Tuesday, September 30, 2008

Salam Aidilfitri

Sebelum meninggalkan pejabat petang ni, (pecah tembelang update blog kat ofis) aku ingin menyampaikan Salam Aidilfitri buat semua pembaca, tukang lalu lalang kat blog ni, kekngkawan yang mengenali diri aku, yang tak kenal dan sapa-sapa yang meraikan Hari Raya esok.

Ni kad untuk korang...

Gambar ni aku tak ingat aku ambil kat laman sapa. Tapi, terima kasih kerana membenarkan ia di copy supaya dapat aku upload dalam blog aku nih...

Serangkap pantun untuk anda:

Kambing gengster naik LRT,

Katak Pisang tercekik tulang,

Walau kad copy and pste kat blog saja dapat diberi,

Itu tandanya ingatan tak hilang.

Operasi semakin lumpuh

Ya...pagi ni aku tengok jalan ke ofis semakin lengang. Tapi pagi ni la aku tengok banyak keter bawak laju-laju, gamaknya nak mati dalam bulan Ramadhan la tu sebab last day puasa hari ni. Ye la, besok raye. Elok la tu perangai sekor-sekor. Takpa, yang nak mampus cepat, dipersilakan la. Aku nak citer pasal ofis la...

Aku tak sempat lagi nak round-round memantau keadaan. Tapi rasanya macam 90% of the people dah takde. Tadi pun pak guard je yang ada. Ada la 2-3 orang yang aku tengok berlegar-legar kat bawah tu. Nak half day la tu.

Citer pasal half day, aku semacam bercadang nak half day gak hari ni sebab semalam masa belek-belek baju-baju dalam almari (kononnya nak match-match kan baju yang nak di pakai esok). Rupa-rupanya aku tak beli lagi baju aku. Yang aku dok sibuk-sibuk shopping hari tu semuanya baju-baju mak, ayah and adik beradik. Ada la beli baju tapi tu baju ofis. Seluar jeans 2 helai tu memang dah ada tapi bajunya mana????

Kalau begini la keadaannya, terpaksa la aku ber'half day' hari ni and pergi last minute shopping nih. Takde la the lavish sangat, stakat RM500 - RM600 je...(berangan la tu)... OK la. Nak sambung keje. Semalam baru terima sms dari abang, mak dan ayah angkat aku kat Kedah masa kursus DPA tahun 2003 dulu. Ingat lagi depa kat aku. Teringin jugak nak pi umah mereka lagi. Tengok la kalau rajin...

Monday, September 29, 2008

Operasi lumpuh seketika

Memandangkan dalam jangkaan aku tak ramai yang datang ke ofis hari ini, aku masih jugak nak check sapa-sapa yang datang, sapa-sapa yang dah berambus. Jadiknye, aku meronda-ronda la kawasan sekitar mencari saki baki kengkawan yang masih ada lagi kat ofis. Tapi, seperti yang diduga, operasi beberapa department lumpuh bermula hari ini; i.e. Finance memang dah kosong, Development pun macam idup segan mati anytime, dan beberapa kawasan yang lain juga turut mengalami nasib yang sama.

Still bernyawa ialah department aku dan department sebelah ofis aku. (Kan kitorang terkenal sebagai orang-orang yang bekerja kat ofis nih). So, aku nak buat l akerja-kerja mana yang patut dulu...

Selamat bekerja (walaupun mood raya dah semakin mendekat).

Saturday, September 27, 2008

Sepi - Kabir Bhatia

Sepi... by Kabir Bhatia.


Ramai yang memuji-muji filem ini. Sentuhan Kabir Bhatia yang dianggap lain dari yang lain, seperti filemnya sebelum ini, CINTA.

Semalam aku kata aku akan memberikan sedikit komen mengenai filem ini, jika aku berpeluang dan jika aku rasa aku nak bagi komen. So, aku nak bagi komen lah ni. Aku tau aku komen pun tak guna sebab:

(i) filem ni dah lama tak perlu tayang kat pawagam (sesi tayangan wajib pun dah selesai)

(ii) dah ada pun VCD dan DVD filem ni di pasaran macam yang aku beli ni (ori tau)

(iii) siapa la aku nak dianggap sebagai pengkritik.

Tapi aku nak jugak cakap sesuatu pasal filem ini, sebab dia "best" dalam ertikata yang lain. Lazimnya aku tak tonton filem melayu di pawagam, sebab biasanya tak berapa best (jarang ada yang best). Jadi, aku hanya akan tonton bila VCD atau DVD dia dah kuar. Dan supaya aku dapat menonton berkali-kali, sehingga aku puas hati.

Positive comment:

Jalan ceritanya baik. Pelakon yang dipilih memang pelakon-pelakon yang amat berkaliber. Afdlin berjaya membawa watak seorang tukang pembuat kek (gemuk = tukang masak)...agak klise. Eja, sememangnya bijak menunjukkan ekspresi wajah sedih (terkenang drama Qaseh TV3). Pierre Andre, selalu diberi watak untuk cerita cinta sebegini (seperti aku menonton Filem CINTA).

Dari segi pelakon, memang baik. Watak, tidak mengecewakan. Gaya lakonan yang baik. Cumanya Kabir sudah perlu lari dari memilih pelakon-pelakon yang pernah berlakon dalam filemnya yang sebelum ini. Ya la, nanti jadi seperti Shumi (Shuhaimi Baba). Kalau filemnya, mesti ada Ida Nerina, Maya Karin, Kavitha dan lain-lain yang Pan-Asia punya look. (Don't worry Shumi, i love all your film).

Meletakkan 3 cerita dalam 1 filem bukan mudah. Apa lagi bila ketiga-tiganya saling berkait antara satu sama lain (walaupun dalam suasana yang berbeza). Penonton pastinya tidak bosan bila menonton filem ini kerana ceritanya banyak, ragamnya pun banyak. Ibarat menonton 3 filem sekaligus..well done!!!

Negative comment:

Aku tidak terasa sepi menonton filem ini. Filem dengan tajuk ini mesti mampu membawa penonton ke alam sepi itu sendiri. Kalau dimulakan dengan babak yang bosan di awal cerita. mungkin lebih baik (daripada kisah orang kena langgar kereta...very the iklan Kementerian Pengangkutan). Biar penonton sedikit bosan di awal filem, kerana rasa bosan itu adalah hasil dari kesepian. Dari situ, watak perlu bangun, membawa bersamanya penonton untuk bersekali ke dalam setiap watak dan jalan ceritanya. Masa itu la penonton akan hargai apa itu sepi.

Terus terang, aku tak nampak kesepian Afdlin dalam filem ini. Mungkin kerana dia dikelilingi oleh pelbagai watak menyebabkan watak Afdlin menjadi sedikit bercelaru. Di tambah dengan watak Nasha yang kecoh. Mungkin Kabir ingin menunjukkan "dalam kekecohan dan kegembiraan, jiwa seseorang pun boleh sepi." Sorry, Kabir. That don't buy me at all.

Kisah cinta Pierre Andre??? Terlalu biasa. Tony Eusoff dan Eja??? (Whenever you have problem, mestikah kena "lari"???).

Mungkin kerana "masa" untuk mengembangkan jiwa, sifat dan sikap setiap watak dalam filem ini tidak cukup sebab Pengarah menggabungkan 3 cerita dalam 1 (Kabir, please... next time you do this, penonton akan bosan dengan filem sebegini). Lihat filem CINTA. Jalan ceritanya lebih baik dari filem ini. Kerana perkataan cinta itu sudah terlalu dekat dengan penonton, maka bila ia digarap dalam jalan cerita sedemikian, sejak dari awal cerita, jadi penonton mudah menyerap "rasa cinta" itu.

Kalau rasa sepi mampu di "pupuk" seawal filem ini bermula, rasanya filem ini lebih baik.

Kesimpulan:

Aku bukan la pengkritik filem yang berkaliber. Juga tidak bercita-cita menjadi seorang pengarah. Tapi, Kabir perlu keluar dari kepompong jalan cerita sebegini, menggabung banyak cerita dalam satu filem supaya watak setiap pelakon dapat dikembangkan dengan baik. Itu yang lebih penting.

Menonton filem (bagi penggemar filem) perlu merasa, menyerap dan bertindak balas atas reaksi filem itu sendiri. Aku tidak kesal membeli DVD ini kerana aku yakin jalan ceritanya baik. Memang baik, aku akui. Tapi sudah tiba masanya Pengarahnya (atau pengarah filem sebegini) memikirkan tentang apa yang perlu ditayangkan. Duduklah sebagai seorang penonton, dan anda akan tau apa sebenarnya yang penonton mahukan.

Bagi aku, aku mahu "merasa" bahawa aku lah watak dalam filem itu...

A treat for Savvior

Hari ini Savvior mesti pi check up. Dah sampai 10,000 kilometer dia berjalan. So, i guess i'm gonna get him a little treat at EON Service Center.

(Cian my little Savvior...kena operate sikit)

So, kopak RM200++ today. Tadi dah survey tayar kete since tayar depan dah hampir botak licin. Sempat jugak tengok-tengok rim tayar baru. Berkenan tapi tunggu dulu sebab bajet tak mengizinkan. Ye la, dah la aku tak balik raya sebab nak berjimat, tapi beli benda lain pulak yang tak berapa penting. So, kena hold dulu sehingga ada lebihan dagangan pada masa hadapan. (pasti ke???).

Hari ini member aku jemput makan kat umah dia. Mak dia masak soto. So, hari ni berbuka dengan hidangan bukan nasik seperti lazimnya. (Ala, selama ni pun berbuka bukan dengan hidangan nasik pun... asyik ayam... ayam... burger... ayam... nugget ayam... kentang... bla... bla... bla...). Biasa la. Orang bujang. jadi aku pun off ke umah dia. nak mandi dulu la sebelum pi...

Adios, selamat berbuka puasa!!!

Sedih

Semalam call mummy. Actually nak tau je sama ada seluar dan selipar yang Kit nak tu dah dibeli atau tidak. Mum said seluar dah beli, selipar tu esok. OK fine. End of conversation. The suddenly mum asked soalan kontroversi...

"Balik raya nanti?"

Then that's it...(crick...crick...crik...bunyi cengkerik la...senyap je kat telefon. Lama gak nak cari jawapan).

Tak sangka lak mummy nak tanya soalan tu sebab biasanya dia tak tanya. Dan dia sebenarnya tau aku ni jenis tak suka di tanya macam-macam soalan. Then, my usual answer pun keluar...

"This year tak dapat cuti coz menanggung kerja. But i'll be back after raya. I'll take a long leave."
"Ya ka?" Mum replied, but the voice sounds sedikit sedih.

Aku angguk, walaupun tau mummy takkan nampak aku angguk. Then aku just mintak mummy to kirim salam pada semua, tanya dah buat kuih atau belum and reminded her to buy whatever Kit wanted tomorrow. And repeatedly reminding her that i will take a long leave after raya and spend the whole holiday with them.

Right after that, my friend call from KK (Sabah). He will depart for KLIA tomorrow night. Orang Negeri. Balik beraya. He also asked me the soalan cepumas:

"Kau bila balik raya?" (kang ku lepuk kang...dah la i'm in the stage of unstability).

"Aku tak balik la tahun ni. Takde tiket free. Aku dah ambik last year."

"Ala, aku pun tak dapat tiket free. Jadi aku ambik tiket tambang." (maknanya self support la tu).

"Kalau kau nak aku balik, kau bagi la aku tiket."

"Hehehehe...". Dia gelak je. Tau takpe. Ingat harga tiket tu RM1 ke. Memang la Zero Fare tapinye, bayaran lain-lain tu pun banyak jugak. And for your info, masa musim perayaan, no cheap ticket.

Semalaman aku tak lena tido. Ye la, dah mummy tanya pasal balik raya la, itu la, ini la. Jadi serba salah. Nanti la next week aku decide apa aku nak buat. Nak balik masa raya, for sure ticket dah takde. Mum should know about it, actually she must know about it. Aku bukannya setahun dua kat Semenanjung ni. Dah 11 tahun aku duduk semenanjung. Dah beberapa kali pun aku tak balik raya. Last yer aku balik, even masa daddy sakit hari tu aku balik. Bukannya aku tak pernah balik pun. My boss pernah kata, treat your parents well while they are still alive. You may end up regret kalau you tak berbuat demikian. Aku just smile bila dapat advice macam tu. (Yes, bos. i always treat my parents well, for your info).

Jadi, hari ini aku sungguh the down mood punya. Tak tau nak buat apa. Plan nak jalan-jalan pun tak jadi. So, duduk rumah la layan DVD yang baru dibeli semalam. Kalau time tension, aku tau aku akan beli barang-barang yang unnecessary bila kuar jalan-jalan. Jadi, to save the money, duduk rumah is the best option at the moment.

So, guys. Kalau korang nak kata apa pun, sukati korang la. Bila korang berada di tempat aku, dan korang akan tau kehidupan askar mengajar aku berhati kering kerana aku ada sebab...

Selamat hari raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan batin...

Friday, September 26, 2008

Lawatan kerja

Lawatan kerja kat Perak berlangsung dengan very undelicious manner. Sebabnya:

(i) aku terpaksa bangun jam 3.15 pagi untuk sahur and prepare apa yang patut sebelum bertolak ke ofis;

(ii) terpaksa bertolak dari ofis jam 5.00 pagi untuk ke site memandangkan lokasi tempat lawatan tidak diketahui;

(iii) tersesat semasa mencari lokasi lawatan tapak;

(iv) membuat lawatan tapak jam 11.00 pagi (very the hot at the site and dalam hati also very hot!!!);

(v) lawatan kerja dibuat semasa bulan puasa (lepas lawatan tapak, sumer dapat minum sejuk2 tapi kitorang dapat face towel yang sejuk je...just lap-lap mana yang patut); dan yang paling penting...

(vi) tak boleh singgah makan on the way balik kerana still berpuasa!!!

Tapi yang best gak tu, preparation yang aku buat seperti membawa nota-nota yang patut telah menyelamatkan keadaan sebab ada bahan masa buat press-con. (Press-con tetiba je dibuat tanpa usul periksa. Harus memeranjatkan until the heart boleh terputus dari tangkainya).

Moral of the story:

(i) pastikan bos korang ni sensitive isu-isu macam ni...jangan la buat lawatan masa bulan puasa;

(ii) be prepared!!! sebilang masa, askar kata; dan

(iii) pastikan assistant korang tak cuti time-time macam ni. kalau susah sangat, antar je dia pegi... Wakakaka.

Aku dah ngantuk sikit ni. nak layan cerita SEPI... walaupun cerita lama, aku baru je beli dan baru nak tengok. Kalau rajin, aku bagi komen...

Wassalam...

Thursday, September 25, 2008

Perah otak

Today, aku keje macam nak mampos je rasanya. Kiri, kanan, depan belakang, sumernye keje yang melambak-lambak yang nak disiapkan. Ini Segera!!! Itu pun Segera!!! Dorang ni kalau suruh buat kerja, semua nak segera. Tapi, tak nak pulak dorang ni mati segera. keji!!!

Bukannya apa. Esok kena mengiringi lawatan kerja pulak kat perak. Kalau ye pun terdesak nak lawat tapak, buat la masa bukan bulan puasa. Ni dah la bulan puasa, buat event jauh-jauh, dan yang paling best sekali, lawatan kita akan di akhiri dengan jamuan ringan. Sungguh tak sensitive langsung dengan orang sekeliling. Ni dorang ni berapa dah lama tinggal kat Malaysia ni? Tak reti-reti ke puasa tu maknanya tak leh makan dan minum. Atau rasanya ada orang bagi info kat diorang yang kalau travel jauh2, dibenarkan berbuke sebab musafir. Banyak chantek muka ko. Ko ingat tak payah ganti la ye...nyampeh!!! (gabungan antara menyampah dan hampeh).

Petang ni, aku balik lambat. Biasanya jam 5.00 petang aku dah berbaris bersama-sama staf kat depan punch machine untuk punch out. Bayangkan kalau bos lalu kat situ (maluuuuu...). Tapi ada alasan la aku nak berbaris awal kat situ... "saya tinggal jauh, nak beli makanan lagi untuk berbuke"....Cis!!! Alasan!!!

Seperti biasa aku berbuka kat fastfood restaurant. Apa lagi kalau bukan "That's where i want to be". Cukup la dengan ayam 2 ketul dan nugget 6 bijik. kenyang jugak. Alhamdulillah. Malam ni aku rasanya nak tido awal sebab esok aku akan bertolak ke Perak jam 4.00 pagi. Hopefully perjalanan pergi dan balik selamat.

Aku sebenarnya risau ni sebab ada 2 -3 perkara penting yang aku lupa nak buat sebelum aku meninggalkan ofis hari ini. Tapi takkan la aku nak stay kat ofis sampai malam semata-mata nak buat benda tu. Hmmm...member aku pernah kata:

"kerja ni sampai bila-bila tak kan habis. Ambil masa untuk diri sendiri."

Yang sorang pulak...

"Aku risau sebab aku tengok aku asyik terkejar-kejar buat keje ofis sedangkan amal ibadat ntah ke mana."

Yang lain pulak...

"Nanti ko kena transfer kalau ko tak siapkan keje ko tuuu.."

Argh!!!! Pening kepala dibuatnya. Aku tau la aku rajin (wah!!! riak nampaknya) tapi aku semakin terasa kerajinan aku ni membuatkan aku fobia kalau tak ngadap keje ofis seharian. Mungkin aku perlu masa (yang lebih) untuk diri sendiri. Mungkin lepas raya ni aku nak ambik cuti yang panjang, balik kampung jumpa famili. Dah hampir setengah tahun tak balik. Misti dorang rindu. Dah la raya ni pun tak balik jugak.

Tapi buat tika ini, aku sememangnya mempunyai masa untuk diri sendiri, dengan melayan blog kawan-kawan. Walaupun tidak bertemu, sekurang-kurangnya bila membaca blog korang, aku tau sakit pening korang, aku tau cerita korang. Dan yang paling penting, aku tau korang still here...

Selamat malam, esok pagi nak berambus ke pejabat and Perak.

Salam...

Tuesday, September 23, 2008

Hotel Marriott Putrajaya

Hari ini berbuka kat Hotel Marriott Putrajaya. Alhamdulillah, rezeki. Sebenarnya aku memang plan nak berbuka kat hotel hari ni. Jam 10.00 pagi dah call Hotel Shangri La Putrajaya, nak tanya ada seat available lagi atau tak. At first, pompuan yang jawab tu kata takde tapi dia akan check. So, i hung up. Suddenly, i receive a call from En. Wan.

"Jom buka puasa kat Hotel Marriott Putrajaya. Ada orang belanja."

Then, aku terus je setuju. Call dari Shangri La aku tak layan sebab dah ada yang nak belanja. lagipun free...Hehehehe. Lagipun kat Shangri La, cost per pax is RM86.35 nett. Dengan badan sekeding ini, apa sangat la yang boleh masuk dengan harga banyak tu...

Then, dalam jam 6.15 pm, aku off to Marriot. BTW, yang dijemput bebuka bukannya aku sorang je but the whole department, i mean, sumer staf di ofis lama aku. Kira reunion la ni...ewah!!! Macam AF pulak ye nak reunion-reunion nih...

Suasananya ala-ala macam gini lah tadi...


(suasana bukanlah suasana sebenar semasa berbuka tadi. Keadaan sebenarnya very the havoc sebab rakyat Malaysia ni memang tak dapat bertahan lebih lama kalau dah mengadap makanan. Boleh mati kalau tak terus di suap ke mulut. - Sekadar gambar hiasan yang diambil dari internet). Tapi gambar ni memang gambar Hotel Marriott Putrajaya.

The food, ok. Not that fantastic sangat sebab aku selalu jugak makan kat sana. Biasa-biasa je, ala-ala lidah rakyat Malaysia (dah kena belanja, banyak songeh pulak). Tapi yang paling best ialah suasananya. Bukan suasana hotel tu, tapi suasana masa makan dengan staf lama. Bila dah kumpul ramai-ramai tu, apa lagi, kutuk mengutuk la. Yang paling kesian and paling banyak sekali kena ialah seorang staf yang bernama Temnya Rapkem Bong atau panggilan manjanya Kembong. (Orang thailand ka???)

Selera makan minah tu memang tak berubah langsung. Masih macam dulu gak. Dan staf yang lain-lain tu pun sama gak mengutuk tak hingat dunia . Masing-masing ada cerita sendiri. Terlalu leka pulak sembang-sembang sampai tak sempat nak ambik gambar suasana dan makanan yang di makan. Anyway, yang tu dah tak penting. Yang penting, dapat mengulangi saat-saat ceria kat ofis lama dulu.

Oh, lupa pulak nak buat perbandingan harga pada makanan yang di makan tadi:

Starter:


(i) Buah tembikai (3 keping) - harga biasa RM1.00
(ii) pecal (1 pinggan kecil) - harga biasa RM2.00
(iii) lemang (1 keping) - harga biasa RM0.50
(iv) nescafe tarik (1 cawan) - harga biasa RM1.50


Main Course :


(v) Sate (10 cucux) - harga biasa RM6.00
(vi) Tandoori ikan - harga biasa RM1.50
(vii) Roti Nan - harga biasa RM0.50
(viii) nescafe tarik (1 cawan) - harga biasa RM1.50


Dessert:


(ix) bread pudding - harga biasa RM1.50
(x) tiramisu strawberry - harga biasa RM1.00
(xi) tiramisu vanila - harga biasa RM1.00

Total harga biasa RM18.00 berbanding RM80.00++ yang dibayar hari ini. Jadi, sungguh tak berbaloi sekali aku makan. Tapi takpa. Orang belanja. Lagipun, Kembong dah makan separuh dari portion aku...

Ok la, penat sikit ni. kenyang-kenyang macam ni, terasa malas pulak nak buat kerja. So, aku nak rehat dulu sebelum dozz off...

Monday, September 22, 2008

Monday Blues

Seperti biasa, hari Isnin adalah igauan bagi setiap orang (yang bekerja, of course). Kebanyakan aktiviti dibuat kat pejabat macam ala kadar je. Ye la, mood takde lagi. Puasa pulak tu. Seperti kebiasaannya, itu la jugak yang berlaku pada aku hari ini. Nak masukkan entry baru pun, terasa malas pulak sebab takde perkara menarik pun yang berlaku hari ini.

Kalau macam tu, kita cerita bab semalam la, sebab semalam pun tak sempat nak masukkan apa-apa. Untuk pengetahuan korang, a friend from KL came to visit me. With his new car, of course. A Mitsubishi Lancer 2.0 GT. Tak pa la, dia orang bisnes, walaupun keje satu pangkat dengan aku. Side income dia dah mampu untuk beli kereta macam tu. Takpe la, rezeki masing-masing. Aku tumpang gembira la jugak sebab aku tau dia jenis yang suke kereta-kereta mewah ni. All the best to you, Fiq.

So, ceritanya kitorang buke puasa kat Restoran The Windmill Station, Seremban 2. Aku order Nasik Goreng Nenas Lamb Chop (abih la darah tinggi naik semula) and Fiq pulak Nasik Goreng Tomyam. Not bad jugak la rasanya. What i like most about the food (beverage la, i can say) is the Hot Chocolate. The best i've ever had, so far. Aku rasa dia guna Hot Chocolate Cadbury tu sebab tu rasanya very out of this world. Kalau nak buat sendiri pun boleh gak, beli je satu paket kat kedai runcit, pas tu bubuh je air panas. Settle!!! Tapi memandangkan kemalasan melanda diri, jadiknya minum je la kat kedai.

After that, we went to Jusco. Fiq was searching for a pair of jeans. Of course, i also would like to have one for myself. Try punya try punya try, at the end of the day, aku pulak yang terbeli 2 pasang and Fiq didn't buy any. Well, takpe la. Yang penting bahagia. I thought the shopping season is over already but still, when i step in to any shopping complex, i will buy something. O' ya Allah, bila la nak buang tabiat buruk ni...

O'ya. Sebelum lupa, that 32" LCD TV look so tempting. It will match perfectly with PS3.

HUARGH!!! COULD YOU PLEASE DON'T MENTION ABOUT THAT???? RASANYA SEPERTI TIDAK BOLEH DITANGGUH-TANGGUH LAGI PEMBELIANNYA.... PLEASEEEEE HELP!!!!!!

(Bersambung di episod yang akan datang...)

Saturday, September 20, 2008

The Royale Bintang

Hari ini buka puasa kat The Royale Bintang Seremban (formerly known as The Royal Adelphi). per head RM58++ (tidak termasuk 10% service charge dan 5% Government tax). Makanan yang dimakan ialah:

starter:

(i) jus oren (1 gelas) - harga biasa RM1.20
(ii) teh tarikh (1 cawan) - harga biasa RM1.20

main course :

(iii) roasted chicken wing (1 ketul) - harga biasa RM2.50
(iv) roasted frankfurter (2 ketul) - harga biasa RM2.00
(v) satay (6 cucux) - RM3.60
(vi) spageti (1 pinggan kecil) - RM5.00
(vii) teh tarikh (2 cawan) - RM2.40

desert :

(viii) apam balik (3 keping) - RM1.50
(ix) teh tarik (2 cawan) - RM2.40

Total harga biasa : RM21.80 berbanding RM58.00 (without tax) yang di bayar...

Hmmm... sebenarnya boleh makan banyak-banyak lagi tadi tapi macam malas pulak sebab makanannya pun tak berapa sangat. Tapi alhamdulillah (kena la bersyukur) walaupun mahal. Rasanya ni je la kot berbuka puasa kat hotel. Pas ni, buke la kat restoren biasa (fastfood) macam biasa...

Pas makan, pi Jusco kejap. Beli 2 DVD cerita seram. Malam ni layan DVD la nampaknya. Esok baru nak buat kerja ofis sebab bos besar balik dari oversea. Misti banyak keje-keje yang nak dibuat. Anyway, my assistant takde Isnin nanti. Outstation. So, kena work harder than before...

OK la. Dah malam ni. See you tomorrow...

Thursday, September 18, 2008

Budi bahasa

Orang melayu ni katanya berbudi bahasa. (ye ke???). kalau di kata tak berbudi bahasa, mengamuk tak tentu hala. (bukankah mengamuk tak tentu hala tu tanda tidak berbudi bahasa???). tapi itu la yang berlaku petang ni. Dan itu la yang membuatkan aku hangin ni. Ceritanya macam ni:

Ofis aku ni ada la buat something yang tak ikut pekeliling. Atas rasa tanggungjawab (chewah...ye ke tanggungjawab???), aku pun berusaha la cari pekeliling tu dan pass kan kat mamat sorang tu (and c.c. copy to his boss and his assistant) untuk mendapatkan pengesahan samada pekeliling tu masih terpakai ke atau tidak. Then, later that evening, i received a call from him and the conversation goes like this: (A adalah mamat tu dan G adalah aku).

A : G, ni aku nak sound ko sikit ni. (PART NI YANG PALING TAK BERBUDI BAHASA DAN PALING KEJI SEKALI...memandangkan ramai pembaca mengalami kekeliruan sapa yang keji dan tidak berbudi bahasa)

G : (tercengang tak tau apa. telinga dah naik panas, ati pun dan start ada bara api. ye la, lapar kan sebab puasa).

A : Kalau kau ada apa-apa hal, ko call je aku. kau tak perlu la e-mel. (nada suaranya macam marah...memang marah pun tapi aku peduli apa)

G : A, kalau ko baca betul-betul e-mel aku tu, aku just nak kau bagi pengesahan samada pekeliling tu masih terpakai atau tidak. kalau nak call ko, tak kan la aku nak baca semua isi pekeliling tu kat telefon (nada suda sedikit naik, angin pun naik jugak).

A : ye la, kau boleh je call. aku tau pasal pekeliling tu.

G : ye la, aku tau kau tau pasal pekeliling tu sebab dulu aku dapat pun dari department kau. (try to slow down a little bit, and no, aku dapat sendiri pekeliling tu). Aku bukannya apa. Aku risau je kalau kita pegi meeting kat luar nanti kalau ada orang yang faham pasal pekeliling, dia kata kita buat tak betul.

A : Tak. Aku tau pasal pekeliling tu. Tapi dah Dato' yang arahkan buat macam tu. Aku jadi serba salah. tapi aku tau pasal pekeliling tu.

G : Hehehe...(asyik-asyik kau tau pasal pekeliling tu. kalau kau tau naper ko tak nasihatkan Dato').

A : Ok la, tu je la nak bagitau kau. ni aku call ni nak menjawab persoalan kau dalam e-mel tu la.

G : OK, no problem.

Moral of the story:

(i) kalau nak berbincang dengan orang tu, mulakan la bahasa dengan baik. ko ingat orang nak respek ko ke kalau ko cakap macam tu.

(ii) baca betol-betol e-mel tu sebelum bagi komen tak bermanfaat. And please, terima teguran orang kalau benda tu memang salah ko.

(iii) ko ingat Dato' ko tu tuhan ke, semua yang dia cakap ko kena ikut. kalau ko rasa dia salah, ko sepatutnya mampu nak menasihatkan dia. Ko sepatutnya mampu nak bagitau Dato' ko tu kalau ada pekeliling yang terpakai pasal benda tu, NASIHAT DIA BETUL-BETUL.

(iv) kita pegawai kerajaan ni bekerja ikut pekeliling, prosedur dan arahan yang terpakai. jangan pakai hentam je. Perlu ada asas dalam nak laksanakan sesuatu. Walaupun arahan yang diberikan oleh Dato' ko tu terpaksa dibuat sebab dia dah bagi arahan, aku yakin disebalik arahan dia tu dia mempunyai maksudkan "SILA PATUHI ARAHAN YANG SAYA BERIKAN, (BERGANTUNG KEPADA PEKELILING DAN PROSEDUR SEMASA YANG TERPAKAI)."
As a senior officer, you should be able to analise his order!!!

p/s: Mana yang lebih baik, memulakan bicara dengan "Ni aku nak sound ko sikit ni" atau dengan "Aku nak habag la sikit kat ko ni"?

Jadi, selain berbudi bahasa, ikut la peraturan. tapi, kalau aku yang ikut peraturan ni pon ko nak jadikan musuh, then let it be. Anyway, aku dah tak respek ko sampai bila-bila...

Selamat hari raya, maaf zahir batin.

Bloggers beware!!!

Dalam berita malam ni, 2 bloggers di cekup sebab menyebarkan fitnah dan hasutan dalam net. Sian jugak bila mengenangkan nasib kedua-duanya. Tapi nak buat macam mana, nak sangat di cekup. Kekadang aku pun tak paham la, kenapa orang yang menulis blog ni, yang macam aku ni, yang hanya menulis atas dasar "suka-ati-mak-nenek-aku-nak-tulis-apa-pun" yang kena cekup. Sedangkan aku menulis ni sekadar memberi pandangan je. Tapi apa yang ditulis sekadar pandangan peribadi itulah kononnya menghasut. Aku rasa apa yang ditulis ni sekadar tulisan je, pandangan peribadi. kalau orang nak baca, baca la. kalau orang nak percaya, percaya lah. Kalau tak baca, sudah. Ni bukannya perlu sangat di baca untuk ambik exam.

Satu lagi, aku yakin pembaca blog ni adalah orang yang waras dan TIDAK BEBAL sebab dapat menilai apa yang betul dan yang tak betul. kalau MEMANG BEBAL, sah-sah la tak dapat baca blog sebab tak reti berinternet. Tak ke gitu???

Aku nak jugak membandingkan blog ni dengan majalah, risalah, akhbar dan lain-lain bahan media cetak lain kat pasaran tu yang melambak-lambak, yang lebih banyak menipu dari yang betul. Dijual pulak tu. Dah la orang membeli mahal, kena tipu pulak tu. Sedangkan blog ni free, dan terpulang kepada mereka-mereka yang membaca sama ada nak percaya atau tidak. Tapi, yang free ni la yang kena cekup jugak. Tak paham!!! Tak paham!!!

Tapi, aku sebenarnya menyokong jugak bloggers yang macam anj*ng ni, yang menulis benda-benda yang keji, yang kalau kesalahan yang dibuatnya tu kalau nak buat perbandingan jadik macam ni:

"kalau masuk kubur, sah tak perlu kena soal siasat oleh malaikat. Terus je dapat one-way tiket to hell and burnt forever".

Ha!!! yang macam tu, cekup la. (untuk pengetahuan murid-murid sekalian, ayat bertanda merah itu merupakan "Ayat Kesian" yang bertujuan untuk mengelak kena cekup jugak atas sebab menghasut).

Tapi satu je aku nak tanya korang:

KALAU MACAM AKU NI, YANG MENULIS PASAL URAT KENTUT YANG HAMPIR PUTUS SEBAB KETAWA TAK HINGAT DUNIA, BUAT APA NAK CEKUP?????

Peace...i'm outta hea.

Berita

Semalam aku tengok TV3 (tertengok sebenarnya sebab bosan dengan TV kat Malaysia ni yang sekarang macam hampeh). ye la, asyik-asyik pasal Anwar, Pak Lah, darurat, peralihan kuasa bla... bla... bla... dah bosan. Aku percaya darurat kalau kat jalan raya tu dah ramai orang merusuh, dah banyak tunjuk perasaan (kecuali tunjuk perasaan dalam blog atau tunjuk perasan) dan macam-macam lagi yang mengganggu gugat negara. tapi, aku terasa aman pulak. Tidak kah anda jugak terasa aman???

Balik pasal TV semalam, ada cerita pasal timbalan (bla...bla...bla...) buat lawatan ke salah sebuah IPT Swasta di cyberjaya. Sebabnya, ramai student yang komplen, ramai student oversea yang buat perangai, party all night long (kalau baca part ni mesti nyanyi ala-ala lionell richie..."all night long...all night...yeah!!!"), minum arak, kaco-kaco orang dan sebagainya. Salah satu punca menurut timbalan ni ialah kekurangan kawasan beriadah untuk pelajar-pelajar ni.

APA??? KURANG TEMPAT BERIADAH???

Then, timbul la kaedah nak selesaikan masalah ni. Salah satu penyelesaiannya ialah membina lebih banyak tennis court, basketball court dan banyak court lagi la, termasuk pasaraya Courts kot, untuk menangani masalah ini. Sekiranya courts ni banyak, pelajar-pelajar ni mesti pegi beriadah dan bermain sampai penat nak mampus. Jadi malamnya mereka keletihan dan tiada masa nak lepak-lepak.

Aku punya la ketawa sampai terkentut-kentut (batal air semayang aku yang sedang menunggu masuk waktu Isyak, and bocor rahsia pulak aku terkentut nih...cis!!!). nasib baik urat kentut tak putus dibuatnya. Pas ketawa tu, aku menumpukan seluruh perhatian terhadap apa yang timbalan tu kata. then this is my respond:

pandangan timbalan : kalau dibuat courts yang banyak, jadi mereka akan beriadah pada waktu malam daripada lepak-lepak.

my respond : sapa nak main basketball tengah-tengah malam? sapa nak pi main bola tengah malam? sapa yang nak pi main tennis tengah malam? dah la pelajar-pelajar yang buat hal tu sumernya dari Africa. kan susah nak cari kalau ilang tengah malam???

pandangan timbalan: kalau ada courts, pelajar-pelajar IPT tu akan bermain hingga nak mampos dan mereka tak kan ada masa nak melepak sebab kepenatan.

my respond : kalau dah main sampai penat nak mampos dan penat pun nak mampos, bila pulak masanya budak-budak tu nak belajar? ye la, petang asyik maaaaaiiiiinnnnnn je. malam pulak, asyik tiiiiiiiiiiiidddoooooooooooo je sebab letih. jadiknye, bila nak pi belajar???

(lain-lain pandangan timbalan tidak diketahui kerana aku dah off TV. Bosan!!! jadiknya kalau ada lagi pandangan yang tak sempat aku komen, sori ye...)

Cumanya aku terfikir... kenapa selalu mencari pendekatan yang costly setiap kali ada masalah? bina courts, bina itu, bina ini. Tidakkah pernah terfikir...

KALAU KETATKAN UNDANG-UNDANG AKAN MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH YANG BERLAKU? (kaedahnya fikirlah sendiri coz i believe in law)...

... dan ingatlah, duit yang nak bina courts tu adalah duit rakyat!!!

Wednesday, September 17, 2008

Politik semasa

Aku bukannya orang yang suka hal-hal politik ni. Tapi melihatkan keadaan sekarang, aku juga ingin meluahkan sesuatu (ni kira menghasut ke ni? Tak pasal-pasal masuk lokap kang). Ye la, bukannya apa. Sebagai rakyat Malaysia, kita akan kena jugak kalau berlaku apa-apa yang tak baik.

Hari ini, Pak Lah mengumumkan dia akan memegang tampuk pimpinan Kementerian Pertahanan manakala timbalannya sebagai Menteri Kewangan I. Dari ura-ura yang didengar, Pak Lah mengambil tindakan tersebut supaya mudah beliau mengisytiharkan darurat sekiranya ada apa-apa yang berlaku.

Masalahnya, ada ka "apa-apa yang akan berlaku"?

Kalau kita tengok di dalam TV, seolah-olah peristiwa 13 Mei itu akan berlaku lagi. benarkah begitu? Apakah rakyat Malaysia sebodoh itu untuk mengulangi sejarah hitam itu? Adakah rakyat negara ini masih di tampuk pemikiran lama sehingga membenarkan perkara sedemikian berlaku?

Kalau bukan itu tujuan Pak Lah menukar haluan, apa tujuan sebenarnya? Saja tukar angin (atau buang angin?)

Benar kata seorang teman, apa yang nak ditakut apabila ada pertukaran Kerajaan. kalau tak suka, lain kali jangan undi. Lagipun yang akan memimpin negara ini adalah orang Malaysia jugak. Bukankah begitu? (abis la kalau di cop pro-Anwar). Dalam entry yang lepas, aku pernah kata kalau mana-mana pemimpin memerintah sekalipun, rakyat Malaysia tetap makan nasik. Cuma yang aku tak berkenan, taktik menakut-nakutkan rakyat dengan cara begini adalah tidak beretika. Seolah-olah jalan menuju ke arah 13 Mei itu akan berlaku lagi tapi kali ini dicetus oleh pemimpin negara sendiri (ini dikira menghasut ke ni?).

Malas aku nak fikir banyak-banyak. Aku bekerja dengan "Government of the day". Dan selagi kudrat ini ada, aku tetap berkhidmat pada mana-mana pemimpin kerana fokus aku adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia, terutama sekali keluarga sendiri.

Kalau aku dibuang kerja, Pak Lah nak bagi duit kat mak bapak aku makan???

Nama Jepun Yang Terbaru

Dapat e-mel ni dari seorang kawan. Dalam keadaan gawat sekarang ni, biar la rehat-rehatkan minda sikit dengan benda ni.

Nama Jepun terkini (dengan maknanya sekali)

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14.. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI

16. Yang takut BERSUMPAH - ANOWA BELAKANGTARO

Selamat berhibur!!!

(p/s: tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Segala kesulitan amat dikesali)

Tuesday, September 16, 2008

Terawikh ke 17

Malam ini aku kembali berterawikh setelah sekian lama berterawikh kat umah saje. Sesampainya di surau, ya ampun, orang makin sikit. Biasanya surau penuh 2/3. Sekarang ni dah jadi 1/3. Nasib baik ruangan solat wanita bertutup. Kalau tak, bocor rahsia ibu-ibu sedang sibuk membaca buku resepi untuk buat kueh raya...(sigh).

Satu lagi yang aku bengang, budak-budak dah kembali menjadi monyet. Dah pandai menipu pulak tu. Masa bapak-bapak sekalian solat, budak-budak tu terjerit-jerit macam monyet termakan cili. Bila bapak-bapak dorang tahiyat akhir, tetiba keadaan menjadi sunyi-senyap. Semua elok je duduk kat belakang tu, macam tahiyat jugak (padahal tahik je).

Wah!!! Nampaknya institusi masjid dan jadi institusi mengajar anak-anak menipu ye.

Ntah la apa nak jadi dengan bapak-bapak kat malaysia ni (and anak-anak yang dajal sekalian). Kalau setakat bawak anak ke surau hanya bagi mengelak anak kacau maknye buat kueh, antar ke zoo lagi bagus. Orang kata "sayang anak, lempang-lempangkan".

Kalau meninggal, buat lagi...

Monday, September 15, 2008

Banana Republic

Petang tadi aku hantar member ke KLIA, balik Sabah. Aku sebenarnya bila kat KLIA ni selalu menahan diri dari menjejakkan kaki ke Aras 5 KLIA tu sebab ada daya tarikan yang i really can't resist. Tapi, since dah ada di sana, aku pun membuat kunjungan mesra pada kedai yang aku selalu pegi tu iaitu...

... kedai perfume.

Adalah sukar untuk menolak untuk tidak membeli minyak wangi bila dah ada dalam kedai tu. Tetapi akhirnya aku kalah. Terbeli jugak sebotol perfume. Kalau ikut tukang jual ni (pompuan dari Sabah, Semporna katanya [matai la urang kampung]), perfume ni dah lama tapi since sambutannya menggalakkan, ia di jual semula. (jual semula ka atau nak abiskan stok?)


Jenama : Banana Republic

Nama wangian : Slate

Bagi aku, biar perfume la lama tapi kalau baunya aku suka, aku mesti beli jugak walaupun kat rumah melambak-lambak perfume lagi. Lagipun kotaknya diperbuat dari kayu. Very nice. Harganya pun very nice jugak. (harga yang membuatkan aku tak boleh pi KFC dalam 2 bulan).

Cheers!!!

Sunday, September 14, 2008

Terkenang zaman dulu

Gambar di ambil dari blog Yasmin Ahmad. Sepertinya Yasmin sedang mengusahakan sesuatu. Mungkin filem baru. Can't wait to watch it!

Bila terlihat gambar budak sekolah, suddenly, it reminds me of the old days masa sekolah dulu. Masa sekolah rendah, pegi sekolah naik lori angkut buah kelapa sawit. Perjalanan mengambil masa selama 45 minit, kadang-kadang lebih. Selalu lewat sampai ke sekolah. Cikgu pun tak kuasa nak marah sebab terlalu kerap sangat berlaku. Keadaan menjadi semakin buruk bila hujan. Selalu cikgu suruh balik saja kalau kami dah basah kuyup. Ye la, mana nak belajar kalau dalam keadaan basah dan menggigil...

Kalau hujan, semua murid termasuk cikgu buka kasut, simpan dalam laci meja. Takut kotor dan tergelincir sebab lantai licin. Kalau berjalan dalam kelas atau kat koridor pun terjingkit-jingkit, takut lantai runtuh. Kebiasaannya, satu bangku untuk seorang murid. Tapi anda mungkin terkejut kalau di sekolah aku, 1 kerusi panjang di kongsi oleh 12 orang murid. Kalau salah satu kaki kerusi tu patah, 12 orang murid terpaksa duduk atas lantai.
Sehari selepas hujan, pelajar lelaki perlu menghalau kerbau yang lepak-lepak kat padang sekolah. Kang dia menyahtinja, habis satu sekolah tak dapat buat kelas pendidikan jasmani. Masih lagi terdengar di telinga, saat bunyi loceng menandakan waktu belajar atau persekolahan tamat. Ya, sebab aku la yang memukul loceng itu.

Saat paling gembira apabila perpustakaan bergerak datang. Semua pelajar akan berpeluang untuk meminjam buku. Tapi malangnya, buku-buku yang ada semua tak best kerana sekolah aku adalah antara sekolah-sekolah yang terakhir disinggahi sebelum perpustakaan itu pulang ke bandar.

Saat yang paling ditakuti apabila doktor dan juru rawat pergigian datang. Sekolah penuh dengan orang menangis. Kalau time menerima suntikan, lagi la ramai yang menangis. Yang cikgu kejar dalam ladang kelapa sawit pun ada.

Ntah, semua itu dah berlalu 18 tahun yang lalu. Harapanku semoga tiada lagi murid-murid sekolah yang menghadapi keadaan sukar seperti itu lagi, setelah 51 tahun negara ini merdeka...
Tapi jika ada, sesungguhnya itu adalah pengalaman, dan bukannya seksaan.

Buka puasa

Hari ini aku berbuka puasa kat umah member aku. Last friday aku berbuka puasa kat R&R Seremban sebab tak sempat sampai rumah. I tot tak ramai sangat orang masa tu. Bila sampai R&R tu, bukan setakat ramai, parking pun takde. So, aku hanya minum air and solat maghrib dan meneruskan perjalanan ke Jusco Seremban then makan kat situ. Makan apa??? KFC la, of course. The new curry Hot and Spicy Chickennya not that delicious tapi bedal jak la.

Yesterday pulak, aku buka puasa dengan awek aku kat Nilai. Kat Restoran Ayuni. Saat kami tiba di restoran tu, disambut dengan perkataan:

BOKING
(instead of booking)

(rugi rasanya tak sempat ambil gambar sebagai bukti sebab tak tahan ketawa dari awal sampai restoran sampai balik).

Makan nasik goreng belacan (yang lebih rasa nasik dari belacan) and ice blended chocolate. Burp!! !Kenyang!!!

Yesterday jugak mummy kata dia dah dapat barang-barang yang aku kirim sempena raya. Memandangkan tahun ni aku tak balik, normally beli la baju-baju raya for the whole family and extra duit raya. Since ada bonus tahun ni, cadangannya macam nak bagi duit raya jugak la pada sumer adik-beradik (bila nak kumpul duit nak kawen ni???. Nanti la kalau dah menang RM1 juta nanti, baru fikir kawen ya. )

OK la. Dah nak berbuka ni. Mungkin kalau sempat, malam karang akan disambung lagi ya...

Salam...

Menyahut cabaran!!!

Untuk menyahut cabaran si Jijix, i take the trouble to answer all the questions. And yes Jijix, i just copy and paste the questions (at least ada jugak yang aku tau pasal IT nih...jangan bikin malu)... So, this is my answer:

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE? A soccer player. but i dont play soccer (kaki bangku)...at last, mengaku akhirnya.

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED? Last week, miss my family so much. mengelak untuk nangis masa raya nanti...huhu.

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING? Nope b'coz it keeps on changing (depends on the mood).

4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT? Chicken.

5. DO YOU HAVE KIDS? Still single. (still swimming, not yet a human being).

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU? Absolutely!!!

7. DO YOU USE SARCASM A LOT? Always.

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS? Yes.

9. WOULD YOU BUNGEE JUMP? Yes..yes..yes... Misti mau cuba try test!!!

10. WHAT IS YOUR FAVORITE CEREAL? Nestum (Copy si Jijix punya jawapan).

11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF? Seldom.

12. DO YOU THINK YOU ARE STRONG? Strong enuff to... (u know).

13. WHAT IS YOUR FAVORITE ICE CREAM? Semua suka.

14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE? Their smile (u know whether they're sincere or not).

15. RED OR PINK? Neither, but if i have to choose then it will be red.

16. WHAT IS THE LEAST FAVORITE THING YOU LIKE ABOUT YOURSELF? Ada ka????

17. WHO DO YOU MISS THE MOST? Should i tell???

18. DO YOU WANT EVERYONE TO SEND THIS BACK TO YOU? No, thank you.

19. WHAT COLOR PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING? Black for pants and white for shoes.

20. WHAT WAS THE LAST THING YOU ATE? Fried chicken (masa sahur).

21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW? Discipline by Janet Jackson.

22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOR WOULD YOU BE? Blue.

23. FAVORITE SMELLS? Lavender.

24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE? A friend in penang.

25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU? Yes, very much.

26. FAVORITE SPORTS TO WATCH? err...tennis.

27. HAIR COLOR? Black.

28. EYE COLOR? Dark brown.

29. DO YOU WEAR CONTACTS? No.

30. FAVORITE FOOD? Satay...i like!!!

31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS? Scary movie.

32. LAST MOVIE YOU WATCHED? Mirror ( An Indonesian movie... horror of course)

33. WHAT COLOR SHIRT ARE YOU WEARING? Blue.

34. SUMMER OR WINTER? Summer.

35. HUGS OR KISSES? Hugs.

36. FAVORITE DESSERT? Fruits.

37. MOST LIKELY TO RESPOND? huh???

38. LEAST LIKELY TO RESPOND? huh??? huh???

39. WHAT BOOK ARE YOU READING NOW? Wild Magic, a novel by Tamora Pierce.

40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD? I dont have one.

41. WHAT DID YOU WATCH ON T.V. LAST NIGHT? Die Hard 2 on TV2.

42. FAVORITE SOUND? Waves.

43. ROLLING STONES OR BEATLES? Beatles.

44. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME? Next!!!

45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT? A lot.

46. WHERE WERE YOU BORN? "... Negeri kita yang tercinta" ...sing with me Jijix!!!!

So, terjawab sudah persoalan-persoalan yang terungkai. Sish!!! Penat jugak walau pun tak berlari semasa menjawab.

Jix, mana adiah ku sempena menjawab soalan kau nih???

Friday, September 12, 2008

Tersenarai!!!

Suda ku bilang sama my lil sis not to link my blog to blog dia. (remember blog yang ada wanita kurus memalingkan mukanya ke belakang dan hanya nampak bibirnya jak melalui cermin make-upnya??? ). Tapi as usual, kedegilan mengatasi segalanya. Then, termasuk la aku di senarai link blog-blog yang ada tu. Bagi yang mau masuk and membaca, dipersilakan. Blog masih baru, very busy untuk memasukkan elemen-elemen yang lain; i.e. link ka, lagu-lagu ka, gambar ka... in short, not IT savvy (buta IT bah!!!).

Anyway, nanti la sekiranya ada masa boleh try kaedah cuba jaya (seperti yang disarankan oleh Jixxy dan yang pernah di try sebelum ini yang mengakibatkan keseluruhan blog di delete)...hmmm...

Thursday, September 11, 2008

Diskas dengan Dato'

Petang ni aku chair a meeting. Suppose legal advisor aku yang chair tetapi dia tak buat macam tu sebab dia rushing to do sumthing else. (betul ke???). meeting very the hectic one sebab syarikat yang aku deal ni memang susah sangat nak deal. Aku dah meeting few times dengan dia, selalu kacau aku tak kira tempat. Sometimes aku explain benda-benda basic pun dia nak tanya kali-kali. Tapi aku pasrah sebab sebagai penjawat awam memang macam tu. Tapi jangan la selalu sangat kacau sampai aku agak tertekan sebab asyik kena kacau je.

Dalam meeting tadi tu pun aku dah agak marah dah. My assistant perasan sebab telinga aku dah merah dan my face dah berubah. So, aku pun adjourn the meeting cepat-cepat.

Seperti yang aku agak, syarikat tu pi jumpa Dato'. Dan aku kena jugak explain jugak sekali lagi pada Dato', sampai berlawan jugak la dengan Dato'. Aku punya basis untuk bercakap. Dan aku tau dengan bercakap macam tu, aku dah sedia dengan apa jua kesannya.

Tensionnya!!! Tapi nak buat macam mana, dah kerja. Semoga semuanya berakhir dengan baik.

Insya ALLAH...

Kegembiraan berganda

Semalam aku mendapat berita yang banyak di akhir nak balik keja. Rentetannya adalah seperti berikut:

(i) Ex-boss aku naik pangkat (which is a good news);

(ii) another ex-boss yang sepatutnya kena keluar tapi stay atas sebab wahyu kafirun (which is not a good news);

(iii) a new boss will be reporting soon (maybe a good news for some, not for others);

(iv) an old big boss (a crap, actually) is being transfer out (which is a very good news to everybody, i believe);

(v) another boss (also a crap) will be transfer out (a good news for some); and

(vi) another big boss (in size also big) will be reporting soon (????? no news).

WHOAH!!!! Banyaknya pertukaran pegawai kat Jabatan aku ni. Is it a good news? Ntah, we'll see what this people can do to the Department, to me and this country. Either they ruin it or they do their job perfectly smooth, that is beyond my prediction.

Another thing that i cant predict at the moment...

..Will I stay, or will I be transfered out? We'll see...

Wednesday, September 10, 2008

Malas

Memang malas sangat nak pi keje hari ni. Pagi tadi jam 4 pagi, tak boleh tido sebab batuk-batuk. Bersahur jam 5 pun macam malas-malas jugak. Bila dah pakai baju keje, tetiba ngantuk, tido la pulak dalam 10 minit. Masa drive ke stesen bas pun ngantuk lagi. (Nasib baik ada minah bangang memandu macam pelesit yang berjaya menaikkan kemarahan aku. Segar sikit rasanya). Then, dalam bas pun tido lagi. Sampai ofis, tido lagi pulak 15 minit.

Bos panggil nak diskas, mata aku bengkak-bengkak je. Saja cover dengan mata ala-ala kuyu macam demam. Nasib baik suara aku macam orang sakit pagi ni. Jadi, musti bos ingat aku tak sihat. (memang tak sihat kot rasanya). Sekarang ni badan masih letih-letih. Bos dah berambus pi meeting. So, aku mempunyai opsyen sama ada:

(a) mau teruskan tido; ataupun

(b) buat report yang tak siap-siap lagi dari semalam.


Mana satu ye...opsyen (a) atau (b)..... (a)....

(b).........atau (a)...... atau (a)........... atau (a)....... atau (b).......



(b.zzzz)........




zzzzzzzzz..........



(2 minit kemudian)



.... opsyen (b) la!!!! (Dengan nada geram).

So, get back to work!!!!

Tuesday, September 9, 2008

Wabak dengki

Yes, people. Rupanya wabak ni melanda sekali dengan wabak denggi. Tapi aku rasa wabak yang baru ni bahayanya lebih besar dari wabak yang sedang melanda kini yang disebabkan oleh makhluk ALLAH bernama nyamuk. Makhluk ALLAH yang bernama 'nyanyuk' ni yang menyebarkan wabak dengki di kalangan orang-orang department aku ni jugak semakin berkembang biak.

Apa dia ingat dia sorang je ke yang nak keje? Bagi makan anak bini, keluarga? (anak bini tidak termasuk dalam definisi aku. Sekadar menyuarakan keluhan kengkawan yang terasa). Sekarang ni bercakap dah menjadi semakin sukar. Memang la bercakap benda-benda tak berapa elok di bulan puasa ni digalakkan. Tapi kalau bercakap benda-benda yang benar pun tak boleh, apa gunanya ALLAH bagi mulut?

Aku malas nak melayan wabak baru dengki yang dibawa oleh nyanyuk ni. Biarlah...sampai masanya nanti matilah makhluk tu. Takut pulak lepas ni ada pulak makhluk ALLAH yang bernama Babe yang menyebarkan wabak JE pulak (JE = Jaga Engkau!!!)...

Wallahua'lam... Semoga dihindar dari fitnah dunia dan akhirat.

Monday, September 8, 2008

Wabak denggi

Sekembalinya di rumah, aku bercadang nak melepak-lepak dan memalas-malaskan diri setelah berbuka puasa sementara menunggu solat Isyak. Tetiba...

Prrrreeeeeeetttttt!!!! Prrrreeeetttt!!!!!! Prrrreeetttttt!!!

(Sorry, ini bukan bunyi kentut atau orang tercirit...keji!!!).

Mesin fogging pulak yang berbunyi sebelah rumah. Alamak!!! Ni mesti ada orang dengki dan kes denggi nih. Seperti yang lazimnya berlaku, mula la aktiviti melompat sana-sini menyembunyikan makanan dalam tempat-tempat yang selamat dari terkena asap fogging, kain baju semua dilonggok dalam almari, tingkap dibuka seluasnya dan langkah kaki terus ke laman rumah. Jadi, selamat la rumah aku kena fogging malam ni. Boring betul!!!

Dengar cerita jiran sebelah rumah aku kena denggi. Last week, the jiran of the jiran yang kena. So, kejiranan aku ni dah dikira sebagai tempat merebaknya wabak. Nak tau kenapa??? Sebab kawasan ni ada banyak construction site. Nyamuk, apa lagi. Bermaharajalela la dia.

Simptom demam??? Kalau anda rasa demam-demam kura, lambat baik, panas sejuk sesuka hati. Ada bintik merah pada badan (ni kes demam denggi berdarah). kalau demam tu tetiba menggigil setiap 3 hari (macam kena renjatan elektrik). Jadi, cepat-cepat la jumpa doktor.

Petua untuk mengurangkan impak demam??? Minum air banyak-banyak. Makan buah-buahan. Tapi time puasa ni macam mana pulak??? Minum masa berbuka dan bersahur. Tambah jumlah air dalam badan. Ada orang kata makan sup ketam. Makan je la apa yang ada. Janji badan cukup air.

Kalau korang wonder kenapa berlaku kegigilan setiap 3 hari. Itu adalah disebabkan sel darah yang terjangkit dengan kuman ini akan pecah setiap 3 hari. Sebagai tindakbalas melawan kuman, badan akan menggigil untuk mengurangkan impak jangkitan. Kalau badan kuat, biasanya kuman akan mati bersama darah yang dinagkiti itu. kalau tak, tuan punya darah tu yang akan mati bersama kuman tu sekali. So, beware people. Pastikan ruang rumah anda (dalam dan luar) tiada bekas yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk. Pencegahan adalah lebih baik. Ingat, raya tak lama lagi...

p/s: kalau korang nak tau, hanya nyamuk betina saja yang hisap darah. Yang jantan hanya hisap gula dan madu saja. Ye la, jantan kan penghisap yang manis-manis je. Sepah dibuang la. Yang betina, always the bloodsucker!!!! (Kes ini hanya melibatkan nyamuk sahaja dan bukan pendirian sebenar penulis)

Sunday, September 7, 2008

Kurang sihat

Aku plan nak buat keje ofis hari ni. Tapi, unfortunately aku tak berapa sihat dari semalam. Mungkin kekurangan gula, atau kekurangan air. Ada benarnya kot kalau aku ni kurang gula dan air. Kalau aku kira, memang semalam aku hanya minum segelas air sahaja. And sahur tadi 2 gelas. So, 3 gelas untuk sehari. And semuanya air biasa je. Takde gula langsung. So, hari ni aku beli minuman yang agak manis, strawberry + rasberry yogurt drink and dutch lady strawberry drink. Harap dapat menambahkan gula dalam badan. Badan terasa letih ni...

Biasanya aku hanya akan minum air suam saja. Ini menyebabkan pengambilan air minuman agak kurang. Korang tau tak kenapa kalau kita minum air sejuk kekadang sampai 3 gelas masih tak kenyang-kenyang lagi, sedangkan kalau kita minum air suam, segelas je kita dah kenyang???

Sebab, pengambilan air suam akan menyebabkan air tersebut berada lebih lama dalam perut dan kita akan terasa kenyang. Berbanding air sejuk, ia akan terus masuk ke organ-organ lain dengan pantas, tak singgah pun kat perut. Sebab tu kita tak terasa kenyang walaupun minum dengan banyak. Kalau tak percaya, boleh try. (Kalau korang collapse pas minum air banyak2, jangan cari aku ok).

Jadi hari ini aku bercadang minum air sejuk lebih sedikit, nak tambahkan air dalam badan. Tapi kena tau jugak, pengambilan air sejuk adalah tidak baik semasa makan. Ini kerana ia akan menyebabkan gangguan kepada jantung. Jadi, sekiranya anda mengambil air sejuk, pastikan tidak semasa makan, OK. Kena ambik selepas makan.

Jap lagi nak berbuka, aku pun dah bersemangat sedikit nak buat kerja ofis ni. Jadi, nak sambung buat keje la sebelum berbuka ni...

Saturday, September 6, 2008

Wajah baru

Tired of the old look? So, i made some changes to the blog appearance.

I got this pic from a mag. Suddenly it reminds me of the good old days. Sumthing about this pic that makes me feel so ALIVE...



To all my good old buddies, are you guys still out there???

Sabtu yang mendung

Hari ni mendung. Tak sedar masa dah jam 3 petang. dalam 4 jam lebih macam tu buka puasa la. Semalam aku menghabiskan masa dengan menonton siri drama Korea "Jewel In The Palace". Ala, cerita pasal tukang masak yang menjadi pakar perubatan di raja tu. pernah dittayangkan ditayangkan satu masa dulu di 8TV. Kalau boring, memang aku layan cerita tu. Saja nak buang masa...

Hari ni aku rasa nak tumpukan pada kerja pejabat. Sebab esok aku sepertinya ada plan lain. As usual, aku masih tak tau lagi apa plan aku tapi aku pastinya akan ada plan. Semalam adalah hari pertama aku menanggung tugas seorang pegawai yang baru saja ditukarkan ke jabatan lain. Jadi, dah bertambah la beban tugas aku. Aku dengar Jabatan tu memang banyak kerja (memang banyak pun). Sebab tu aku tengok assistant nya lebih banyak dari aku. 4 berbanding aku yang ada seketul tu je. Ini bermakna beban keje dah bertambah 400%.

Ada yang kata bertuah sebab dapat menanggung keje ni sebab akan dapat income lebih. For me, bukan income yang aku nak tetapi yang paling penting bagi aku sekarang ni ialah MASA. Aku mahukan masa yang lebih untuk aku membuat perkara-perkara yang aku suka buat i.e. makan-makan kat fastfood restaurant ke, tengok DVD ke, jenjalan ke... Now, semua tu nampaknya akan berakhir. Sebab aku akan punya tanggungjawab baru pulak ni. Bukan la aku tak mampu atau tak yakin untuk tanggung semua tu. Cuma, Jabatan baru tu mempunyai beban tugas yang berat, lebih berat dari beban tugas yang aku tanggung sekarang. Dan aku pulak terpaksa belajar benda baru dalam masa yang singkat ini atas benda-benda yang terlalu kompleks (buat masa ini).

Apapun, aku akan cuba sebab aku yakin kalau bos besar aku boleh buat, kenapa aku tak boleh. Dia pulak terpaksa menjaga 5 Jabatan sedangkan aku hanya membantu dia untuk mengendalikan 2 jabatan. Jadi, aku akan anggap ini sebagai cabaran. Aku pasti dapat melakukannya...Cuma aku perlu masa untuk membuat perancangan bagi menghadapi semua itu (dan aku hanya mempunyai 1 minggu). Lebih dari itu, aku mungkin mempunyai masalah untuk mengatur jadual kerja dan jadual peribadi.

Aku pasti boleh!!!

Thursday, September 4, 2008

Boring je hari ni...

Tak bersemangatnya nak pi keje hari ni. Yeah...it is already Thursday. Cari la sumthing yang menceriakan pagi ni.

O'ya... Semalam, aman rasanya bila solat terawikh. Kanak-kanak dah jadi sedikit waras. (adakah sebab mak bapak dorang terbaca komen aku???)...wakakakaka...

Semalam jugak aku ngantuk giler. Pas je solat terawikh, balik umah and terus tido. Dalam jam 12, aku terbangun pulak sebab ada sms masuk hp. Keji!!! Pas tu dah tak boleh tido. Then, tengok TV la jawabnya... Turn to Channel V and tada!!! America's Next Top Model-ANTM (Season 9-Ulangan). Yang Pemenangnya ialah Saleisha.



Tapi, model and pemenang yang aku paling minat sekali dalam ANTM ni ialah Caridee English (pemenang Cycle 7).


This is not her best pic. Kalau korang nak tau, cari la sendiri kat net, OK.

Chiow...nak pi buat kerja.

Tuesday, September 2, 2008

3rd day of Terawikh

Hari ke-3 terawikh. Ngantuk sikit tapi dapat menghabiskannya dengan jayanya. Yey!!!

Cuma yang tak yey!!! ialah apabila kanak-kanak yang dibawa ke masjid macam mo**et. Bising semacam, macam masjid tu sarkas je, atau zoo. Mungkin ada yang beranggapan kita kena lentur buluh dari kecil, mengajak anak-anak ke masjid dengan harapan dapat mendekatkan mereka dengan masjid. Begitukah???

Aku pernah terbaca luahan rasa seorang penulis akhbar (yang aku akan gelar Penulis A) yang mencela pandangan seorang lagi penulis lain (yang aku gelar Penulis B) yang menyatakan bahawa membawa kanak-kanak ke masjid sebenarnya akan mengganggu ibadah orang lain kerana kerenah kanak-kanak yang selalu membuat bising, berlari-lari dan sebagainya. Bagi Penulis A ini, sudah lumrah kanak-kanak begitu. Dan membawa mereka ke masjid akan dapat mendekatkan mereka kepada masjid. Penulis A membuat perbandingan bahawa penganut agama lain juga membawa anak-anak ke rumah ibadah masing-masing bagi tujuan mendekatkan mereka dengan tuhan.

Bagi aku, aku menyokong pandangan Penulis B yang menyatakan bahawa kanak-kanak tidak perlu dibawa ke masjid sekiranya:

i. semata-mata untuk mengelak kanak-kanak mengganggu ibu membuat kuih di rumah;
ii. hanya disebabkan ibu bapa tak perlu menjaga anak-anak di rumah kerana kawasan masjid adalah selamat (walaupun perangai anak macam tak serupa orang);
iii. tujuan kononnya mendekatkan anak pada masjid padahal mak bapak tak buat apa-apa pun.

Cuba kita lihat situasi ini. Selesakah anda bersolat sekiranya:

i. anak anda menjerit macam kena histeria?;
ii. anak anda berlari-lari di hadapan anda atau jemaah lain semasa mereka solat?;
iii. anak-anak anda bermain-main dan tetiba terdengar suaranya menangis?.

Sekiranya anda tidak selesa, adakah anda mengharapkan orang lain akan selesa?

Bagi aku, usahlah membuat perbandingan murahan dengan penganut agama lain yang membawa anak ke rumah ibadah masing-masing bagi tujuan mendekatkan mereka dengan tuhan. Ini kerana kaedah ibadah orang Islam tidak sama dengan agama lain. Bagi penganut lain, mereka beribadah dengan menyanyi, menari dan sebagainya. Tetapi Islam lebih mementingkan kekhusyukan dalam ibadah. Khusyuk kah anda sekiranya anak anda (atau anak orang lain) menjerit-jerit semasa anda solat?

Namun, aku tidak menolak cadangan membawa anak-anak ke masjid akan mendekatkan mereka dengan masjid. Tetapi, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh:

i. semasa solat (selain solat Jumaat), anak-anak di bawa berdiri bersebelahan dengan ibu atau bapa bagi tujuan mengelak anak berlari-lari atau melalak;
ii. sekiranya membiarkan anak berada di saf kanak-kanak, ajar anak-anak untuk tidak bermain-main. (kaedahnya anda fikirkan lah sendiri since aku takde anak);
iii. lain-lain kaedah yang boleh dibuat bagi mengelak orang lain menggelarkan anak anda sebagai mon**t sebab terkinja-kinja dan menjerit-jerit dalam masjid.

Ini sekadar pandangan aku, terpulang pada anda untuk memikirkannya. Mungkin anda bersetuju, mungkin anda tidak. Biasalah sifat manusia, ada saja pandangan masing-masing. Kalau ia baik, fikir-fikirkanlah. Kalau tidak, jadikan sempadan.

Selamat malam...

p/s: bagi anak-anak daddy (to be) yang masih berenang-renang lagi tu, behave masa jadi orang, OK!?

Small accident

Tiada yang lebih menggembirakan pada hari ini selain dari:

i. sampai di rumah dengan selamat;
ii. tidak melanggar kereta orang lain;
iii. mengalami kemalangan kecil tetapi kenderaan tidak mengalami kerosakan;
iv. selamat dari kemalangan kecil itu (this is the most important).

Yes, people. I involved in an accident this evening. Kat Bangi. Punca? Memandu terlalu laju, keadaan jalan yang licin (sebab ujan), ngantuk and hilang tumpuan (kerana asyik sangat melihat sebuah kereta yang actually skidded di jalan bersebelahan). Tapi Alhamdulillah, aku menekan brek tepat pada masanya, melanggar tembok pembahagi jalan tepat pada masanya, dan berhenti tepat pada masanya iaitu betul-betul di belakang sebuah Citra dengan jarak hanya 1 inci. Dalam keadaan terkejut, aku memandu perlahan-lahan. Teringat berapa la yang aku kena bayar untuk memperbaiki kerosakan kereta. Sepanjang jalan aku terfikirkan perkara tu.

Tapi, bila sampai rumah, Alhamdulillah, kereta tak calar sedikit pun. Terkejut tapi amat bersyukur. Malam ni nak tido awal sikit, nak elak mengantuk esok.

Just wondering, adakah ia rezeki sekotak kurma???

Wallahua'lam...ALLAH dah bayar cash!!!

Monday, September 1, 2008

Kegeraman

Sila baca betul-betul. Tajuk entry ini ialah KEGERAMAN dan bukannya KEGEMARAN.

Panas hati betul hari ni. Banyak benda yang membuatkan panas hati dan geram seperti berikut:

i. orang-perseorangan yang tak berhati perut;
ii. perkumpulan orang yang asyik menjerit-jerit macam monyet;
iii. kanak-kanak yang asyik menangis tak ingat dunia;
iv. pening kepala yang datang secara tiba-tiba;
v. member yang menuduh-nuduh tanpa usul periksa; dan
vi. perut yang lapar (of course, puasa).

Tapi, aku mengambil pendekatan untuk cuba mengenepikan dan tidak ambil kesah pada semua benda-benda yang membuatkan hati panas seperti:

i. membaca buka;
ii. menonton dvd;
iii. mendengar lagu;
iv. tidor;
v. driving ; dan
vi. tidor lagi.

Kesimpulannya, puasa hari ni agak kurang sikit kot pahalanya sebab kebanyakan aktiviti hanya berkisar kepada keduniaan semata-mata. Jadi malam ni mesti di top-up dengan aktiviti-aktiviti berbentuk keakhiratan. Sebagai contoh, pi terawikh. so, I am going to take my bath first before buka puasa...chiow dulu.

p/s : Zakat pada tahun ini ialah RM6.50 seorang. Please bayar seawal yang mungkin.