Monday, August 24, 2009

Hebat

Hebat!

Ya, hebat sekali ujian yang dialami oleh staf aku yang sorang ni. Sabtu lepas dia menghadapi kemalangan. Sekarang terlantar di hospital. Hari pertama melawat dia di wad, tangannya hanya dibalut dengan kain dan diletakkan atas papan penyokong bagi mengelak tangannya bergerak. Ni sebab tangan kirinya patah. Leher pun dah pasang neck support sebab tulang leher retak.

Kali kedua pegi, tangannya baru saja lepas pembedahan. Dah masukkan besi. Masa tu dengar berita yang doktor akan buat pembedahan pada tengkorak bagi memasang besi bagi membolehkan lehernya ditarik. Ni bagi membolehkan tulang tengkoraknya yang retak tu dapat tumbuh semula.

Kali ketiga pegi (aku tak pegi, berita hanya dikhabarkan oleh kengkawan yang pegi), kepalanya dah dipasang besi. Dalam beberapa hari sekiranya proses meluruskan tulang leher dah selesai, doktor akan membuat pembedahan pada lehernya untuk memasang besi pula.

Hebat, sememangnya hebat ujian yang diberikan Allah pada staf aku yang seorang ni. Aku yang melihat keadaannya masa mula-mula kemalangan tu pun dan terasa berat. Ini kan pulak orang yang menanggungnya.

Semoga dia cepat sembuh. Dan doa kengkawan juga dimohon supaya dia cepat sembuh... Amin.

3 comments:

cacah said...

InsyaAllah dia cepat sembuh. She's one strong lady!

acap said...

betul .. insya Allah dia akan capat sembuh ... dengan segala kebaikan dia selama ini .. insya Allah ... Allah itu maha berkuasa ... semoga dia cepat sembuh dan dapat bersama kita semula warga MOT ..

Anonymous said...

huhuhu sedih jugak masa tgk kak as hari tu..semalam kami pegi lagi, dia dah ceria, dah boleh gelak2..alhamdulillah..semoga Allah cepat sembuhkan dia