Wednesday, June 17, 2009

Tatapan terakhir

Di kala menulis entry ni, mata masih pedih lagi sebab sedih sangat.

Seperti yang diharapkan, pagi tadi bos bawak aku sekali ziarah rumah Faizal. Dalam perjalanan, kitorang berlawak jenaka tapi bukan la atas dasar suka sebab dapat jalan-jalan tapi masing-masing cuba sembunyikan rasa sedih. Setibanya dirumah Faizal, jenazah tengah dimandikan. Ramai jugak yang datang. Dalam setengah jam, jenazah selesai dikapankan dan keluarga dijemput untuk melihat jenazah sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan dan dibawa terus ke tanah perkuburan lepas tu.

Bila turn kawan-kawan pulak yang dipanggil untuk melihat jenazah, lemah rasanya kaki melangkah masuk kedalam rumah. Dari luar terdengar esakan tangis adik-beradik dan ahli keluarga yang lain. Dari depan pintu, aku lihat ayah Faizal duduk disebelah kanannya dan ibunya disebelah kiri. Masa tu mata dah start panas dan berair. Tahan jugak la, tapi sekuat mana pun tak terdaya. Jatuh jugak air mata. Jenazah kelihatan tenang namun kulitnya nampak sedikit kekuningan disebabkan masalah kanser hati yang dihidapinya.

Kami bergerak ke masjid An-Nur Perenggit Melaka dan menunggu jenazah dibawa kesana untuk disembahyangkan. Ramai jugak member-member opis yang datang dan menunggu di masjid sebab tak sempat nak ke rumah Faizal. Setibanya jenazah dimasjid, jenazah terus disembahyangkan. Selepas itu dibawa ke tanah perkuburan bersebelahan.

Suasana masih tenang ketika itu. Tapi tatkala kain kapan dibuka kali terakhir untuk memberi peluang terakhir untuk ahli keluarga dan saudara mara serta kawan-kawan melihat jenazah, keadaan sedih kembali menyelubungi. Bila jenazah telah masuk ke liang lahad, aku tengok ibu dan ayahnya tenang berada di tepi kubur. sesekali kelihatan ibunya menolak tanah kubur perlahan-lahan ke liang lahad. Walaupun tanpa airmata yang kelihatan mengalir, hati ibu mana yang tak sedih apabila berada di kubur anak. Bila melihatkan ibunya sebegitu, aku terasa sebak.

Sepanjang doa dibacakan, ibu dan ayahnya tampak tenang. Tapi aku rasa amat sayu melihatkan kekuatan ibu dan ayahnya yang tabah menghadapi pemergian anak yang disayangi. Kala itu, air mataku jatuh lagi. Ye la, lazimnya kita lihat anak yang mengiringi pemergian ibu atau ayah tapi kali ini aku terasa sedih sebab perkara sebaliknya berlaku. Selalu kita tengok anak yang menguburkan orang tuanya tapi kali ini seorang ibu yang menolak tanah kubur ke liang lahad anaknya. Mana la tak sedih lihat keadaan tu.

Faizal adalah anak lelaki sulung dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Sudah tentu menjadi harapan kepada keluarga untuk membantu adik beradik yang lain. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Tiada siapa yang dapat menghalang jika itu telah ketentuan-Nya. Ajal maut di tangan Allah. Yang tua mungkin nampak lemah, tetapi yang muda dan sihat yang pergi dulu.

Semoga dia dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

2 comments:

MamaIcha said...

tiba masa utk menangis...seriously, jue rasa sedih sgt baca entry nie..terbayang wajah2 kesayangan yg telah tiada...ketahuilah, kehilangan itu terlalu menyeksakan :(

* berikan kekuatan buat keluarga arwah...dan utk arwah, alfatihah & tenanglah hendaknya di sana *

gambit said...

Ju, bukan ju sorang je rasa macam tu. Org sendiri pun sedih baca entry ni. Apalagi org sendiri yg tengok semua kesedihan tu depan mata. Masa taip entry ni pun org masih rasa sedih. Even bila baca balik entry ni, org tetap rasa sedih. Org saja tak nak describe babak lain masa kat kubur tu sebab tak sanggup rasanya.

Sebenarnya dari mula kain kapan dibuka masa kat tepi kubur tu sampai masuk ke kereta nak balik ke pejabat tadi, airmata org tak putus mengalir.

Apapun org harap diberi kekuatan kepada sesiapa juga yang pernah mengalami kehilangan.