Sunday, November 30, 2008

Framed!!!

Ingat tak pasal lukisan orkid dalam entry yang lepas-lepas??? Malas aku nak buat link. Korang cari la sendiri. Dan ingat tak jugak pasal frame gambar yang aku beli kat IKEA hari tu??? Tak ingat sudah! Aku tak paksa korang ingat pun.

Tapinya aku dah berjaya mencantumkan keduanya.

Jeng!!! Jeng!!! Jeng!!!

Ini dia hasilnya...

Voila!!!!

Walaupun tak cantik mana, ia adalah hasil dari kerja tangan aku sendiri. Esok nak bawak pi ofis la, since nak menjawab tag si D hari tu (mana soalannya????). Malam ni kalau sempat aku nak lukis satu lagi. orkid jugak. Hari tu ada jugak aku lukis rerama, tapi susah sebab rerama ni adalah imej simetri. Susah sikit.

Nanti la kalau gambar orkid yang kedua tu dah siap, aku upload lagi dalam ni ya.

Savvior ke bengkel

Savvior terpaksa aku antar ke bengkel kecemasan sebab semputnya dah semakin teruk. Kalau masuk gear 1 je, semputnya semakin tenat. Kalau masuk gear 5, ok sikit. Bila dah semput, terpaksa tukar ke gear 4 and then tekan minyak lebih sikit supaya enjinnya tak mati tengah jalan. Kalau kat trafik light, lagi parah. Tapi alhamdulillah, savvior sempat sampai ke wad kecemasan.

Dengan segera ia diberikan rawatan pakar. Kalau ikut Dr. Mekanik, sakit dia ni spark plug dia dah kong 1. Tapi ada masalah lain, kalau kong 1 tak bole tukar 1. kena tukar semua sekali. Aku tanya berapa yang perlu di tukar?

4.

Apa???? 4????

Selain masalah spark plug, kena tukar jugak wayar spark plug tu and dia punya coil sekali. Dan wayar tu pun kena tukar 4 jugak. Memandangkan aku kena jugak merawat si Savvior ni hari ni sebab esok nak keje, aku relakan la pembedahan dibuat. Tak sanggup aku nak ambik gambar dia dibedah sebab masa tu aku tengah sebok belek-belek rim tayar baru (berangan kejap***).

Dalam tempoh 30 minit, pembedahan siap dan Savvior pun selamat. Then aku ke kaunter membuat bayaran.

RM520 saja, itu amoi kaunter cakap sama aku sambil senyum.

Tatkala itu aku terasa sakit semput si Savvior berjangkit kat aku.

LEBUR HARAPAN AKU NAK SHOPPING UJUNG MINGGU DEPAN. SHOPPING GAK AKU, TAPI SHOPPING KAT BENGKEL JE.

SHOPPING KAT BENGKEL BUAT HAPA!!!

HUARGH!!!!!!!

Uncle Peter and family

Uncle Pete (Peter, adik bongsu Daddy) call last Friday. Terkejut jugak bila uncle bagitau dia ada kat Putrajaya. Memandangkan aku ada hal hari tu, aku tak dapat tinggalkan ofis nak pi jumpa uncle. Then, malamnya kitorang set nak jumpa kat Sogo. So, lebur la harapan aku nak pi Kedah. Lagipun Savvior tak berapa sihat. Jadi aku bawak Savvior and tinggalkan dia kat Putrajaya dan ambil ERL ke KL.

Sampai Sogo (dalam jam 9.40 pagi, kedai-kedai pun tak buka lagi. Uncle, Aunti Titina dan anaknya, Kit dah tunggu. Ada abang Roslan dan kakak apanama ntah dok sekali tunggu aku. Aku pun tak ingat bila last aku jumpa dorang. Seingat aku, last sekali aku jumpa uncle pada tahun 2000. So, dah 8 tahun tak jumpa. Kitorang jenjalan kat Sogo, dan manusia banyak sekali seperti semut hurung gula. Ye la, Karnival Saving Sale apa kejadahnya aku tak ingat, dah mula semalam. Seingat aku, tekde nye istilah Saving bila bila dah nak berbelanja terutamanya masa Sale nih...Huh!

Kami teruskan perjalanan ke Sogo after breakfast. Since uncle kata dia bole bawakkan apa yang nak aku kirim pada Daddy, so aku pun cari la joran yang Daddy mintak hari tu. Tapi masalahnya aku tak tau kedai jual alat pancing kat mana. Tanya Burhan la, tanya member kat DCA la. Semua tak tau. Aku pun tak salahkan dorang pasal semuanya bukan minat memancing pun. Cari kat Pudu, Jusco kat MidValley pun takde. Tanya teksi, semua kata kat Kepong ada. Aku pun set nak pi Kepong. Tapi belum sempat ke Kepong, Alhamdulillah, pemandu teksi yang kitorang mintak anta ke Kepong tu kata ada kedai jual alat-alat memancing kat area monorail Maharajalela. So, kitorang ke situ. Alhamdulillah, bukak lagi kedai tu walaupun hari Sabtu. Aku pun belikan Daddy 2 set joran. Aku nak belikan uncle sekali since dia pun kaki pancing. Dorang adik beradik (termasuk uncle Micheal dan uncle Donald) semua kaki pancing. Tapi uncle Pete kata tak payah belikan dia sebab dia dah banyak. kalau nak beli, beli la sumthing untuk aunti, katanya. Ok la, aku pun bercadang nak carikan sesuatu untuk aunti. But, kesian kat uncle sebab dia yang nak bawak joran tu balik. Nasib baik tak berat.

Masa kat MidValley, sempat ambik gambar Kit dengan background pokok krismas. Tahun ni, hiasan krismas kat MidValley tak grand mana. Just ok je...

Kit yang sentiasa ready nak pose everytime aku nak ambik gambar dia.

Memandangkan dah dapat apa yang nak dibeli kat kedai pancing tu, so kitorang ke Berjaya Times Square. Jenjalan sana since aku nak beli sumthing untuk Aunti and Kit. Pusing punya pusing, Aunti nak sepasang kasut and Kit pulak nak kereta mainan. Pas tu, kitorang makan kat Restoran Penang Village yang baru saja dibuka pada hari Sabtu tu. Ada diskaun 20%... Lazat!!!

Sebelum balik, sempat jugak ambik gambar di hadapan pokok krismas. Pokok krismas kat Berjaya nampak lawa dan grand compare kat MidValley. Ni antara gambar yang sempat diambil...


Uncle Peter and Aunti Titina and Kit serta akan yang apantah namanya tak hingat aku

Kit nak bergambar dengan Santa

Dalam jam 10.30 malam, kitorang gerak ke KL Sentral sebab aku nak balik naik ERL. Isteri abang Roslan yang tolong anta kat sana. Nasib baik ada dia, kalau tak, sampai kering la kitorang menunggu teksi kat Berjaya tu (termasuk menunggu dalam jamm). Flight balik uncle and then family esok petang, jam 3. Memandangkan Savvior sakit semput, tak sempat aku nak anta dorang kat KLIA. Apapun, selamat jalan dan jumpa lagi...

Thursday, November 27, 2008

Untuk panduan Solat Jumaat esok



(Terima kasih kepada majalah komik yang menerbitkan komik ini).

Wednesday, November 26, 2008

Back on track

Just nak update pepagi ni...

Bos takde, pi mesyuarat jam 8.30 pagi tadi. I dont know (and dont give a damn) kenapa mesyuarat hari ni awal sangat but ketiadaan bos menenangkan seketika keadaan. Masih lagi aku menatap paper yang sepatutnya aku hantar dalam minggu lepas but still with me because aku tak tau apa nak buat (actually, memang aku tak nak buat pun, lantak la).

So, aku merelakan diri aku kena marah oleh bos hari ni just in case dia melenting sebab paper tu ada lagi kat aku. So What???

Well, life goes on...and alhamdulillah, back on track selepas beberapa hari ni agak terkeluar sedikit dari perancangan yang dibuat.

Selamat bekerja, i know gaji already masuk. Cant wait untuk menempuh 29 November ni, Grand Sale dah start. Looking forward untuk membeli apa yang patut.

...selamat meneruskan kerja, uols!!!!

Tuesday, November 25, 2008

Parlimen lagi

Seperti yang dijanjikan (diarahkan, actually), semua officer semalam kena datang ke Parlimen untuk bagi briefing kat Sinist. Huh!!!

Aku gerak seawal 6.30 pagi tadi, nak elak jamm dan rebut parking kat Parlimen. Sekarang ni kebanyakan parking dah milik Ahli Parlimen. Kalau dah suka sangat ahli parlimen datang parlimen, kami ni tak yah la datang. Dah memang keje dia datang parlimen. Ntah, kehidupan yang bosan.

Alhamdulillah, trafik amat memahami keadaan aku jadi tak lah jamm sangat hari ni. Actually bukan tak jamm, awal lagi aku sampai kat Parlimen, dalam jam 7.45 pagi. Then pi breakfast dan buat apa yang patut. Briefing start jam 9 pagi. Macam biasa, aku terkejar sana sini nak bagi dan betulkan maklumbalas. Acap pun serupa jugak. dalam jam 11.45 pagi, Sinist start menggulung. Aku malas nak dengar, takut info yang dibagi tu tak betul sebab Sinist terkejar-kejar nak text ucapan dia pagi tadi. Dah la mood dia tak baik. PMS kot...

Dalam tengahari aku inform bos yang petang ada meeting. Then, bos melepaskan aku dari balik.

Hooray!!!

Hooray kebendenye. balik je terus ke meeting. Abis meeting je aku terasa amat penat sekali. Walau gaji tetapi ia pun tidak dapat menggembirakan aku hari ni...

Aku belum sempat nak tanya Acap apa yang berlaku kat Parlimen petang tadi. Ada yang menarik ke, ada yang tak menarik, ada yang kontroversi ke apa ke. Nanti la esok aku tanya dia. Aku sampai rumah agak lewat sebab ujan. Bagi menggembirakan hati aku, aku beli Mc Shaker Move It kad Mc D. 3 bungkus aku bedal.

kenyang...ngantuk...dan mau tido.

...selamat malam. Esok kita bicara lagi.

Monday, November 24, 2008

Seharian di Parlimen

Dari jam 3 petang tadi aku standby kat Parlimen. Pada sesiapa yang selalu datang parlimen ni, korang tau la betapa buhsannya berada dalam ni. Setibanya di parlimen jam 3 tadi terus pi briefing Deputy. Bos cuma nak input dari aku sebab dia yang akan bentang.

Sesi pembentangan ok je sebab most of the issue bos dah tau. Cuma on development projek saja yang terkontang kanting sikit. But alhamdulillah, everything went smooth. Tapi tak bole balik lagi. Terpaksa la terperuk kat Parlimen tu lagi.

Masa yang terluang digunakan untuk mengumpat dan meng'update' blog. Jam 8 malam, bermula la sesi perbahasan bajet tu. Then semua mata tertumpu pada kaca TV nak tau soalan sapa naik. The moment MP bukak mulut, semua yang terlibat tak henti-henti menulis.

Pegawai Khas Menteri Berambut Merah tu apa lagi, lari sana, lari sini. Aku lak jadi stegno. Taip sana, taip sini. Rela lagi aku jadi tukang taip daripada terkejar sana, terkejar sini. Aku punya la konsentrate kat depan PC tu nak naip, yang aku sempat dengar Acap tercungap-cungap je. Bila aku toleh, dia dah ilang balik.

Nak aku gambarkan keadaan petang tadi?

Korang perasan tak kalau semut masuk dalam balang isi gula, kalau kita goncang balang tu mesti dia bertempiaran lari. Hah!!! Macam tu la semua orang kat bilik Parlimen tadi. Mungkin disebabkan orang-orang dalam bilik tu bagai dah ilang akal, pegawai dari department sebelah pakat-pakat lari.

Aku pulak yang kat depan PC ni bukan main lagi kelam kabut nak taip soalan dan jawapannya sekali. Macam-macam berlaku masa depan PC tu. Nak save tak bole la, nak view tak dapat la, lupa simpan kat fail mana, macam-macam lagi la. Tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar sehinggalah soalan terakhir pada jam 9.30 malam tadi.

Selesai soalan terakhir, semua balik ala lenggang kangkung. Happy la kononnya. Bagi aku takde nye happy selagi benda tu tak bentang, selagi tu semua jadi macam semut dalam balang gula. Yang aku pelik bin hairan ni, abis je sesi, semua pakat ilang dari bilik tu. Kertas bersepah-sepah, kalah recycle center. terpaksa meluangkan sedikit masa dengan Acap mengemas sebab tau perangai Sinister yang tak suka kotoq-kotoq nih.

Aku memulakan perjalanan pulang jam 10.00 malam. Dalam perjalanan, aku layan album Pink yang baru dibeli. Alhamdulillah, trafic was kind, again, to let me pass through KL without any unwanted incident.

Refuel before heading home. Belum sempat aku matikan enjin keter, Acap call.

"Sinister kata nak jumpa sumer orang kat Parlimen jam 9 pagi esok."

What???? Ke Parlimen lagi???

Since Acap takde nombor boss aku, aku terpaksa sms and call bos bagi tau hal ni. Then dia allow aku pegi Parlimen terus dari rumah esok pagi. Huh!!! Letih betul!!!

Dorang ni tau tak orang banyak keje kat ofis???

Memang la ni salah satu keje aku, tapi jangan la melampau betol sampai macam ni. Apa la bawak bala tentera pi sekali sumbat semua kat Parlimen tu. Kalau dah ada ada soalan tambahan kemudian, jawab la sendiri. Apa yang kami bole buat???

Kadang-kadang fed up dibuatnya. Tapi nak buat macam mana, dah nasib badan. Ikut je la. Cuma bagi aku, berpada-pada la. Aku tengok perbahasan kat Parlimen luar negara, takdenye dia sumbat officer ramai-ramai datang. Patut la Malaysia ni tak produktif. Kebanyakan pegawai yang ada hanya menghabiskan masanya kat Parlimen sahaja. Keje ofis tak buat langsung. Yang mana buat pun sebab longgok bawak balik umah, macam Acap kena taip semula soalan dan jawapan parlimen tadi... sian dia.

Ngantuknya...dah jam 12 tengah malam ni. Esok nak pi Parlimen lagi. Kalau terasa bosan, rasanya aku naik public transport je.

... to you bunnies, Gud Nite.

Putrajaya Drift

Hari ni Savvior membawak aku begitu laju sekali ke Parlimen setelah mendapat call dari bos asking me to come to parlimen immediately.

Zzzzaaaaaaaaassssssssss!!!!!!!!!!!!!!!

Kalau kena saman tak tau la aku. Aku malas la nak pi parlimen ni. Luckily jalan tadi takde la jamm sangat tetapi memandu penuh berhati-hati adalah perlu diamalkan bila memandu kat KL nih. Sungguh menguji keimanan.

Sampai kat Parlimen, bos belum nak bagi briefing lagi kat Deputy. Kira selamat la. Then, bila masuk time membentang, isu aku takde la sangat... (yang membuatkan asap sedikit terkeluar dari telinga...).

Menambahkan lagi ketidaksedapan hati, sesi hari ni tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.30 malam.

WHAT???

Dorang ni tak mau balik bertaubat ke? Huargh!!!!

Nak buat macam mana, dah tugas. terpaksa aku menunggu kat sini sambil melayan blog aku nih...

...jam 9.30 malam, cepat la!!!!!!!

Mengidam

Aku mengidam ni..... ala, benda ni la....


Baru release 2 hari lepas. Dengar cerita harganya RM3K+++.


Nak tunggu besday lambat lagi. Bukan setakat lambat lagi, masalahnya sapa nak bagi.


Aduhai...bila la mau dapat nih...

Sunday, November 23, 2008

Pink-Funhouse

Aku hanya berehat saja kat rumah hari ni. Malas nak buat apa-apa. Menenangkan hotak di hujung minggu. Disebabkan tiada apa hal yang hendak dibuat, suddenly aku terbeli album-album ni. Penyanyinya ialah PINK. Album yang aku beli ni album dia yang lama (tahun 2006) dan terbaru (tahun 2008).

Aku memang minat dengan dia masa dia mula-mula muncul dulu. Tapi masa tu album dia ala-ala R&B gitu kalau tak silap dengan lagu-lagunya seperti Most Girls, You Make Me Sick dan banyak lagi la. Tapi masa tu takde la sampai nak beli album-album dia sebab masih belum berpendapatan atau masih berpendapatan dibawah paras kemiskinan. Sekarang ni dah upgrade sikit iaitu di atas paras kemiskinan.

Dulu aku minat dia sebab lagu-lagu ala R&B tu. Then kalau tak silap aku dia bertukar haluan kepada sedikit rock bermula dari album ke-2 sebab suaranya serak-serak sikit. Aku tak tau album dia dah berapa, tapi dua album dia yang baru aku beli ni memang best.

Album I'm Not Dead (2006) dan Funhouse (2008).

Banyak lagu-lagu best dalam kedua-dua album. Favorite aku dalam I'm Not Dead ialah Who Knew. The rest pun best but this song yang selalu menemai aku tatkala memandu pepagi ke ofis. Favorite aku dalam Funhouse pulak ialah So What dan I Dont Believe You. Music video nya dalam So What memang kelakar sangat.

Pada kengkawan yang nak pinjam, habaq la kat che' no. Untuk pengetahuan, pembelian album-album ini tergolong dalam perbelanjaan luar jangka sebab melebihi had perbelanjaan bulan ini.

Ok la. Dah lewat malam ni. Aku pun tak iron seluar keje lagi ni. Esok nak pi Parlimen dan info yang dimintak masih belum dapat disediakan lagi. Nanti la kalau aku rajin. Asyik-asyik mintak info. Buhsan!!!

Kepada mereka-mereka yang akan keje esok, semoga ceria. yang pastinya ramai yang akan diserang demam Monday Blues. Kepada assistant aku yang ambik PTK esok, gud luck. Harap lulus. kalau tak, repeat la jawabnya. Yang penting jangan meniru dan menipu. Tak guna cemerlang kalau pakai toyol. Rezeki seumur hidup tak aman. Tapi takkan la tak lulus. Bukan dapat Anugerah PM ke???? Mesti lulus tuuuu.....

Ok la. Malas nak ngumpat. All the best semua yang akan memulakan keeje esok.

Gud Nite bunnies...

Saturday, November 22, 2008

Another trip to Melaka

Sekali lagi aku ke Melaka. Reason? Nak cari khemah untuk camping. Campingnya tak tau lagi bila tapi tent kena sedia dulu.

The trip to Melaka tak lah berapa mencemaskan sebab aku tumpang kereta member. Kitorang pi dalam 6 orang. Alhamdulillah bukan aku yang drive. The traffic was kind to us coz takde heavy jamm. kitorang singgah makan kat area Melaka Parade, aku pun bedal 2 gelas chocolate blended dan mocha blended. Sedap!!!

Bila dah bedal, aku baru perasan yang aku sebenarnya tak boleh minum iced chocolate sebab akan memulas. Then seperti yang dijangka, on de way balik perut aku dah start kembung. Terpaksa singgah kat R&R Ayer Keroh untuk proses penyahtinjaan. Sampai sekarang perut aku kembung lagi, tapi kurang sikit.

Malam ni aku nak layan DVD citer Jumper. Dah lama dah DVD ni aku beli, aku rasa ni kali yang ke-5 kot aku tengok citer ni. Tapi sebelum tu, layan Malam Sehati Berdansa.

Bila last aku menari ye??? Rasanya 6 tahun lalu masa DPA. Remember gambar dimana kepala Jijix hilang dari gambar tu sebab blur.... hehehehe...

Kenduri kawen vs Jenjalan

Hari ini ada kenduri kawen kat rumah bekas higher level management ofis aku. Seorang Dato'. Cadang nak pegi sebab dah dapat jemputan. Tapi teringat pulak sebab sebelum ni ramai gak dapat jemputan kawen tapi tak pi. Jadi aku rasa kenduri kawen anak Dato' ni pun aku tak nak pi la sebab nanti orang kata memilih pulak, yang Dato'-Dato' punya kenduri nak pi, tapi yang orang biasa tak nak pi. Jadi aku mengambil keputusan untuk tidak pegi.

Dato', terima kasih kerana menjemput. Dan maaf tidak dapat menghadirkan diri sebab hari ni ada plan lain.

Semalam, member lama aku bagitau dia ada baca blog aku nih. Ntah makhluk mana lak yang bagi dia alamat nih. Tapi takpa la, isinya pun bukannya kontroversi sangat pun. Asyik-asyik citer review movie, tension pasal ofis, kisah jalan-jalan cari makan dan ketidakpuasan hati. Dia kata kalau bole komen, dia nak bagi komen dalam blog.

Kalau nak bagi komen, buat la blog sendiri. Then komen la puas-puas. Lagipun channel begini la yang digunakan nak lepaskan geram, tension dan macam-macam lagi. Lagipun member aku yang sorang ni pun bukannya buta IT sangat.

Hari ni tak plan lagi nak pi mana, mungkin nak pi Melaka. Dah ujung bulan nih, gaji tak masuk lagi tapi berani-berani lagi nak jalan. Ingat, utang kredit kad tu melambak lagi. Bila mau settle. Kalau jenjalan pun mungkin area-area dekat-dekat ni je. Nak tengok movie macam malas la pulak. Lagipun banyak keje nih. Sinister dah mintak macam-macam info lagi ni.

Semalam aku check, aku dah bagi dah dia info tu 4 bulan yang lalu. Sure la ada update tapi kes masih dalam siasatan polis, takkan nak bagi komen pulak. nanti tak pasal-pasal masuk lokap. Ntah la, aku pening jadinya. Aku dengar exercise untuk re-org hari tu akan dibuat lambat lagi, mungkin next year sebab management tak puas hati dengan perjawatan yang dibagi. Aku pun tak tau lagi nasib aku. kalau teruk sangat keje aku di tempat yang baru, mintak kuar dari situ je la. malas aku nak layan benda-benda yang menyesakkan kepala hotak nih.

Aku rasa aku better get ready dulu untuk nak plan nak pi mana. Sebelum tu layan PSP dulu, OK.

Friday, November 21, 2008

Citer semalam

Semalam tak sempat nak masukkan entry baru sebab terlalu ngantuk dan terlalu malas. Apa taknya, terkelam kabut menguruskan hal ehwal parlimen nih, bos nak maklumat tu, nak maklumat ni. Terkejar-kejar prepare itu dan ini sampai dah tak larat dah.

Tapi sempat jugak makan dengan Jijix kat Nandos. Bole ke macam tu????

Petang semalam terserempak dengan bos kat mesin punchcard. Masa tu tengah sembang dengan Acap, dah la perbincangan mengenai department aku. Suddenly aku terperasan mulut Acap semacam senyum tak senyum, senget seperti mengalami kekejangan otot. Rupanya bos aku ada kat belakang aku masa tu. Nasib baik tak ngumpat dia. Kalau tak harus la dapat 24hrs relocation (better word to use then perkataan transfer...).

Then, bos pun masuk campur sekali la dalam threesome discussion. Pasal parlimen lagi. Dia teragak-agak nak pi meeting board kat Johor next week or stay with Minister kat Parlimen. Ye la, Minister baru ni eloknye dipanggil Sinister than Minister. Kesian aku tengok pegawai-pegawai masa meeting dengan dia last tuesday kat Parlimen. Semua senyap je, dah la tu kena marah pulak. Bila dah kena marah, semua sengih macam rotten cockels (kerang busuk la!). Ada la sorang officer tu tak datang masa meeting, then Sinister kata "Time critical ni pun ambil cuti rehat?". Suddenly aku terbayangkan kerandut masing-masing terkecut dengan sendirinya (lucah pulak pepagi ni). Ye la, since kehadiran adalah all male most-likely-not-a-model-type figure (except a few geous yang datang coz to balance the not-that-good-looking one.

Masalahnya, apa yang kritikal?

Tak penahnya aku tengok mana-mana menteri rebah tak bernafas tak dapat jawab soalan parlimen... atau sesak nafas dan histeria di kala soalan yang dibagi tu takde jawapan.

Tak penahnya aku dengar disebabkan tak dapat jawab 1 soalan, bajet department aku tidak diluluskan untuk next year.

Masalahnya, apa yang dia takut sangat nih?????

Then, aku terfikir... Yang si Sinister ni nak marah-marah apasal lak? Dia tak fikir ke yang dia marah ni la yang akan tolong dia draf jawapan parlimen nanti, yang nak bantu dia menjawab nanti. Dia tak tau ke yang kerang-kerang ni la yang menyedapkan koay tiaw goreng dia, yang sedap dimakan bila dicicah dengan sos dan yang menjadi aprodisiak dia tat kala libido dia menurun akibat usia yang tua? (alamak...to ladies viewers, mind the language ya).

Tapi still, masih nak ngamuk undeliciously during the meeting. Nasib baik aku dan Acap menyorok belakang tiang (thanks to the tiang yangbesar gedabak dalam bilik meeting).

Kesimpulannya, tak perlu la nak ngamok tak tentu hala. Cukup la sekadar yang patut. Bukan la tak boleh, tapi biar la berpada. Sepatutnya dia yang menentukan apa yang dia nak, then yang lain akan dapatkan maklumat tu. Kalau biarkan semua orang ikut kepala masing-masing nak prepare maklumat, aku rasa 3 jilid buku maklumat yang setiap orang bekalkan. Ye la, Sinister ni bukannya pandai sangat pun rasa aku.

But, hidup tetap diteruskan... Bagi aku, kerja tetap kerja.

Dan aku kena sambung kerja pagi ni...chow.

Wednesday, November 19, 2008

WALL-E (movie)

Hari ni kali ke-3 aku layan movie ni. Citer kartun. Maknanya dalam masa 3 hari ni, aku dah layan citer ni setiap hari. Hebat sangat ke movie ni???

Bagi aku, ia movie biasa saja. jalan ceritanya biasa, sesuai untuk orang yang malas nak berfikir benda-benda berat macam aku nih. Tak payah la aku nak buat review citer nih sebab aku rasa ramai yang dah tengok, cuma VCD dan DVDnya baru release minggu lepas. Cukup la sekadar aku katakan ia mampu membuat aku terhibur, mampu membawa aku ke alam kanak-kanak semula, masa di mana tak perlu nak fikir pasal benda-benda yang berlaku kat ofis macam sekarang ni. Cukup sekadar ingin ke sekolah setiap pagi, balik petang pi main dan malamnya pulak makan dan tidor (and between that tengok citer kartun dan moero attack, gaban dan ultraman. Sori, tempat aku dulu takde TV3 jadi pilihan kartun tak banyak).

Sekarang ni, kena layan citer kartun kat ofis lak. Perangai orang macam kartun, badut dan macam-macam lagi. Ada yang nak tunjuk pandai (pandai bodek la, of course), tunjuk pangkat pun ada, tunjuk kuasa lagi banyak dan macam-macam lagi la. Kalau sekadar pandai menunjuk macam-macam tapi keje tak ke mana, baik tak payah jadi orang la. Jadi makhluq lain yang takde akal je la. At least kalau tak buat apa-apa, orang tau yang korang tu no-brainer!!!

Terlalu banyak insiden berlaku dalam minggu ni yang membuatkan aku tak berapa nak fokus dalam keje. (masalahnya buat keje ke???). Tapi aku mengambil pendekatan malas nak memikirkannya. Biar la berlalu dengan masa yang memintas bagai terlalu cepat. Esok dah Khamis, lusa dah Jumaat. Maknanya dah nak ujung minggu. And another trip lagi ke luar dari Seremban. Kali ni tak tau lagi ke mana. Kalau ada rezeki lebih, mau jalan-jalan dan bermalam di resort.

Duhai resah, pergi jauh dari diriku...

Busy and boring

Hari ini dan semalam, agak busy...and boring also.

Terkejar-kejar nak dapatkan maklumat ini dan itu. Sampai makan pun tak berapa nak berselera. Asyik pulun nescafe je dari pagi ke petang.

Sepatutnya aku ke Parlimen hari ini tapi menurut Asraf, tunggu arahan selanjutnya. Wah!!! Macam misi James Bond pulak.

Jadi, aku menunggu dan menunggu dan menunggu...menunggu waktu makan tengahari untuk mengisi perutku yang berkeroncong sejak pagi ini. Asyik makan kerepek ubi dan pisang. Lenguh dah aku mengunyah kerepek-kerepek ni.

Lunch nak makan apa??? Malas nak pikir. Sekarang ni just duduk kat ofis...buat-buat busy and boring....

Monday, November 17, 2008

Aku sungguh letih...

Letih!

Tu je yang dapat diucapkan pada masa ni. Letih bukan sebab buat keje tapi letih memikirkan pasal tempat keje ni. Esok merupakan penentu sama ada aku akan kekal di penempatan sedia ada, atau akan dipindahkan di department lain. Aku ada pilihan sama ada mahu membiarkan management decide untuk aku atau request untuk ke tempat yang aku nak.

Tapi aku dah kata kat bos yang aku redha untuk ditempatkan di mana-mana (eksen la tu nak ambik hati bos).

Ye la, takkan nak request pulak. hebat sangat ka nak request-request nih. At least kalau aku tak request dan tempat yang aku dapat tak best, mungkin boleh mintak tukar. Ntah la. Mungkin sesetengah orang anggap tak perlu la mintak tukar ke, apa ke. Duduk je tempat yang dibagi. Ye la, aku jaga bidang ni dah lama jugak. Takkan tak nak belajar benda lain.

Ntah la, malas pulak aku nak memikirkannya. Esok ada meeting kat luar. Malam pun dah lewat ni. Ni pun baru habis layan VCD Hancock lakonan Will Smith. Ha'ah, lupa lak. DVD yang Di nak belum aku pos lagi. macam mana nak pos, alamat pun tak tau. nanti la aku habaq kat dia.

Oh malam, lelapkan mataku cepat agar hilang segala duka lara (walaupun seketika)...

From Seremban to Perak

Waseh....Begitu penatnya hujung minggu aku yang lepas sebab perjalanan begitu jauh sekali ke arah utara, mau mencari tempat nak berpiknik. Last 2 week ke Melaka and then ke Perak pulak. Saja nak jenjalan makan angin.

Perjalanan dimulakan jam 8.00 pagi, dengan 1 tujuan nak ke Sg. Klah Hot Spring. Perjalanan agak lambat sebab ujan. Sesampainya disana, memang la nampak menarik sikit. Tetapinya nak masuk kena bayor. RM10 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. So, kompom aku tak nak masuk.

Kengkawan lain yang turut serta pun tamau masuk gak sebab mahal. Nak survei je, bukannya nak mandi manda. Pas tu sebok tanya aku mana lagi nak pi survei. Mana la aku tau, macam la aku ni orang Perak. Jadi, bermula la aku jadi operator, call Wani, call Peon, call member orang Kelantan, orang Seremban, orang KL (yang lagi la takde kena mengena dalam hal ni). Then, dorang suggest 3 tempat ni:

(i) Lata Iskandar;
(ii) Lata Kinjang; dan
(iii) Kuala Sg. Woh.

Ok, sekarang nak cari tempat la pulak satu hal. Nama dah dapat, tempat pulak tak tau. So, kompas rakyat la yang jadi panduan.

LATA ISKANDAR

Tempatnya best, air terjunnya memang lawa. Cuma perjalanan nak pi tu macam ular kena palu. Naik bukit sepanjang perjalanan. Sampai sana, wah!!!! Nyamannya suasana.

Papan tanda Lata Iskandar.

Air terjunnya yang cantik, siap ada laluan. Baru je upgrade beberapa bulan lalu.

Kalau lapar, banyak tempat makan dan tempat beli souvenir.

Memang tak rugi berpenat panjat bukit tu (naik kete la...). Then we move on to our next stop; Kuala Sg. Woh.

KUALA SG. WOH

Tempat ni hanya ada jeram saja. Yang menariknya kawasan ni sebab ada kemudahan untuk berkhemah, tempat parking yang banyak, tempat makan pun ada, chalet, surau dan macam-macam lagi. Memang sesuai untuk berpiknik di hujung minggu.

Papan tandanya tak siap lagi, baru tengah upgrade. By the time kitorang datang nanti, mesti kemudahan ni sumer akan siap.

Sungainya yang tenang dan tak dalam sangat (sesuai kepada sesiapa yang jadi kapal selam je...maksudnya tak reti berenang la...).

Klu sapa-sapa minat nak masak-masak, tempat masak pun disediakan.

Chalet pun ada, bayaran pun tak mahal sangat. Aku dengar tak sampai RM50 pun 1 malam. Kira ok la tu...

Then, kitorang ke Lata Kinjang pulak...


LATA KINJANG

Orang kata air terjun lata ni tinggi, boleh dilihat dari highway. Tapi tak sempat nak ambik gambar sebab ujan time tu.

Signboard Lata Kinjang.

Gerai di sepanjang jalan ke lata.

Tempat ni best nak mandi manda. Cumanya takde tempat camping pada sesapa yang gemar camping. Ada la tapi tak banyak. Yang best mandi kat jeram ni sebab sungainya di bawah rimbunan pokok. Jadi takde la panas sangat.

Fuh!!! Letih jenjalan. On the way balik, member ajak ke Taman Rekreasi Templer. Kat sana kalau nak datang je bole la. Camping pun bole, mandi pun bole. Cumanya banyak sangat monyet. Nanti orang ingat piknik kat zoo la pulak.

TAMAN TEMPLER (SG. KANCHING)

Taman Negara Sg. Kanching (formerly known as Taman Templer). Yang ni kat Selangor, pegi on da way balik dari Perak. Few pics untuk info korang...



OK la, nanti kalau ada yang menarik, baru masukkan entry lagi. Buat masa ni, aku busy dengan bajet next year pulak. Chow...

Thursday, November 13, 2008

Perlu tak???

Perlu tak mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di kala ini???

Rasanya macam tak perlu. Orang dah tak buat open house raya dah time-time macam ni. Raya Deepa pun tak buat dah.

Tapi department aku buat sambutan hari ni.

Boleh tak???

Macam keji rasanya buat time macam ni, macam tak peka dengan perkembangan semasa lak. Tapi macam mana, management dah decide. Lagipun makan free, takkan orang nak bangkang pulak. Dah orang sponsor tu, udah le. Jangan banyak soal.

Jadi aku rasa, perbuatan mengadakan sambutan raya ke, apa-apa perasaan dan perayaan makan macam ni, ikut je la. Yang penting perut kenyang. Tak banyak gambar yang diambil hari ni as aku pun busy makan-makan. Jadi ada la 2-3 keping yang sempat diambil...

(hiasan pintu masuk. bole tahan la...)

(Kolum yang menjadi kontroversi sebab harganya mahal. Sampai sekarang dok berkelahi dengan orang yang suggest benda ni pasal tak setuju dengan harganya)

(makanan kedua selepas mee goreng mamak. Ni makan roti bom dan rendang accompanied by a slice of lemang and ketupat. Cheese cake and tiramisu as well as dodol for desert.)

Makanan disediakan oleh D'Saji. Memang sedap, sepertimana perasaan sedap semasa di food testing dulu. Oh, lupa lak nak bagitau, tadi makan sate gak. Gambar sate tidak dapat ditunjukkan kerana telah berada dalam perut.

Ok la, bos dah cari dah ni. nanti dia terperasan pulak aku mem blog petang ni. Huargh!!!! kenyangnya, alhamdulillah. Cuaca yang mendung sebegini terlebih elok untuk tido.

Nanti la kalau ada berita yang menarik, baru dimasukkan lagi dalam entry yang selepas ni.

Monday, November 10, 2008

Skill yang hilang

Dah lama tak melukis. Hujung minggu lepas, ambik peluang untuk melukis semula. Tapi dah tak pandai macam dulu (dulu pandai kaa???). Mungkin lepas ni kena luangkan lebih masa untuk melukis semula, baik untuk merehatkan minda dan sentiasa fokus.

Motif pilihan, bunga orkid. Mungkin lepas ni boleh cari bunga lain pulak, tapi yang senang-senang dulu la. Yang kompleks kemudian.

Enjoy...

(gambar asal...)



(dah start mewarna...)

(dah nak hampir siap...)

(dah siap!!! Malas nak buat background nya. kemudian la)

Mata dah ngantuk...Selamat malam...

Sunday, November 9, 2008

Bil letrik dan air

Hari ni dapat bil air dan bil elektrik. Guess what??? Bercucuran air mata melihat bil elektrik aku. Bil air ok gak la, lagi banyak dari bil elektrik.

Bil elektrik : RM0.30 (tu pun tunggakan)



Bil air : RM5.00 (minimum sebab tidak mencapai nilai yang boleh di caj)


Ni mesti nak menuduh aku tak mandi la, pakai torchlight kat umah la, dan macam-macam lagi. Korang pikir la sendiri kenapa bil aku banyak tu. Pesanan aku, jangan jeles dah le. Malas aku nak pi bayar bil elektrik tu, tambang bas lagi tinggi dari pi bayar bil. So, aku hold dulu pembayaran sehingga ke satu tarikh yang ditentukan kemudian.

Ok la, aku nak pi minum petang dan basuh kereta jap.

Seremban to Melaka

Semalam agak memenatkan sebab aku drive dari Seremban ke Port Dickson, tengok acara graduasi budak-budak tadika. Member aku yang ajak, kalau stakat nak pi tengok, harus la aku tak pegi. Kecik-kecik lagi dah graduate, besar kalau jadi orang takpe la jugak. Harap-harapnya jadi orang.

(gambar bebudak tengah buat persembahan).

Ok jugak la persembahan dorang, siap gaduh-gaduh lagi atas pentas. Hampeh!!! Kalau besar nanti tak tau la nak jadi apa. pas tu cikgunya pun macam hampeh. Baik pi ambik kursus jadi MC. Buat malu je tersasul banyak kali and yang paling penting, banyak bahasa pasar. Kalau yang datang tu makcik-makcik, takpe la jugak. Ni siap jemput pegawai kerajaan rasmikan majlis dan menyampaikan adiah.

Yang pegawai kerajaan bangang ni pulak, dah tau nak bagi adiah kat pentas, please dont answer your phone la. Tak manis bila sebelah bagi adiah kat bebudak and the other hand holding handphone and bersembang. Pegawai apa tu??? Aku tak pasti la pulak pegawai ni dari mana, aku rasa Jabatan Veterinar kot.

Pas penat tengok budak-budak tu (yang lebih banyak menangis dari membuat persembahan), aku terus Eagle Ranch, Port Dickson untuk survey tempat nak cuti hujung minggu. best jugak tengok bilik-bilik dia. Ni salah satu contoh bilik dia.

(merasa jadi koboi kalau tido kat resort ni)

Pas tu, aku ke Melaka. Nak ke bandar aku rasa takde la jauh sangat. Tapi yang aku tak paham Bandaraya Melaka ni memang bangang dari segi papan tandanya. Aku ikut papan tanda ke Bandaraya Melaka sebab nak pi Dataran Pahlawan. Arah papan tanda tu asyik tunjuk kanan je, then aku terperasan aku buat pusingan kat tempat yang sama hampir 3 kali.

Dengan muka tebal, terpaksa tanya orang tepi jalan. Rupanya di satu selekoh tu, kena turn kiri walaupun sign tu tulis arah bandaraya ialah sebelah kanan. Tak ke bangang tu??? Pas tu tak pernah nak trim pokok-pokok kat tepi jalan sampai kebanyakan signboard dah terlindung oleh daun pokok. Harus la aku tersilap masuk lorong banyak kali sebab bila dah dekat baru nampak arah anak panah tu ke kakan atau ke kiri. By the time nak tukar haluan, dah tak sempat sebab orang Melaka bawak kereta macam tengah racing. For your info, first accident aku dulu pun kat Melaka. Keji!!!

Tapi akhirnya sampai jugak kat Dataran Melaka tu. Yang azabnya pulak nak cari parking. Masuk kat parking area tu, pusing punya pusing, tak de parking tapi tiket dah ambik. Penjaga parking tu pulak tak hirau sangat kereta yang kuar masuk. Dah jamm dalam parking area tu. Ada pulak orang bangang yang parking kereta merata sampai susah nak lalu. Last-last terpaksa kuar dari situ, dan dikenakan caj RM2 per entry. Keji!!!

Akhirnya dapat jugak perking tak berbayar betul-betul dekat area A Famosa. Jenjalan la dari jam 5 petang sampai jam 8 malam.



Dan seperti yang diduga, perjalanan balik pun azab nak mampus sebab signboard yang bangang. Sori la Melaka, ko memang bandaraya yang paling malang sekali dalam Malaysia ni. Sapa-sapa yang keje pasang papan tanda atau yang menentukan kedudukan papan tanda tu baik la bertaubat sebelum mati. Dah banyak orang menyumpah korang hari-hari.

Next week aku plan nak drive jauh sikit. Plan nak pi ke Johor lak. Tengok la kalau takde keje sangat. Best rupanya drive jauh-jauh ni. Mungkin next time aku nak bermalam la, supaya tak letih drive pulang.

Semalam aku sampai umah jam 11.30 malam. Letih tapi seronok. So kiranya aku ada hobi baru la ni...

Chow...

Friday, November 7, 2008

Kezutan!!!

Pepagi ni line internet kat ofis down. Jadi aku guna la notebook aku nak view blog and masukkan entry baru. Sekali imbas nampak kelibat bos lalu depan ofis. Ingatkan dia terus ke tempat lain. Suddenly bos tercegat depan pintu ofis aku. Aku ingat dia saja nak sembang ke, apa ke. Rupa-rupanya pinjam charger phone. Ok, kira safe jugak, konon la.

Tetiba dia masuk ofis aku...jeng! jeng! jeng!

Then terus berdiri tepi aku. Tak sempatnye aku nak tutup blog aku ni. Then dia tanya:

Boss : Your personal laptop ke?

Aku : Ye. (sengih like kerang busuk).

Boss : Ni jenama apa ni? Malaysia ke?

Aku : Taiwan. (very the line broadband boss aku ni 1kb per hour).

Boss : Berapa harga?

Aku : RM1900.

Boss : Oh! Murah jugak. OK tak spec dia?

Aku : Boleh tahan jugak. (Then aku pun start bagi lecture macam pegawai IT padahal sendiri pun buta IT).

Then boss started to lift the notebook, nak tau ringan tak ringan la tu. Then, pas dia ambik charger tu dia blah.

Fuh!!! Lega...

Terkezut aku pepagi ni. Ye la, mana tak terkezutnye. Tengah view dan masukkan entry dalam blog, tetiba boss muncul and the worst part tengok aku tengah view blog. Then my mind starts to visualize the LNPT marks go down the drain....Slush!!!!! Masalahnya, boss tau ke apa itu blog???

Takpe la, at least aku ada kat ofis, ye tak?! (ayat penyedap hati namanya nih). Apapon, teruskan kerja di hari Jumaat ni dengan senang hati coz esok dah nak cuti ujung minggu.

Saturday night fever, here i come!!!!

Thursday, November 6, 2008

Rutin harian

Memandangkan dah beberapa hari tak update, saje je nak masukkan aktiviti harian aku setiap pagi sebelum ke ofis.

Apakah itu???

Bagi makan kucing kegeraman aku (bukan kesayangan, sebab bukan aku punya kucing. ntah sapa punya kucing pun aku tak tau). Tapi aku dah bagi nama dah. Namanya Munyi.

Tiap-tiap pagi dan petang dia tunggu aku depan pintu umah. Jadi aku bagi la dia makan Friskies. Hari tu letak atas lantai, tapi dah upgrade makan dalam bowl pulak siap ada tempat minum lagi tu. Nanti upgrade pulak makan atas meja ngan aku, pas tu pakai sudu garpu segala, minum dalam cawan. banyak la kau punya upgrade.

Apapun, gembira juga tengok dia makan. Ambik 2-3 suap pas tu tengok aku. Bukan ucap terima kasih tu tapi takut kena bedal ngan aku sebab bising sangat pagi-pagi lagi dah nak mintak makan. Tak reti senyap pulak tu. Nanti jiran-jiran marah pulak.

Kurap dia kat tengkuk tu pun dah hilang dah. Bulu dia pun dah cantik sikit berbanding dulu. Kalau antar kat veterinar, mau mati doktor tu bagi preskripsi macam-macam. Mati jugak aku nak bayarnye. Bela kucing memang kegemaran aku sejak kecik-kecik dulu. Dulu bela kucing siam namanya Susila (nama anak jiran sebelah rumah) dan yang kucing tempatan lak namanya Janet (dah bagi nama baru perasan mak kata nama tu nama nenek moyang kitorang. Derhaka punya cicit).

Tapi takpa la, sekurang-kurangnya ada jugak yang menyambut aku balik dari keje, bukan bini tapi kucing.

Tuesday, November 4, 2008

Good news or bad news

Hari ni ada sorang officer jumpa aku. Aku takde la intension nak jumpa dia sebab memang tak berpekdah pun. Suddenly dia kata kat aku:

"Wei, i heard that you marah Chairman *** masa meeting hari tu?"

Terkedu jap. Meeting hari tu? Meeting apa? Then suddenly aku teringat meeting yang aku mention dalam entry "Pernahkah?".

"Ya..." jawabku, sengih sikit.

"Wah...you berani aaa...marah itu Chairman. Diorang cakap during the meeting you punya telinga sudah turn read...you are steaming..."

Sengih lagi..." Ya la, that meeting was not supposed to take place. Even worst, they refuse to listen to me. Lagipun apa yang i cakap dalam meeting tu betul. They have to accept it la."...jawab aku.

"You suda bincang ka dengan bos apa yang you nak sampaikan masa meeting tu?"

"Of course la." (dalam hati, kalau tak bincang pun aku buat gak macam tu)

"You better tell bos, you know."

"I already pass to him the report."

End of conversation.

So, aku rasa for sure minah yang kena marah tu akan bawak this matter up to the higher management to decide whether to keep me or to kick me. Hek eleh, pandai pulak ko nak bawak citer pasal aku ye. Kalau kena kick pun, aku puas ati gak la sebab dah voice out my opinion, eventho not in a very delicious way. Yang paling penting, minah tu dah kena marah ngan aku, tak ke havoc tu...Wakakakaka.....

Arhgh!!!! Malas aku nak memikirkannya.

Lantak korang la, labu.....baik aku teruskan kerja...dan teruskan idup aku....Waseh!!!!

Monday, November 3, 2008

Not One Less (movie)

Balik dari bertugas Parlimen jam 8.00 malam. Sampai rumah dalam jam 9.30 malam sebab jalan jamm. Sampai kat umah, memang letih sangat tapi aku masih ada masa untuk layan movie ni. Actually movie ni movie lama, pernah ditayangkan dalam TV. Aku tak ingat bila tapi some time back. Masa jalan-jalan kat Jusco minggu lepas, terjumpa pulak movie ni. Walaupun bajet ciput cuma, aku tetap beli jugak.


Ceritanya mengenai sekolah, murid-murid miskin dan kecekalan seorang guru ganti dalam menjaga anak muridnya. Not One Less merupakan amanat yang diberikan oleh guru asal sekolah tersebut yang meminta Cikgu Wei mengambil alih tempatnya sementara guru asal ini ke bandar untuk mencari pekerjaan.

Masalah bermula dengan Cikgu Wei yang tidak mempunyai pengalaman terpaksa menjaga murid-murid sekolah yang nakal. Sebagai seorang guru ganti, dia tidak tahu apa yang perlu dibuat tetapi berusaha keras untuk menjaga amanat guru asal sekolah itu.

Masalah sebenar bila salah seorang muridnya hilang kerana terpaksa berhijrah ke bandar bagi mencari pekerjaan untuk membayar hutang keluarganya. Babak kedua cerita ini memperlihatkan bagaimana Cikgu Wei dan anak muridnya berusaha mengumpul wang untuk membeli tiket bagi mencari dan membawa pulang muridnya itu. Berjaya atau tidak, anda perlu menontonnya sendiri.

Memandangkan aku dah pernah menonton filem ini sebelum ini, aku tak dapat tahan hati dari turut merasa sedih. Masa aku tengok filem ni kat TV dulu pun sedih jugak. Mengalir jugak la airmata dibuatnya. Malam ini, sedih jugak bila menonton filem ini sekali lagi.

Aku rasa filem ni sesuai ditayangkan kepada bakal guru sebagai motivasi kepada mereka agar dapat menjadi guru yang baik. Kalau tidak pun memotivasikan mereka, sekurang-kurangnya filem ini dapat menyedarkan kita bahawa pelajaran adalah amat penting. Itu sebenarnya mesej yang ingin disampaikan dalam filem ini.

Aku rasa aku nak pi tido sekarang. Kalau ada sesapa yang berminat nak pinjam, bagi tau la. Sesekali menonton filem yang membawa mesej yang agak berat sebegini menyedarkan kita bahawa hidup ini tidak lari dari tanggungjawab.

Selamat malam...

p/s: Babak yang mula-mula sekali menyebabkan aku rasa sebak ialah apabila berlaku pergaduhan dalam kelas pada satu hari sampai menyebabkan kapur tulis kelas itu hancur dan patah kerana dipijak. Cikgu Mao pesan, gunakan hanya 1 kapur sehari kerana ia mahal. Kapur dianggap benda paling berharga. Seorang pelajar yang terasa sedih dengan insiden kapur kelas hancur dipijak itu menulis dalam diarinya " ...saya pernah membuang secebis kapur yang kecil kerana menganggapnya tidak berharga. Tetapi Cikgu Mao mengutipnya dan menggunakannya untuk menulis satu perkataan. Cikgu Mao tidak dapat menghabiskan perkataan itu kerana kapur telah habis, lalu cikgu menggunakan debu kapur yang terlekat dijarinya untuk menghabiskan perkataan itu..." (huahuahua...sedeh! sedeh!)

Filem ini merupakan filem paling baik pernah dihasilkan, seperti jugak filem Children of Heaven (Filem Iran) yang juga mampu membuatkan aku mengalirkan air mata...

Duty Parlimen dan sesat

Hari ni aku sepatutnya pi kursus kat INTAN. Tapi aku tak dapat pi sebab assistant aku cuti, so aku kena duduk ofis. Aku cadang nak tulis surat pada INTAN bagi tau aku tak dapat pi kursus tu sebab kena standby untuk Parlimen, alasan biasa yang digunakan kalau tak dapat pi kursus.

Tup! Tup! Sekalinya aku terpaksa pi Parlimen pulak sebab hari ni ada briefing untuk minister.

HUARGH!!!!! KEJI!!!!!

Tu la, nak menipu sangat. Ambik ngko terpaksa pi Parlimen. The worst part is aku kena drive sendiri. Ya, sekali lagi kena drive ke KL. And guess what, aku sesat!!!! Yey!!!

Sepatutnya aku turun la Kat laluan nak ke Bangsar tu tapi rasa ragu-ragu menyebabkan aku sendiri yang terima padah. Terpaksa ke Ampang. Nak pi Parlimen tetapi yang jumpa IJN, Library, bangunan Celcom, Kg. Baru. Ntah mana-mana aku pi. Tapi sebab aku tak panik melampau, call Burhan and mintak direction macam mana nak recover laluan. Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya.

Tu cerita nak pi. nak balik karang tak tau la macam mana pulak nih. harap-harap tak sesat. Sekarang tengah time rehat, dalam jam 2.30 petang karang sambung sesi Parlimen.

Malasnya....malasnya...malasnya....

Sunday, November 2, 2008

Jenjalan kat IKEA

Hari ni aku jenjalan ke IKEA, drive sendiri. Ni la pertama kali aku drive ke KL, tapi konvoi la dengan kete member aku. Macam biasa la, tak berapa tau lagi jalan kat KL nih, jadi terpaksa la aku pekak kan telinga bila kena hon. Ye la...ye la... KL ni korang punya sorang diri, kan.

Takde la excited sangat nak pi IKEA ni sebab aku tau bebarangnya mahal, di luar kemampuan pada masa ini. Tapi saje je jalan, nak enjoy la tengok-tengok atmosfera ujung minggu. Seperti di duga, manusia memang macam semut hurung gula je. Nasib baik jalan awal pagi.


Perjalanan dimulakan jam 9.30 pagi. Singgah jap di R&R Seremban, kat Restoran Shalala.

Beli Chocolate ais dan coffee ais sebagai bekalan, disamping air mineral dan buah mata kucing.

Dalam jam 12.00 tengahari (disebabkan banyak kali kena hon), baru la aku sampai kat IKEA.

Dan, setelah berjalan-jalan selama 2 jam, ini la hasilnya....

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Beli frame gambar je. Aku pun tak tau naper aku beli frame gambar. Dah la aku ni tak suke bergambar, tapi aku rasa dah banyak frame gambar yang aku beli. Ntah la, biar la aku beli frame ni, dari beli benda-benda yang harganya dalam 100 kali frame gambar ni, yang aku dah aim. Nanti la kalau ada rejeki lebih sikit, baru beli.

Sebelum balik, aku singgah makan kat Restoran Victory, Arab Street. Kat USJ kalau tak salah aku. makan nasik briyani. Sedap gak la. Kat mana restoran tu???

Kat sebelah Restoran Ayam Penyet.

OK la, mesti korang bengang dengan entry hari ni, kan. Aku pun bengang jugak. Yang aku dapat hari ini ialah penat, sakit kaki, sakit hati dan frame itam dan coklat tu.

Chow...
p/s : Oh ya, lupa lak. Pada para ibu-ibu yang nak beli bebarang kelengkapan dapur kat IKEA, pi la dalam pertengahan bulan November ni. Ada Sale katanya. Ala, dalam paper musti advertise jugak. So, siapkan duit bebanyak, ok.