Thursday, September 17, 2009

Halfday

Ya, ramai dah orang-orang kat opis aku ni yang ambik halfday. ini mungkin berkaitan dengan oengumuman semalam yang sekolah diberi cuti awal (esok) bagi membolehkan pergerakan awal balik kampung. maknanya sesapa yang cadang nak gerak balik sabtu ni mungkin dah beralih nak gerak balik jemaat ni.

Aku?

Akan ada kat opis ini sehingga Jumaat ni. Sekali lagi akan mengalami peristiwa opis kosong dihari-hari terakhir Ramadhan. Bagi aku, pejabat yang kosong itu menunjukkan bahawa Hari Raya meriah. Ya, meriah sebab orang dah start balik kampung.

Tapi dalam usia yang dah meningkat ni, hari raya seperti kurang meriahnya. Iye ke? Bagi aku, raya ini (dan raya-raya yang sebelumnya) meriah tatkala usia masih dalam alam persekolahan saja. bila dah meningkat dewasa, perasaan meriah itu ditinggalkan untuk adik-adik dan anak buah yang masih kecil. semoga dengan kemeriahan yang ditinggalkan itu dapat menambahkan lagi kemeriahan mereka menyambut raya ini.

Jam baru menunjukkan pukul 2.05 petang. Ada 3 jam 25 minit sebelum waktu kerja hari ini tamat. dan opis semakin sunyi...

...sunyi lagi hati ini.

4 comments:

MamaIcha said...

samalah kita..luckily ada boss 'terchenta' teman :(

gambit said...

Masalahnya bos aku udah berambus awal dan meninggalkan kerja yang melambak2, kononnya aku nak buat. Sorry ye, aku pun mau balik. huahua

MakNani said...

i agree wt u ... raya bagi kita yg senior2 ni agak suam2 skit...

masing2 ada reason but for me juz bcoz dah bertahun2 aku rasa suasana raya biase je.. kecuali riang bersama keluarga yakni mak pak adik beradik & anak beranak ...

lain la klu zaman kegemilangan.. raya happening...
selamat beraya aidil fitri buat u nun jauh di sana...

gambit said...

ininieza, memang betul bila senior2 ni beraya tak berapa nak meriah. Tapi kena pastikan yang junior2 tu beraya dengan meriah.

Salam raya jugak untuk u...