Monday, June 1, 2009

Selepas 20 tahun

Selepas 20 tahun, aku berjumpa semula dengan salah seorang kawan sekolah rendah aku.

Terlalu lambat untuk aku mengingat kawan aku tu. Ye la, dah 20 tahun. mana nak ingat lagi. bila dia mention yang dia satu-satunya pelajar sekolah tu yang pakai tongkat, baru aku perasan. Dia sebenarnya student kurang upaya dalam sekolah aku, hanya dia satu-satunya .

masa sekolah dulu, kami naik lori pegi sekolah. teringat aku susah payah dia naik lori tu dengan sebelah kaki. kalau disini mungkin biasa student pegi sekolah jalan kaki, naik basikal, naik bas, komuter dan sebagainya. masa aku sekolah dulu, aku naik lori. lori tu pun sebenarnya akan ambil kami selepas dia antar pekerja ladang kelapa sawit.

perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. kalau hujan, cikgu akan suruh kami pulang sebab dah basah kuyup. kalau banjir, lagi la tak dapat pegi sekolah. kalau musim ujan, semua pelajar tak perlu pakai kasut pegi sekolah sebab sekolah penuh lumpur. lepas ujan reda, kami kena ramai-ramai pi halau kerbau yang berkubang kat padang sekolah, takut padang sekolah penuh taik kerbau, mengganggu latihan jasmani.

hujung tahun adalah hari paling gembira sebab sekolah akan agih bantuan baju sekolah 1 pasang, kasut 1 pasang, buku tulis dan pensel 1 dozen, dan susu sekolah 2 kotak besar seorang. best!!!

kalau time ada lawatan naziran, akan turun helikopter kat padang sekolah bawak orang-orang yang nak buat naziran ke sekolah aku. masa tu la semua student akan lari ke tepi padang dan melambai-lambai pada orang yang turun dari helikopter. kami akan duduk disitu sampai helikopter tu terbang semula dan ilang dari pandangan. jakun, katanya.

itu belum kira lagi bila datang perpustakaan bergerak. masa tu la dapat baca buku cerita yang best-best. kalau jabatan kesihatan pulak yang datang, masa tu la student lari dari kelas. takut kena suntik, atau cabut gigi. hehehe... kekadang datang nurse yang ajar macam mana nak berus gigi dengan betul. berbaris la kami ramai-ramai kat tepi longkang belajar memberus gigi. nurse tu pulak kalau baik ati takpa, ni suara pun macam petir. keji!!!

pernah sekali lori tak datang ambik kami balik dari sekolah. kami terpaksa jalan kaki pulang. hampir 3 jam kami baru sampai kat gate ladang. nasib baik ada kenderaan lalu kat area tu. kami tumpang la naik hingga sampai ke rumah masing-masing. dan bayangkan kat member aku yang sorang ni. kesian dia. bayangkan dia berjalan dengan tongkat selama 3 jam...

sekarang ni, dia sudah boleh berjalan tanpa tongkat tapi dengan kakinya yang begitu, dia masih terasa susah untuk berjalan. semasa mengiringi dia ke kereta tadi, sebak rasanya. selama 20 tahun ini kita tidak berjumpa. masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. tapi kenangan sekolah kita 20 tahun lalu masih lagi dapat dikongsi bersama.

sahabat, terima kasih kerana mengembalikan kenangan itu malam ni.

saat berpisah tadi, aku peluk erat sahabat ku itu. tak sedar air mataku mengalir.

terima kasih. jika ada masa, kita berjumpa lagi.

5 comments:

MamaIcha said...

walaupun agak 'mahal' harga yg perlu dibayar utk ke sekolah dulu, tapi ternyata ia sgt berbaloi kan...selepas 20 thn, budak sekolah yg terpaksa bercomot-comot menaiki lori kini semakin 'tua' sebagai seorang lelaki & pegawai kanan k'jaan yg berhemah...tak gitu...syukur pada Dia...kerna sekurang2nya kita masih berpeluang ke sekolah...:(

MyMatahari said...

Guxxyyyy.... Sangat touching reading your blog. Aku tau mcm mana susah most of sabahan went thru jst to get education. Harus laa apply minta pindah pg MOE and improve d system oueselves

gambit said...

Ju, rasanya kalau buat buku ka, filem ka, misti box office kan. kalau tak pun post office.

Jijix, ya. So very the susah mau dapat education. and bila dengar orang bising sebab harga tambang bas naik, letrik mati, air ndada, terbayang jugak terpaksa berjalan kaki balik sekolah selama berjam-jam, tengok TV pendidikan pakai generator and minum air tangki. semua itu pengalaman yang mematangkan. moral of the story, buat surat mintak transfer (dengan segera menaip surat mintak transfer dari department sedia ada...)

Shinnaz Ahmad Rasid said...

baikla en stien nie..:)

gambit said...

Baik??? ye ke??? (terus mencari-cari bakul yang ada dalam stor dan terus melompat masuk lalu try mengangkat bakul itu...)