Ya, 3 hari cuti.
Sabtu, Ahad dan Isnin. Tapi takde buat apa pun. Just lepak-lepak kat rumah layan DVD (bukannya nak baca Quran ke, qiyamullail ke...). Memang malas betol la ujung minggu ni. kononnya nak kuar jenjalan tapi tak b ole la pulak sebab fulus dan kureng. ye la, ujung minggu ni member nak datang dan ajak jenjalan (kalau jadik la). Jadi takkan la nak jenjalan dengan poket kering. dah la tekak kering. takkan semuanya kering...
Aku bercadang nak ke Jusco S2 hari ni sebab katanya Sale hanya sehingga hari ni. Berat gak ati nak pi sebab poket pun tak tebal. kalau pegi pun asyik swipe...swipe and swipe again. sesampainya disana, banner tu dah tukar. Sale sampai 19 September 2009. Jadi, sempat lagi kalau nak belanja guna gaji bulan depan since gaji bulan 9 ni awal sikit sebab nak raya.
Yang aku terkilannya, kelulusan tanggung keje tak dapat lagi. Maknanya Kew8 tak buat lagi, maknanya tak sempat nak proses bulan depan. MAKNANYA AKU TAK DAPAT ELAUN TANGGUNG KEJE BULAN 9 NI. JADINYA TAKDE LA BONUS ATAU DUIT LEBIH KALAU NAK BERBELANJA SEMPENA RAYA. HUARGHHHH!!!!!
Malas la aku nak bagi komen kat sesapa. kang nanti aku ni di label "asyik nak komen orang je. apa ko ingat orang lain takde keje ke asyik nak jaga gaji ngko je...". Well, aku pasrah je la. duit raya for famili tahun ni kurang sikit la nampaknya. tapi rasanya tak kesah gak kot sebab baju raya mak dan ayah dah ada (plus the accessories hari tu). So, cukup untuk mengcover raya tahun ni. Dan aku pulak, raya tahun ni aku nak drive all the way to utara. sambut raya dengan kengkawan (yang sudi)...huhuhu.
jap lagi aku nak prepare barang-barang nak bawak ke opis esok. tadi nasib baik pi isi minyak. aku sampai kat gas station tadi, orang dah berbaris macam nak ambik gaji lak kat pam tu. nak isi angin tayar? tak payah la. kalau dah berbaris panjang isi minyak, nak isi angin kat tayar pun lagi la berbaris macam nak bayar tol je. aku terus chow balik umah. harap-harap jangan la tayar keter aku buat hal penyek tak tentu pasal lak esok.
aku takde apa nak cakap lagi ni, letih semacam je. puasa pun dah masuk fasa ke-2. 1/3 bulan yang dijanjikan dengan keampunan ntah ke mana bagi aku. masuk fasa kedua lak ni, fasa kerahmatan. yang ni aku tak tau la macam mana. kalau dah fasa 1 pun hampeh, fasa 2 tak tau la macam mana. huish... macam mana la nak bertemu malam LailatulQadar kalu macam ni.
Apapun, semoga aku kuat dalam mengharungi puasa yang tinggal 19 hari ni lagi... Amin.
selamat malam dan Salam merdeka.
Mimi
2 years ago
2 comments:
3 hari cuti dimanfaatkan dgn cubaan menjadi isteri mithali walaupun tak posa :D...masuk fasa kedua ramadhan nie, rasa cam tak larat sgt plak...matilah nak ganti puasa nanti :(
tau takpe... kalau tengok lauk yang dimasak tu bukannya untuk 2 (+1) orang, tapi macam untuk 5 orang. harus la meng'ular sawa' lepas berbuka, kan. tak terawikh la tu...hehehe
Post a Comment