan ntah ke mana bagi aku. masuk fasa kedua lak ni, fasa kerahmatan. yang ni aku tak tau la macam mana. kalau dah fasa 1 pun hampeh, fasa 2 tak tau la macam mana. huish... macam mana la nak bertemu malam LailatulQadar kalu macam ni.

Apapun, semoga aku kuat dalam mengharungi puasa yang tinggal 19 hari ni lagi... Amin.

selamat malam dan Salam merdeka.

Friday, August 28, 2009

hujung minggu

Lagi setengah jam aku mau balik rumah.

Suasana cuti 3 hari sedang melanda. Anginnya kencang sekali. Walaupun masih ada masa lagi untuk buat keje, tapi kemalasan sudah menguasai diri. Harus kah aku menghabiskan sisa-sisa waktu bekerja ini untuk mengupdate blog ini? Ya kot (padahal sedang update la ni).

Hari ini highway musti jamm gila. Ye la, cuti panjang biasanya orang ambik peluang untuk balik kampung. dan laluan balik keje aku tu la yang selalu menjadi laluan utama orang balik kampung. Harus la hari ini aku ikut jalan dalam. save on tol tapi jaraknya yang panjang. harap-harapnya takde la lambat sangat aku sampai rumah.

Aku masih kat opis. banyak bende yang bermain kat kepala. Sekarang ni tengah layan Faizal Tahir, Sampai Syurga. (bukannya nak dengar bacaan Quran...apedah!!!).

Mood nak balik dah semakin membara. MAu berkemas sebelum balik ni.

Selamat bercuti dan Salam Merdeka.

Thursday, August 27, 2009

Penang Village

Aku buke pose kat Penang Village kat Alamanda.

Kenapa tempat itu dipilih? Sebab buffet nya murah. Hehe. Kitorang pergi berlima (setelah seorang menarik diri di saat-saat akhir). Hujan lebat tidak mematahkan semangat untuk berbuka di sana. Sesampai disana, time tinggal 15 minit lagi berbuka. Orang ramai dah berpusu-pusu rebut makanan yang ada. Macam tak makan setahun aku tengok orang dok berebut makanan. Cis!!!

Hidangan yang disediakan lebih kurang sama macam tahun lepas. Cuma ada beberapa dishes yang tak muncul tahun ni. Mungkin sebab nak jimat budget. Ntah, aku malas nak mikir. Lama jugak kitorang lepak kat sana, dari jam 7.30 sampai 8.30 malam. Ye la, nak justify makanan RM40 seorang.

Tapi aku rasa aku tak la makan sebanyak RM40 tu sebab makanannya tak seberapa sangat. Sesuai dengan namanya, village (ala-ala kampung gitu). Tapi keriuhan berbuka puasa (yang riuhnya kaum lain, bukan melayu. Yang melayu asyik melantak je) tadi melenyapkan kekecewaan makanan yang tak banyak.

Apapun, gembira sebab ni kali pertama dapat berbuka dengan kengkawan opis. Kalau ada rezeki lebih, kita pergi lagi ya...

p/s: tengok promosi berbuka puasa kat Pullman (Pullman aje sekarang ni). 1 pax dia caj RM89++. kira punya kira, ada la RM100++ gak seorang. dah la makanan lebih pada makanan arab. so, batal niat nak berbuka puasa kat sana.

Awal = Lambat

Awal = Lambat.

Ni apa kejadahnya ni. Begini ceritanya...

Semalam aku bercadang nak balik awal. On time, kononnya jam 5.30 petang. Sampai kat parking lot, kereta dah panjang berbaris nak kuar dari bangunan kompleks. 20 minit aku menunggu baru dapat melihat cahaya di pintu gerbang kompleks. (mengeluh dah masa tu...).

Then, selalunya aku ikut jalan dengkil untuk balik. Tapi semalam kononnya nak balik awal (sebab jalan kat dengkil tu jauh sikit tapi takde tol), so aku ikut jalan Bangi (yang sememangnya dekat je tapi kena bayar tol). Ok la, since aku dah topup Touch & Go aku, jadi bole la aku cepat sikit sampai. Tengok-tengok, kat area Alamanda tu kereta dah berbaris panjang gak. Kali ni lagi panjang dari barisan dalam opis tadi. Huargh!!!! Bayangkan jalan yang hanya 2 km tu aku terpaksa tunggu hampir setengah jam baru dapat lepas dari traffic light Bangi-Putrajaya tu.

Dah la masa tu hujan. Nak speed tak berani sebab takut la ada apa-apa yang tak elok berlaku. So aku bawak slow-slow je. Yang paling penting, aku dah start ngantuk dah masa tu. Tak kesah sangat kalau lambat sampai rumah pun sebab masa tengahari tadi aku dah pack siap-siap kurma dalam keter. Macam tau je kan nak balik lambat. Jadi aku takde la kesah sangat.

Tapi Allah Maha Pengasih. Lepas je tol Bangi, highway clear je dan semua pemandu di Malaysia pun jadi macam beriman sangat. Semua bawak keter slow motion. perjalanan yang aku expect dalam 45 minit tu sebab ujan jadi terasa singkat sangat. 5 minit sebelum berbuka aku dah sampai rumah. Alhamdulillah, yang penting sampai dengan selamat dan berbuka tepat pada waktunya...di rumah.

So, memandangkan aku dah sampai opis ni, aku mau buat keje dulu ok. Chow...

(nampak sangat update blog kat opis...hehehehe)

Tuesday, August 25, 2009

Malas

Ya, hari ini aku malas.

Tetapi bukan malas tahap gaban. Aku hanya malas bila tengok banyak surat-surat atas meja aku yang masih belum diselesaikan. Dan emel yang melambak-lambak masih belum dijawab. Kalau dapat bantal ni, sure lentok punya....

Huaaaa.....malasnyaaaaaaa!!!!

p/s: gambar dipinjam dari blog sorang kawan...jangan marah aaa...


Monday, August 24, 2009

Cuti

Kecoh staf-staf aku kat opis ni mengisi borang cuti.

Walaweh, keje baru 1 hari dalam bulan puasa. Puasa lak baru nak masuk hari ke-3. Ni dah kecoh-kecoh mintak cuti. Masa ni la aku jadik famous sikit sebab ramai orang datang nak minta autograf. Autograf kebendenye, semua nak mintak sign borang cuti raye.

Weh, korang sumer. Puasa baru 3 hari dah nak isi borang cuti. Last2 semua kena hantar borang 1 week sebelum raya untuk review and approval.

Hehehe...

Hebat

Hebat!

Ya, hebat sekali ujian yang dialami oleh staf aku yang sorang ni. Sabtu lepas dia menghadapi kemalangan. Sekarang terlantar di hospital. Hari pertama melawat dia di wad, tangannya hanya dibalut dengan kain dan diletakkan atas papan penyokong bagi mengelak tangannya bergerak. Ni sebab tangan kirinya patah. Leher pun dah pasang neck support sebab tulang leher retak.

Kali kedua pegi, tangannya baru saja lepas pembedahan. Dah masukkan besi. Masa tu dengar berita yang doktor akan buat pembedahan pada tengkorak bagi memasang besi bagi membolehkan lehernya ditarik. Ni bagi membolehkan tulang tengkoraknya yang retak tu dapat tumbuh semula.

Kali ketiga pegi (aku tak pegi, berita hanya dikhabarkan oleh kengkawan yang pegi), kepalanya dah dipasang besi. Dalam beberapa hari sekiranya proses meluruskan tulang leher dah selesai, doktor akan membuat pembedahan pada lehernya untuk memasang besi pula.

Hebat, sememangnya hebat ujian yang diberikan Allah pada staf aku yang seorang ni. Aku yang melihat keadaannya masa mula-mula kemalangan tu pun dan terasa berat. Ini kan pulak orang yang menanggungnya.

Semoga dia cepat sembuh. Dan doa kengkawan juga dimohon supaya dia cepat sembuh... Amin.

Friday, August 21, 2009

Datang dan pergi


Semalam dah diumumkan secara rasmi, Sabtu ni puasa.

Ramadhan datang lagi. Mulai malam ni dah start pi terawikh. Rasanya macam nak balik awal je hari ni nak bersiap-siap pi masjid (terus mencapai kopiah dan di 'try' beberapa kali. mana tau tak muat ke...). Ya, ada yang datang, ada yang pergi.

Pagi ni jugak dikhabarkan anak kepada salah seorang pegawai department sebelah yang baru saja lahir pada 11 Ogos 2009 yang lalu telah kembali ke rahmatullah akibat komplikasi otak. Sedekahkan al-fatihah kepada arwah dan doakanlah kekuatan kepada ibu bapa yang menghadapi saat kesedihan ini.
Ramadhan, selamat datang.

Kepada yang pergi (dan telah pergi), Al-Fatihah...

Thursday, August 20, 2009

No More Youtube

Dah tak le YouTube kat opis.

Yes, dorang dah block. So, aku tak leh nak layan video klip lagi melalui laptop aku yang tak canggih ni. Jadiknya terpaksa la aku mendengar dari laptop ku si Windy ni untuk access YouTube. Ntah apa rasionalnya diorang block. Whatever it is, aku dah tak leh layan video klip Beyonce lagi, Sweet Dream.

Cis! Cis! dan Cis lagi!

Saturday, August 15, 2009

Pullman @ Putrajaya Lake

Semalam aku tido kat Pullman Putrajaya.


(the room)

Courtesy member yang menang tiket cabutan bertuah. Jadiknya aku yang bertuah sebab dapat tido kat sana sebab dia tak sempat nak pi. Well, dari jauh hotel tu nampak gah. Memang gah. Sampai dalam tu kira bole sesat gak la sebab bangunan dia agak berbelit-belit. Nak cari bilik 1 hal punya susah. But nasib baik pekerjanya agak ramai dan sangat ramah, sentiasa membantu guests yang selalul sangat sesat dalam kawasan hotel tu.


Aku sampai agak malam sebab dari opis aku terus ke sana. Keadaan bilik tidak semacam bilik hotel lain yang aku pernah pegi, suram dan kelam. Tapi dalam bilik hi Pullman, ia terang dan banyak lampu. Yang paling penting, banyak bantal. Dari besar ke kecil, semua ada. dan paling penting, empuk pulak tu. harus terus tido aje bila landing.


(the bath)


Bilik agak kecik la sebab nak solat tu ruang yang ada cukup-cukup je. Harga bilik semalam (tanpa voucher menang cabutan bertuah ialah RM260++). Bilik yang paling murah. Tapi at least merasa jugak tido kat Pullman.


Cumanya bila menyebut pasal hotel-hotel kat Malaysia, memang akan ada masalah dari segi workmanship dan maintenance. Hotel itu baru, yes. Hotel itu cantik (dari jauh), yes. Dan bila pegi dekat-dekat banyak kecacatannya (yes, yes and yes). pintu toilet dah susah nak ditutup. dan kalau nak tutup kena tolak kuat-kuat. bunyinya pulak kuat sangat sampai bilik sebelah pun boleh dengar (aku tau sebab bila bilik sebelah tutup pintu, aku pun dengar sekali). yang paling penting, bila pekerja-pekerja tolak troli kat laluan depan bilik, bunyinya kedengaran sampai bilik. Dah la dorang keje tengah malam, jadi bising sangat kat area laluan depan bilik tu.


Huh, malas la aku nak ulas panjang-panjang. kalau korang nak merasa tido sana, silakan. pemandangan yang cantik akan membuatkan korang lupa semua ulasan yang tak menarik seperti di atas tu...


Chow!

Monday, August 10, 2009

Risau

Ya, aku tengah risau.

Adik aku yang study kat Poli tu tengah demam, batuk dan selesema. Ya, simptom penyakit natang berhingus tu. harap-harap bukan, na'uzubillah. Dia kata dah pi hospital. Bila masa nak buat saringan, suhu badan dia dah turun, tak tinggi seperti penyakit tu. Jadinya, hospital suruh dia pi klinik biasa je untuk dapatkan ubat. Tadi adik aku dah kena marah ngan aku. Esok aku suruh dia pi hospital lagi. kali ni kalau doktor tak buat saringan jugak, nak lapor ngan Menteri Kesihatan la jawabnya. ntah la, malaysia macam tak ambil pusing penyakit ni. La ni dah 27 orang meninggal pasal penyakit tu. tapi pak menteri semua kata semua masih dalam kawalan. Kawalan kepala hotak kau!

Kalau dalam kawalan, kenapa dah 27 orang dah meninggal? kenapa banyak lagi orang yang kononnya kena kuarantin tapi masih lagi pi jenjalan kat shopping kompleks? Ntah la, rakyat Malaysia ni bukannya sikit tapi dengan jumlah yang mati tu kalau banding dengan negara lain nampak macam banyak je. pegawai atasan kerajaan pulak sibuk nak buat laporan ini dan itu tapi macam takde apa yang berlaku je. yang mati bukannya makin sikit tapi bertambah. jangan ada menteri yang tetiba kata "ini kes terpencil" udah le. Maunya terpencil kepala hotak ko kang.

Aku dah mintak adik aku minum air kelapa banyak-banyak dan telan kurma. Ntah mana punya saranan ni aku pun tak ingat tapi apa salahnya mencuba. katanya kalau badan lebih alkali, penyakit tu susah nak datang. tapi ini semua kuasa ALLAH, kita hanya mencuba je. Lagipun kalau dia telan semua tu, at least dia kenyang gak, ye tak.

hari ini bos cari aku sebab setengah hari tadi aku tak ngadap dia. ingatkan nak pecah rekod je hari ni aku tak perlu ngadap bos tapi hampeh. akhirnya ngadap jugak ngan dia. tapi hari ni nampaknya dia slow down sikit. mungkin sebab dia nampak aku macam nak naik hantu agaknya pasal kes minggu lepas. atau mungkin kini dia perlu lebih berhati-hati sebab dah banyak 'peluru' yang perlu disemburkan kembali pada dia kalau dia silap langkah. malas aku nak layan...

masih risau lagi pasal adik aku. harap-harapnya takda apa, insya ALLAH... kengkawan doakan ya.

Selamat malam semua. aku mau baca buku.

Sunday, August 9, 2009

G.I Joe (Movie review)

Hebat!!!

Bagi aku, movie ni antara salah satu movie Sci-Fi yang paling hebat tahun ini. jalan ceritanya ok la, takde la sehebat mana. Aku sememangnya tak mengharapkan jalan cerita yang bagus sebab normally filem peperangan ni sama je kaedahnya. jahat lawan baik, baik lawan balik dan at the end yang baik akan menang.

tapi yang paling menakjubkan teknologi yang diperkenalkan dalam filem ni dari segi peralatan perang dan kaedah peperangannya. Aku tak berapa ingat karektor-karektor kartun dalam G.I Joe yang asal sebab berbanding Transformer, aku minat cerita berunsur robot masa tu. (masa tu belum terfikir sangat nak jadi askar). Tapi melihatkan movie ni, rasanya nak tengok lagi kali ketiga, keempat, kelima dan seterusnya.

Pada sesiapa yang minat filem peperangan tenkologi tinggi, pi la tengok. Walaupun sesetengah teknologi yang dipaparkan mungkin masih belum ada, tetapi imaginasi untuk menghasilkan teknologi sedemikian sesuatu yang patut diberi pujian.

Cuma kalau diperbaiki dari segi CGI nya, filem ini pasti akan lebih teratur dan realistik.

Selamat menonton.

Bagi aku, filem ini layak : 4.5 bintang dari 5 bintang.

PAC@Tganu

Ya, aku menjadi panel temuduga pegawai kat Terengganu.

Sebelum pegi tu, insiden pujuk memujuk dengan bos aku yang tua tu. First, pujuk dia samada aku bole pi ke tak. At first, tak bagi. Then bagi gak. Pas tu pujuk lak nak pakai keter opis, katanya tak bole bagi sebab takut kalau ada apa2 berlaku on the way, susah menjawabnya nanti. Lagipun kereta tu purposely untuk projek ***. Tak bole digunakan untuk tujuan lain. Aik! Yang dia pakai untuk hantar dia pi meeting tu bole pulak. Takpa, nanti lain kali kita gaduh lagi naa...

Mendengar hujah bos aku yang tak masuk akan a.k.a macam celaka tu, aku pun drive ke Terengganu. This is the first time Savvior aku drive jauh. Da first time aku drive ke terengganu. Sempat ambik Anum and her friend sebagai teman yang jugak ahli panel temuduga.

Bertolak jam 1.30 petang. kitorang sampai sana dalam jam 6.30 petang. Alhamdulillah, selamat tiba dan Savvior pun tak buat hal sangat. Malam tu dah start aktiviti. Dan malam tu jugak aku dapat tau pergolakan politik opis aku dan perancangannya terutama sekali dari segi pertukaran pegawai. Merasa la bos aku.....

Seramai 5 panel dan 60 peserta yang ditemuduga. Susah sebenarnya nak pilih diorang ni sebab semua dah keje dalam 1 tahun dan mahir selok belok temuduga kerajaan ni. In short, diorang memang dah sedia. Jadi, sesapa yang dapat kat aku ni semua dapat markah tinggi. Kesian ya, bila dapat tau yang tak layak akan ditamatkan kontrak.

Aku awal-awal lagi dah bagitau budak2 tu yang aku tak suka judge orang. tapi dah tugas aku hari ini untuk memilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik. entah la, sepanjang sesi tu aku mintak panduan darri Allah, semoga orang yang aku pilih tu memang orang yang boleh kerja dan menyumbang kepada pembangunan negara (tetiba lak semangat patriotik).

Sesi temuduga pun macam tu jugak, semua sememangnya dah bersedia. lagipun aku tak nak la tanya soalan bombastik sangat yang aku sendiri tak mahir. aku lebih tanya pasal tugas diorang kat pejabat sekarang dan apa penambahbaikan yang diorang boleh buat jika dibenarkan meneruskan tugas di tempat yang sama. Semua bagi jawapan yang bagus. Maknanya seua dah tau tugas masing-masing. ini membuatkan penilaian lebih susah.

Sesi temuduga habis dalam jam 5 petang. singgah kejap makan sata, sotong goreng tepung, keropok lekor dan macam-macam lagi. orang belanja, jadi makan la sesuka hati. harganya pun berpatutan. drive balik dari terengganu jam 6 petang. banyak jugak kereta dari terengganu balik ke KL ni. dalam kesesakan malam tu, aku sampai rumah jam 12 tengah malam.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Dan semoga pilihan yang aku buat tu adalah tepat...

Wednesday, August 5, 2009

APC

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Opis aku buat penyampaian anugerah tu hari ni. Majlis belum nak start lagi tapi aku dah nak tulis pasal benda tu. Malas aku nak komen lebih-lebih, apa lagi kalau aku bukannya penerima pun. Sekadar pemakan makanan yang ada. Hehehe. Tak cemerlang kerja, cemerlang masa makan pun dah kira baik apa.

Kat department aku ada 2 orang penerima dan aku rasa dorang memang layak terima anugerah tu. Kat department lain? ikut giliran, OK. Jangan ingat korang terima tu korang cemerlang sangat. korang dapat pun sebab bos korang peratikan korang ni tak pernah dapat anugerah. Anugerah Bintang Popular Berita Harian jauh sekali. Anugerah bawak balik Berita Harian untuk kegunaan sendiri mungkin korang cemerlang. Tu belum kira bawak balik barang-barang opis ke rumah. Tu kira layak terima Anugerah Kecemerlangan tahap dewa tu.

OK la, malas aku nak mengarut pepagi buta ni. Saje nak memeriahkan anugerah yang bakal berlangsung pagi ini. Anyway, aku dengar duit imbuhan anugerah dah dapat 2 bulan lepas. Amboi, tak terima anugerah tapi duit imbuhan dah habis dah. Abis tu, dalam envelop korang tu ada apa? Harap-harap pak Menteri tak gatal tangan nak bukak envelop tu tengok apa isinya. kalau tak, kan dah pecah tembelang.

Eh, tak ingat lagi ke masa anugerah ****** hari tu korang simpan apa dalam envelop sijil tu. Majalah Gila-Gila, kan. Macam la aku tak tau. hikhik. Patut la masa menteri nak nengok korang laju je rampas envelop tu dan turun dari stage macam lipas kudung.

Apapun, tahniah kepada penerima. Kepada yang belum menerima, selamat mencuba lagi di tahun akan datang.

p/s: Anugerah peng'update' blog terbaik tak dipertandingkan ke???? Banyak calon-calonnya, especially yang update blog kat opis. Sapa tuuuuuu?????? Anyway, anugerah peng'update' blog paling lembap kekal kepada penerima anugerah tahun lepas.

Tuesday, August 4, 2009

Mirage (Pesawat)

Aku sekarang tengah layan lagu ni.

Enjoy...Thanks YouTube.



Mirage - Pesawat

Cahaya terang menembusi
Bagai sebuah kisah misteri
Kau mungkin … asing
Kau mungkin …pernah ku kenal sebelum ini

Resah gelisah dibuatnya
Bagai sebuah cereka cinta
Haru … biru
Kelam … jiwaku semakin kacau

Chorus
Siang malam termimpi mimpi
Pagi petang tercari cari
Tiap saat ternanti nanti
Kau masih tiada disisi… (2x)

Adakah ini satu mimpi
Terasa bagai sebuah delusi
Ilusi … mata
Mainan … jiwaku
Semakin kacau

Chorus

Haru … biru
Kelam … jiwaku
Semakin kacau

Monday, August 3, 2009

From Penang

Ya, aku baru balik dari Penang.


Mewakili bos untuk merasmikan kursus. Dah la aku tak baca lagi teks ucapan tu. Buat malu je sebab orang yang tak ada dalam majlis pun aku sebut sekali. Well, dah namanya bacakan teks ucapan orang, harus la dibaca sebijik-sebijik. tetapi bila aku terasa ayat-ayat teks tu dah semakin merapu, harus aku menggunakan skrip sendiri. Elok daripada aku nak malukan diri sendiri kat situ.


Sempat jumpa member-member kat Universiti lama, and dapat makan kat restoran yang kononnya hebat hasil titik pelu Alumni. tapi aku tak paham macam mana la dorang ni pilih tempat. Buat restoran yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak semut. Aku tak tau la burger yang aku makan tadi penuh ngan semut ke idak sebab dah macam-macam sos yang dorang bubuh. semut lak hurung kaki, tangan, atas meja segala bagai. Dah la tu takde kipas lak. alasannya tak nak daun-daun pokok masuk dalam makanan. kalau tak nak masuk dalam makanan, jangan buat restoran bawah pokok, ngok!


Apapun, gembira dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. Paling gembira sebab semuanya masih sihat walafiat.


Ada masa, kita jumpa lagi ya...