Thursday, October 29, 2009

Semalam nyer...

Semalam majlis berjalan dengan baik.

Kolum aku tu nasib baik tak kena makan Siti Menti. Sempat gak buat yang terakhir berbentuk burung merak kat lobi. Apapun, terima kasih kepada semua yang membantu. Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang bertungkus-lumus menyediakan kolum tu (dan yang bertungkus-lumus mengambil gambar kat kolum tu). Gembira gak bila tengok orang berminat ambik gambar kat situ.

Malam semalam aku balik agak lambat, jam 8.45 malam baru aku sampai rumah. Ntah la tetiba aku terasa macam terlalu letih. Setahu aku takde lak aku berlari-lari masa majlis, atau masa buat kolum tu. Tetapinya aku memang letih. SAmpai rumah aku tido dulu. Dalam jam 10 malam aku bangun makan. pas tu aku tido lagi. dan bangun jam 6 pagi ni.

Hmm... dah lama aku tak bercuti. mungkin masanya kot untuk aku bercuti. rehat-rehatkan diri sekejap. Huh, penatnya tidak terhingga dan terperi. Kaki aku lak sakit semacam je semalam. Mungkin sebab tu kot aku tido tak hingat dunia...

Hari ini aku bertugas Parlimen. Briefing hanya mengambil masa 15 minit tetapi aku tunggu kat sana hampir 2 jam. Wasting time betol. Sekarang ni aku just nak abiskan keje-keje terbengkalai kat opis sebelum balik nih. Esok banyak meeting nak attend.

Sekarang dah jam 4.15 petang. Jap lagi nak berambus la...

Tuesday, October 27, 2009

Kerjasama

Hari ni aku seperti tak buat keje kat opis je.

Maksud aku keje rasmi sebab aku asyik buat persiapan untuk sambutan hari raya aidilfitri dan deepavali peringkat opis (raya lagi ka????). Walaupun raya macam dah lebih 1 minggu berlalu, baru nak sambut nih. so, memandangkan temanya adalah raya dan deepavali, harusla hiasannya ala-ala ketupat dan kolum (sebutannya 'kolam'). alah... yang beras tabur-tabur bentuk bunga tu.
Hari ni gigih nak menyiapkan benda tu. dan hasilnya adalah...

Aku berterima kasih banyak pada sumer kengkawan yang bantu. walaupun aku tengok yang membantu tu mungkin first time buat bende nih (aku pun first time gak) tapi hasilnya not bad. bole ambik kontrak buat bende ni... hehehe...

masalahnya kitorang buat petang tadi, malam takut lak kena bedal sang Siti Menti (tikus la). kalu sang menti dah menjengah, aku tak tau la camana...

aku dah sakit belakang ni sebab terbongkok-bongkok (bukan bongok-bongok eh). so, aku mau rehat dulu. esok tengok la macam mana sama ada masih ada atau dah kena bedal.

Selamat malam...

Sunday, October 25, 2009

Jusco S2

Memandangkan aku tak dapat jenjalan ke Perak, terpaksa la melepaskan geram kat Jusco S2 saja.

Aku pegi awal pagi. Dalam jam 11 pagi tapi orang dah ramai sangat kat situ. Jusco S2 kan buka pukul 10 pagi tapi pengunjungnya fulamak macam tak penah balik rumah kot. Pantang pintu Jusco tu dibuka, dah penuh orang dalam tu. Aku saje jenjalan cari buku cerita untuk hadiah sambutan raya dan deepavali kat opis nanti (raya lagi ka?).

Apa yang menarik perhatian aku, gambar yang aku ambik kat bawah ni.

Ni sah-sah tak breakfast kat rumah ni, nak minum percuma je. tengok la perangai sekor-sekor. beriya-iya aku tengok mamat salesman tu blender itu, blender ini. pantang penuh cawan yang ada kat depan tu, para pengunjung yang ada terus je macam mangsa gempa kat Indon tu meluru ambik cawan. kalau 1 kali, ok la jugak. ni aku tengok selagi mamat tu tak abis blender barang-barang kat depan dia tu, selagi tu la aku tengok dorang tu tak berganjak dari situ.

Haiyo, kalau nak jimat sangat pun, jangan la sampai macam tu. aku yang tengok pulak yang malu, macam rakyat malaysia ni kebulur sangat dah. bila mamat tu dah start bukak blender baru untuk promote pada monyet-monyet tu, pandai lak tu sekor-sekor lari. haiyo, apa punya attitide la...

guys, kalau sekadar nak merasa kehebatan blender tu, beli je try kat rumah. blender la apa ko nak blender. tapi apsal pulak aku yang marah-marah ni? tak dapat rasa minuman hasil blender tu ka? Idok ler begitu. Anyway aku biasanya bfast berat-berat sebelum shopping supaya tak over spend (betul ka????). Pasal blender tadi tu, ingat-ingat la jugak kalau nak minum percuma. takutnya orang yang betul-betul datang nak beli blender tu terus lari dari situ sebab lagi ramai penonton sarkas dan monyet sarkas dari pembeli.

hmm... korang cemane? biasa ke nak minum percuma macam tu??? hehehehe

Saturday, October 24, 2009

Rushing

Hari ni jenjalan ke Perak.

Saje menukar angin. Tapinya terpaksa rushing balik sebab member yang aku ikut tu ayahnya meninggal dunia. So, kitorang pun rushing balik dari Perak ke Seremban. Cadangan nak jalan-jalan terbatal dengan serta-merta. Takpe la, nak buat macam mana. takde rezeki nak jenjalan Perak.

Untuk member aku tu, banyakkan bersabar. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Friday, October 23, 2009

Say My Name 3 (dan terakhir)

Penat dah...

Semalam aku balik awal sikit, badan aku terasa lemah-lemah dan otak pun macam jamm sikit. Aku ingatkan episod tukar ganti tu abis pagi semalam masa perhimpunan, rupanya sangkaan ku meleset. Mesyuarat petang semalam aku terpaksa ganti orang lagi, kali ni aku terpaksa jadi Chairman untuk mesyuarat yang ahlinya adalah KP Jabatan dan agensi bawah Kementerian. Merasa la jugak duduk kat kerusi Chairman Aras 7... Hehehe

Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Bos pun awal-awal lagi dah mintak mahap sebab terpaksa delegate keje tu pada aku. cuma aku risau sebab ahli mesyuarat adalah peringkat yang jauh lebih tinggi dari aku. tapi semuanya sporting, tak tinggalkan bilik mesyuarat pun tatkala aku duduk kerusi chairman. Terima kasih KP-KP sekalian.

Rasanya dalam keadaan sekarang, kita perlu buat persediaan, especially atas benda-benda yang tak terduga. but seriously, aku memang tak suka berdiri in front of crowd. i guest this is just another training session for me yang sememangnya stage fright nih...

Apapun, it's good to have a chance to save the day...

Selamat bekerja warga opis ku. Semoga hari ini dapat dilalui dengan baik dan bercuti la korang puas-puas ujung minggu ni. Chow... (bos takde kat opis, tu yang update blog tu...kantoi update bolog kat opis)

Thursday, October 22, 2009

Say My Name 2

Say my name... say my name...

Yeah! Namaku disebut lagi, kali ini sebagai bidan terjun untuk majlis perhimpunan... yang paling best sekali is sebagai pengganti kepada pembaca doa (yang last minit ilang). Mula-mula tu aku tak kesah la bila disuruh ke depan tu untuk baca doa, ingatkan text nya ada. rupanya tak ada text! Masa tu aku rasa seluruh salur darah aku macam sempit je, sejuk je badan aku nih. kat skrin laptop depan MC pun just tulis 'BACAAN DOA' tapi text nya takdok.

So, perkara yang perlu diambil tindakan ialah... taktik men'delay'kan bacaan doa sementara nak karang ayat. baca fatihah dulu... pastuuuuu..... hentam sajalah!

Aku tak tau la apa yang aku baca tadi tapi tau-tau aku dah baca 'Amin' dan masuk barisan perhimpunan secara selamba.

Alhamdulillah, walaupun aku rasa doa aku tu la yang paling pendek sekali dalam sejarah perhimpunan kementerian, namun cukup la kot daripada takde langsung. Ramai gak yang 'congratulate'... hehehe.... malunye!!!! ada gak yang mintak mahap sebab terpaksa menyebut nama aku sebagai bidan terjun, yang mintak mahap sebab tak baca doa pun ada. Tak pa la, semua dah berjalan dengan OK, alhamdulillah.

Moral of the story, perlu ada Plan B. backup plan just in case kalau ada apa-apa yang berjalan seperti yang tak dijangka. Hmm...

So, guys, enjoy lagu nih... Say My Name by Eminem

Wednesday, October 21, 2009

Penang

Tadi aku di Penang.

Aku sampai petang semalam, ada lawatan tapak projek. aku beriya-iya nak ke sana sebab nak tau perkembangannya, apatah lagi kalau bos terbesar (bukan dari segi saiz dan sebagainya) telah mengarahkan pergi. jadi, berambus la aku ke sana.

Seperti biasa, adik aku datang ambik. kononnya nak cari hotel untuk menginap tetapi dia offer tido umah dia. ok la, aku akur. sekali sekala pi tido umah dia ok la jugak, walaupun aku tau umah dia lebih dasyat dari tongkang pecah. takpe la, sekurang-kurangnya mengingatkan bahawa masih ada lagi orang yang idup kekurangan. dan bila kita merasa hidup dalam kekurangan, kita akan bersyukur dengan apa yang kita ada.

Dinner, adik aku bawak makan kat teluk tenpoyak. last aku makan kat sana adalah tahun 2001. dah 8 tahun kembali semula ke sini untuk makan ikan bakar yang sememangnya SODAP!!!! pas makan, ingatkan nak pi tengok wayang tapi tak jadi. pi karaoke la pulak. walaupun suara semput dan perut kenyang, dapat jugak la 'menyumbang'kan lagu-lagu. around 12 midnite, balik and terus tido.... ngantuk giler.

huh...rindunya ngan USM (walaupun baru bulan lepas ke sana). mana taknya, tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan pulak tempat menimba ilmu dan pengalaman. ujung minggu ini ada program BaliKampus anjuran Alumni USM. aku nak pegi, tak tau lagi sebab aku sebenarnya tak daftar lagi sebagai Alumni. wakakaka... buat malu aje kalau datang.

ok la, memandangkan kedatangan aku ke penang adalah untuk lawatan, seharusnya aku perlu menyediakan hasil lawatan. jadi, aku nak chow dulu, aku mau buat report.

gudnite!!!

Monday, October 19, 2009

Say My Name

Say my name...say my name...

Bukan lagu Destiny's Child, memang bukan. Begini ceritanya... Hari ini aku menghadiri 2 meeting, 1 meeting ganti bos dan 1 meeting operasi. Dalam meeting yang pertama tu nama aku asyik-asyik disebut, dijadikan contoh (yang baik dan kurang baik). Bukan setakat disebut, malah ada nada sarkastik gak yang terpacul bila aku dijadikan contoh. hmm....

Then, masuk meeting kedua sebelah petang. nama aku lagi yang disebut, dijadikan contoh, and as usual baik dan kurang baik. then nada yang sarkastik itu pun ada gak digunakan tapi tak seberapa. cumanya alasan yang diberi ialah nama aku senang nak ingat. well, sure la nama yang unik ini senang nak diingat. hmm...

kalau sekali dua dijadikan contoh, aku mungkin bole fikir yang ia hanya kebetulan. tapi kalau dah berkali-kali, dan diulang pulak dalam meeting yang berbeza, aku rasa rimas pulak. dan bila diulamg-ulang dalam nada yang berbagai bentuk dan bunyi nya, aku jadi risau pulak. apa la malang nasib aku kat department ni.

aku tak berapa suka la kalau macam ni. sampai merah padam muka dan telinga aku setiap kali nama aku disebut. kalau kesudahannya baik, tak pe la jugak. tapi kalau kesudahannya yang tidak baik, semoga aku sentiasa dalam lindungan-Nya...amin.

Sunday, October 18, 2009

Raya lagi (ke?)

Hari ini menghadiri jemputan raya (aidilfitri) di rumah sorang member opis.

Dari jauh gigihnya aku drive sebab tak sampai ati lak tak pegi sana sebab kabarnya tak ramai dari kalangan member opis yang pegi. Well, just to show support pada this officer. At least he will feel welcome 9eventho dah lama kat opis aku).

Pas tu jenjalan kat Jusco Taman Equine. Sama gak macam Jusco S2. banyak DVD yang aku beli hari ni (actually 3 aje). 1 cerita omputeh, 1 cerita indon dan 1 cerita thailand. lengkap seantero dunia. dan dah pun aku abis tengok sumer sekali malam ni. plan nak nengok movie kat cinema dipadamkan sekejap sebab malas nak kuar rumah (setelah penat berjalan hari ni).

and terima kasih pada member opis yang belanja makan pizza hut hari ni. semoga rejeki bertambah-tambah sempena umur yang ke-24 tahun dan 2 hari. malam suda lanjut, aku mau tido.

gudnite...

Thursday, October 15, 2009

Bosan yang amat!

Serasanya aku dah lama tak update blog.

Ya, 2-3 hari pun dah terasa lama. Sebabnya??? banyak keje! pantang tengok aku senang sikit, sure dapat keje. hehe... dah memang keje aku so kena buat la. tapi itu la penyebabnya aku menjadi sibuk dan tak dapat update blog ini.

Ok la, ilang sikit tension aku bila dah mula menulis ni. pas ni nak nulis surat lak.

selamat bekerja warga Malaysia...

(sambil diiringin lagu Kavana-I can make you feel good)

Sunday, October 11, 2009

Raya lagi

Sabtu lepas aku beraya di 2 buah rumah: Pegawai Khas Berambut Merah (yang aku nampak dah kembali natural) dan Juju (yang aku nampak dah semakin kembang).

Punya aku kekenyangan sampai nak drive balik pun seksa jugak. terpaksa aku berehat beberapa kali untuk memastikan aku tak termuntah dalam keter sebab overloaded. Apa taknya, aku bedal sate dan spageti (makan ngan kuah sate aje sebab lambat sangat kuah spag nya sampai. sedap gak resepi baru itu...sorry Chap, aku dah lapar bebenor masa tu tak sempat nak nunggu kuah spag ngko yang sememangnya sedap tu).

Pegi umah ju lak aku bedal meehon sup (kegemaran aku) sampai 2 mangkuk (oh sungguh tidak sedar diri sekali tetamu ini yang duduk menghadap semua juadah itu dan tidak mau berganjak sehingga perut ini betul-betul penuh). itu pun siap order nescafe 'o' panas sebab perut ala-ala kembung sebab minum air sejuk je sebelumnya. Fuh! sampai rumah aku terus terlena.

terima kasih kepada yang menjemput, dan kepada yang tidak dapat dipenuhi jemputannya (terutamanya bos paling besar yang menghantar jemputan menggunakan tulisan merah - jemputan ke atau warning-) maaf dan terima kasih. lain kali bole pegi ya.

Malam ini aku hanya ingin berehat-rehat saja sebab aku tau esok keje musti mau pengsan punya.

Thursday, October 8, 2009

Derma darah

Semalam aku pi derma darah.

Satu aktiviti yang tiada dalam perancangan walaupun aku dah tengok posternya berhari-hari sebelum aktiviti tu dijalankan. Sememangnya dalam hati tak nak pi pun, walau dengan apa alasan sekalipun, tetapi semalam semacam tergerak hati nak pegi since buku derma darah ada kat laci opis.

Semua berjalan lancar, cuma menyebabkan aku sedikit letih dan mengantuk dan kurang selera makan. aku tido awal semalam, bangun kejap-kejap bila perut lapar tapi still takde selera. bedal 2 bijik donat Big Apple, makan nasik sikit and tengah malam lak bedal maggi. macam mengidam lak aku jadinya.

tetapi entah kenapa pagi ini aku begitu sakit perut. masa kat tol tadi dah memulas maka dengan sepantas kilat aku membawak kereta untuk mencari R&R yang terdekat. Alhamdulillah tidak jamm highway tadi dan tandas pun tidak jamm also. ingatkan insiden itu abis kat situ. ni kat opis aku kena lagi. sepertimana lajunya aku bawak keter tadi maka sepantas itu jugak la aku berjalan cari toilet.

ni sekarang ni masih memulas lagi ni, jangan la masa aku meeting nanti jadi sakit perut lak. sepertinya mau ambik half day tapi nanti dikata ambik half day sempena gaji (perlukah tuduhan sebegitu?). jadi terpulang la kepada bentuk kesihatan pagi ini samada membenarkan atau tidak. perut oh perut, jangan la buat hal.

p/s: nak breakfast nih...

Wednesday, October 7, 2009

Hujan

Ya, hujan lebat sekarang ni kat opis.

Suasana sejuk mengundang mata supaya mengantuk. ni kalo disorongkan bantal aduhai boleh menyebabkan ketidak sedaran diri sehingga waktu pejabat tamat. mesyuarat tadi tamat dengan jayanya tanpa sebarang maklumbalas dari aku (yang hanya duduk minum teh dan makan kuih). sedari awal sememangnya aku agak malas mau membuka mulut (sehingga disuruh atau terpaksa) bergantung kepada keadaan mana yang amat mendesak.

hari ketiga audit dan sepertinya mereka menemui banyak yang tak betol dari yang betol. tetapi adakah aku kesah (sebab pengurusan kata kalau susah sangat nak jawab audit tu panggil je orang-orang lama untuk jawab). sememangnya aku menunggu exit conference yang akan diadakan pada penghujung audit nanti untuk menentukan dimana kedudukan opis aku nanti (berjaya atau tidak) dalam audit tersebut (dan adakah aku kesah sekali lagi...).

pada masa ini walaupun suasana sejuk ala-ala seperti di Genting highland tetapinya aku terasa panas sebab...

SLIP GAJI AKU ILANG!!!!

walaupun tiada disertakan duit dalam tu tapi aku nak tau berapa gaji bulan ini bagi meng'cover' 6 minggu yang mendatang sebelum gaji yang seterusnya.

Oh, slip gajiku, dimanakah kau sekarang????

Tuesday, October 6, 2009

Audit

Kena audit.

Hari pertama di audit adalah semalam. Panas ati gak dengar soalan-soalan audit. aku rasa orang audit tu perasan telinga aku dah merah menyala (dan keluar sedikit asap) yang cepat-cepat aku cuba sembunyikan (walaupun pada hakikatnya memang jelas berwarna merah disamping kulit yang putih ni...angkat bakul lagi). Disebabkan soalan-soalan bangang tu aku jadi terlalu letih semalam. aku tido awal, jam 9.

hari ni takde la soalan-soalan bodoh dari audit tu lagi sebab bos dia dah balik tapi aku tido awal gak sebab kaki aku sakit. pada masa yang sama kepala aku dan hati aku jugak sakit sebab aku terpaksa menghadiri meeting yang banyak disebabkan bos-bos aku yang dah menghilangkan diri dari opis. Ewahhh! yang bos besar pi meeting jalan-jalan cari makan (dan cari masalah). yang bos saiz besar lak exam (pas tu dengar cerita dia nak holiday ngan bini dia). So, semua keje tolak kat aku (dan sorang lagi senior officer yang juga dalam kategori besar).

esok aku terpaksa lak menggantikan bos besar untuk meeting ngan orang besar (yang bukan dari kategori saiz besar). entah la, report meeting pagi tadi belum buat, tengok-tengok surat pun belum buat, apa yang aku buat kat opis hari ni aku pun tak tau. yang aku tau khamis ni gaji...

Sunday, October 4, 2009

Jamuan raya

Masih dalam mood raya walaupun raya dah nak masuk minggu ke-2.

Semalam menghadiri jemputan raya jiran sebelah. Datang pulak hampir jam 10.30 malam disebabkan baru sampai dari opis (dan sempat berjalan-jalan di Alamanda [beli jaket] dan Jusco untuk tengok-tengok DVD cerita terbaru tapi takde). Memandangkan aku datang dengan member, harusnya aku menghormati bila dia nak balik. ingatkan nak balik sekitar 11.30 malam tetapi jangkaan begitu meleset. jam 12 tengah malam baru nak gerak. aku dah tersengguk-sengguk beberapa kali (malu dilihat oleh tetamu yang datang) tetapi ada aku kesah! aku dah ngantuk tau!

Sampai dirumah, tak bole tido lak. terpaksa la aku membuat entry berasaskan perfume (entry khas untuk kak Maria) yang tidak percaya kewujudan Hot Water oleh Davidoff. Takpe la kak Maria, tak salah pun kalau tak tau. ni nak bagitau la ni...hehehe.

hari ini aku melepak saja dirumah kerana dengar cerita jiran yang sebelah ni pulak nak panggil makan-makan sikit lepas Asar. makan lagi, aku rasa spare tayar aku dah semakin kembung dah ni. oh, adakah semakin memberat (malas nak timbang). nampaknya pelan kecergasan perlu diaktifkan semula especially apabila ingin menyertai Penang International Bridge Run pada bulan November ini. Ramai kengkawan yang join sama dan aku pun tak nak lepaskan peluang untuk join. dulu-dulu (masa musa muda) pernah gak join. Tak menang hadiah utama tapi dapat medal sempena menghabiskan masa larian dibawah 3 jam. kali ini mungkin ingin mencapai target yang serupa.

nampaknya entry hari ini mungkin berakhir disini. Kalau aku rajin karang nak masukkan entry pasal makan-makan petang nanti (kalau pun menarik untuk dijadikan koleksi entry). kalau tak, aku nak makan saja.

Adios...

Davidoff "Hot Water"

Belum dibeli, tapi sedang dalam pemerhatian.

hari tu terbeli Calvin Klein 'ckFree'. Baunya not bad. memandangkan belum ada lagi perfume itu (selain ckOne yang dah abis), jadi beli la ckFree itu.


Oh ya, bercakap pasal perfume, the latest perfume yang aku beli ialah The Vert (L'Occitane). Perfume ini dah lama aku aim tetapi belum dapat membelinya sebab malas. tapi bila pi penang hari tu dan lalu depan kedai L'Occitane ni, terus beli. Minat dengan perfume ni dah lama, last time masa travel ke obersi hari tu bila Malaysia Airlines gunakan perfume ini untuk penumpang business class. Jadi, memandangkan dah depan kedai perfume tu, harus la di grab.


tahun ni Summer Edition tak banyak. Kalau ada pun, baunya terasa sedikit kureng. Tapi tidak juga melepaskan untuk menyimpan sebotol dua. pilihan kali ini ialah Armani Code Summer dan Burberry Summer.


Hmm... pasal Davidoff Hot Water tu, entry kali ini cuma gambar promo aje yang dapat ditampal (especially untuk kak Maria yang hot itu). Next time, mungkin kah akan menjadi salah satu koleksi? tunggu gaji bulan ni (kalau ada lebihan dagangan).

Jaket

Ya, aku beli jaket baru.


setelah mengalami proses angkat-letak-angkat-letak berminggu-minggu lamanya, akhirnya kaedah cuba jaya itu telahpun dilengkapkan. kaedah yang dipanggil angkat-letak-angkat terus bayar itu pun dengan rasminya telah dilaksanakan. menjadi milik ku akhirnya. sebenarnya nak beli yang kaler hitam tapi dan biasa sangat. minah salesgirl tu pun kata kaler hitam dah biasa sangat orang pakai (iye la tu, ko memang menanam tebu di tepi bibir, kan).

jadi aku ambik la yang hijau ini. aku cari yang brown tapi dia kata hanya datang dalam 2 kaler aje (menipu la tu, aku tengok kat KLIA hari tu ade je yang brown). Tapi apakan daya, aku malas nak ke sana so aku beli kat sini aje.

Usah la di habaq apakah jenamanya, atau harganya. kalau udah suka, secondhand pun jadi la (tapi yang ini bukan secondhand atau yang terpakai. yang ini baru pakai). oh ya, selain menyimpan koleksi perfume, aku jugak suka kumpul jaket/sweater/windbreaker. Sejak dari study dulu aku minat sangat. Dulu ada la dalam 2 dozen tapi dipinjam kengkawan yang kemudiannya dijadikan harta peribadi dengan alasan aku tak mintak balik. harus la yang tinggal ngan aku hanya 6 helai cuma, selainnya telah menjadi hak orang lain yang aku yakin akan end up kat dapur jadi kain lap, atau tidak menjadi penutup motorsikal kerana sesungguhnya yang meminjam tu memang perangai macam hanj**g bila meminjam hak orang.

al-tak kesah la semua tu sebab sekarang ni yang hanj**g itu semua suda berambus. jadi sekali lagi hobi itu terbit. ni nak simpan mana lak nanti aku pun tak tau sebab aku bukan la ada rumah sendiri yang nak letak barang-barang tu semua hatta hanya rumah sewa sahaja. atau adakah perlu disimpan di opis untuk pemakaian di pejabat walaupun designnya bukan la diantara design yang bole dijadikan fesyen alternatif oleh penjawat awam.

Oh ya, aku ke pejabat tadi. bersedia untuk audit Isnin ini. Alhamdulillah dibantu oleh kengkawan yang sememangnya akan terlibat dalam audit jua minggu depan. mari la kita bersama-sama di audit memandangkan esok adalah Hari Audit seMalaysia.

Aku mau menonton wayang esok tapi tak tau lagi sebab banyak keje yang belum selesai ni. ntah, kalau aku rajin, aku pi tengok wayang. kalau malas, aku tido. keje itu bole tunggu...

malam semakin larut dan mata pun dah ngantuk (baru balik beraya rumah member dan perut telah kenyang)... Selamat malam.

Friday, October 2, 2009

kelam kabut

Opis aku kelam kabut.

Ya, sebab minggu depan ramai yang takde (kalau takde lagi kat dunia ni, aku gumbira jugak la). Tapi cuma tiada kat opis tetapi pada masa tu la meeting melambak-lambak. masalah negara nak diselesaikan (panggil otromen kan bagus).

Ni aku masih lagi terkulat-kulat kat opis, cuba menenangkan diri setelah melihat list meeting yang nak dihadiri minggu depan yang so-out-of-this-world punya banyak. Sekarang ini aku mau pi solat dulu sebelum meneruskan tugas-tugas lain...

...mata pun suda ngantuk.