Sunday, December 5, 2010

Dinner

At a dinner and the foods suck!

Thursday, August 19, 2010

Data cleaning

zuuuiiiiiinngggggggg!!!!!!!! (bunyi mesin vakum yang rosak lama tak pakai).

Huh...! Lama nya tak update blog. Ye la, semenjak dua menjak berFB (bukan berBF), sudah malas untuk update. ye la, kalo blog ni nak kena upload gambar punya la susah banget tetapi pakai FB senang banget.

OK la, bukanla ke'banget'an itu yang menyebabkan aku nak update (actually tak nak update pun). just take some time to clean the sawang-sawang net blog ini. Anyway, this year lupa pulak nak wish besday to my blog yang dah berumur 2 tahun 3 minggu ni.

dunno how long it will last. dunno how many people will read. i will keep on updating it coz it is mine...

good day everybody!!!!

Thursday, July 22, 2010

eksiden

Bukan aku tapi orang lain.

On da way gi opis pagi tadi, eksiden berlaku depan mata (around 30 meters). Jelas nampak macam mana akak tu rempuh motosikal dan mamat tu terperuk depan kereta dia. Nasib baik takde kereta lain yang lalu belakang dia masa tu, kalau tak, mau nya lumat mamat tu.

apapun, bagi aku akak tu melakukan 4 kesalahan:

i. langgar mamat motor tu;
ii. cuba memotong queue kereta yang berbaris nunggu trafik light hijau sedangkan laluan double line;
iii. cuba membelok ke kanan walaupun tempat tu takde simpang ke kanan (yang ada cuma ke kiri aje); dan
iv. cuba membuat U turn pada kawasan tu sebab dia malas nak tunggu queue yang panjang itu.

Masa aku lalu tepi tempat kejadian, sian gak mamat tu muka blurr masih tidak mempercayai kenapa akak tu sanggup langgar dia di pagi hari. Sedangkan akak tu yang bertudung labuh dan berseluar track warna itam hanya membisu tunduk malu pada orang sekitar.

namun, aku kagum dengan tindakan pantas akak tu menjenguk mamat yang dia langgar dan sepantas kilat keluar dari kereta untuk melihat kerosakan keretanya (yang dah tertanggal bonet depan...tak lawa dah keter kau). Walaupun akak tu pada awalnya sepatutnya menekan brek dengan pantas, tapi aku rasa akak tu lagi pantas tekan minyak (lagi sedikit selepas perlanggaran) yang hampir menyebabkan mamat tu patah lengan atau tengkuk) sebelum akak tu berjaya keluar dari keretanya untuk menyelamatkan keadaan.

Aku cuma berada di kawasan kejadian selama 5 minit je, malas aku jadi penonton yang akan menyebabkan jamm kat kawasan tu. sedih tidak dapat menolong mamat yang terduduk sedih tu, atau melempang akak yang muka seperti ayam berak kapur.

apapun, aku yakin mamat tu idup lagi dan akak tu terus ke masjid untuk sembahyang taubat nasuhah dan sedia kena terajang dek laki malam ni sempena Malam Jumaat.

Sekian, ceritaku di pagi hari (di kala semua bos besar, saiz besar dan seadanya takde).

Wednesday, July 21, 2010

FB

mungkin terlalu banyak masa yang diluangkan pada FB menyebabkan blog ini semakin sepi.

Ye la, sapenye pun yang nak baca kalau ceritanya sekadar banyak keje kat opis dan hal-hal yang tidak menarik. Tapi rasanya nak isupkan semula blog ini yang tak lama lagi nak meninggal. Tapi mau cerita apa ya???

Oh ya, aku punya blog ini akan menyambut hari jadinya yang ke-2 tak lama lagi. begitu jugak ngan tuan punya diri. mengenangkan entry-entry lama membuatkan aku semacam rindu lak nak tulis banyak-banyak tapi apakan daya semakin malas pulak.

Tengok la kalau ada cerita sensasi. Ni baru abis makan tengahari, bos belanja sempena menjadik penerima APC beberapa bulan yang lalu. TQ boss, nanti minggu depan aku lak yang belanja.

p/s: bos kata aku nak belanja sempena pertunangan aku. Pepandai je buat spekulasi.

Tuesday, July 20, 2010

Lamanya!!!!

Lamanya aku tak update blog.

Diakui aku memang terlalu sibuk dengan keje baru (tanggung keje orang) disamping keje-keje lama. Semalam assistant baru lapor diri menggantikan yang sedia ada. Kalau dia masuk at least kurang sikit beban aku (ye ke???).

Minggu lepas aku sepatutnya bercuti tapi tak jadi sebab ada keperluan mendesak kat opis. Minggu ni macam tu jugak. Esok aku mau cuti tapi kena lak ganti orang gi meeting. petang ni chair meeting, also ganti orang.

Huh!!!

Aku tak tau beraa lama lagi aku akan bertahan. Aku cuba bertahan... mesti kena bertahan. hmmm....

Tidak ditimpakan sesuatu diluar kemampuan, insya Allah.

Selamat menghabiskan kerja yang ada (yang tak pernah abis).

Monday, July 5, 2010

Berita

Ya, disebabkan aku kata dalam FB ada'berita' yang memeranjatkan, ramai lak yang tanya.

Ala, saje je kta macam tu. letih gak nak melayan kerenah kawan-kawan yang nak tau berita sebenar. Ntah, mungkin sudah tiba masa untuk aku ditukarkan ke tempat lain. Mungkin jugak itu beritanya. ala, kalau jadi aku akan habaq jugak.

cuma masa ni macam malas nak layan persoalan yang banyak (dalam kepala aku la). keje lak banyak gak yang belum siap.

Selamat datang Hari Isnin, semoga hari ini apa yang aku rancang menjadik la gamaknya.

Friday, July 2, 2010

Marcell - Semua Yang Terlambat

Sekian lama menyepi, kembali lagi untuk update blog.

Melayari Youtube dan jumpa klip ini, lagu terbaru dari Marcell. Very nice song, touching lyric and clip.

Enjoy...




Semua Yang Terlambat

aku..
hanya sinar yang melintas
sekedip
bagai kunang kunang kecil
dan engkau sayap sayap yang meranggas
seusai
sekepak kau mengudara
membawa hatiku semua…

kita…
ialah kata
yang terlambat
tercipta
yang semestinya tak terjadi
dan cinta
ialah rasa yang pertama dan terakhir
tuk merangkum kerinduan
kepasrahan dan maafku…

reff #

tuk semua…
yang terlambat kulakukan
tuk semua
yang tak sanggup ku janjikan
tuk semua…

houu…uu..
lama kucoba
memandang jejak kaki kita
tanpa sesak…
menerimamu tanpa aku mengerti
indahnya arti hari ini
tanpa harapan tuk kembali…

reff # 2

kesemua yang tak sempat ku ungkapkan
kesemua yang tak tepat ku katakan
yang tak usai kujalani yang tak ingin ku ingkari
dan semua…
dan semua…
dan semua…

Thursday, June 10, 2010

malasnya

Malasnya hari ini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

- sambung keje -

Wednesday, June 2, 2010

Kenapa?

Kenapa keje tak pandai abis ni?

Kenapa asyik tanya nasik minyak dan kad kawen?

Kenapa asyik tanya sebab aku duduk jauh dari opis?

Kenapa... Kenapa... Kenapa...?

...????????????????

Nak cuti la.

Monday, May 31, 2010

Seharusnya...

Seharusnya aku rajin hari ini.

Tapi disebabkan waktu pagi ini bos-bos sekalian tiada di pejabat maka kemalasan semakin menjadi-jadi terutamanya waktu sekarang ini yang nak rehat.

Oh, betapa aku rindu mau makan itu dOnut SAy Cheese kat Big Apple.

Ayuh...ke sana!

Sunday, May 30, 2010

Toni Braxton (Pulse)


Tengah layan album ini.

Terbaru dari Toni Braxton - Pulse. Wow! Album ini antara yang terbaik dari Toni Braxton. Album terkini selepas album More Than A Woman (aku ada) dan Libra (yang aku tak ada sebab album ini tak famous dan release kat US dan Europe saja).
Single pertama, Yesterday lagu balad (2 versi) yang ori dalam album ini. yang tak ori dalam Youtube. Walaupun best tapi aku tak berapa minat sangat. Bole layan la.
Single kedua, Make My Heart, lagu fast beat dan video klip nya pun ok jugak. tariannya tidak sehebat dalam lagu He Wasn't Man Enough dalam album The Heat. Tapi iramanya catchy. Live performance untuk album ni (miming je. yang live tu hanya tariannya saja) bole dilihat dalam Youtube jua.
Single Ketiga (jangkaan) ialah Hands Tied. Antara lagu yang best.
Tapi yang paling aku minat ialah No Way. Might not be a single tapi lagu ini betul-betul melambangkan Toni dengan vokalnya yang contralto.
Mampukah menang Grammy Awards lagi? Dengan lagu-lagu yang berirama segar dalam album ini, Toni mungkin dapat Grammy lagi untuk album ini especially bila album Libra tu tak menjadi sangat.
Kalau tidak pun, it is a comeback from Toni.
Enjoy...

3 hari cuti

Cuti aku macam tak cuti je.

Ye la, rutin yang sama je setiap hari. Makan, tido and PS3. keje opis malas nak buat. buat kat opis je la esok. namanya pun keje opis. tapi aku rasa aku banyak keje esok, jadi perlukah aku buat keje kat umah?

petang ni karang ada hal lak nak anta orang kat sekolah nun jauh di sana. dah la cuaca mendung semacam. pagi tadi ujan. jam 10 baru bangun. letih gak lepas jog semalam. ni tak tau lagi nak buat apa petang karang. nak basoh keter macam malas sebab ujan je memanjang ni.

Tengok la. ni mau layan FB jap.

Chow.

Monday, May 24, 2010

MC 3 hari

Bos besar aku MC 3 hari.

Bersorak tak agaknya opis aku? bersorak kot sebab bos besar takde, bos saiz besar takde gak esok, aku takde gak kat opis esok. adik bos saiz besar memang takde. yang ada 2 orang bos je kat opis esok.

ni misti dorang joli sakan ni.

Hmmm.... aku gak yang kena gi meeting cap ayam gak nih.

Aman

Aman sikit opis hari ni.

Bos besar dan bos saiz besar takde kat opis. yang ada bos cekeding dan bos yang cikedis. Lagi la aku malas nak buat keje.

Ok la, i want to enjoy my day dengan keje yang banyak.

Sunday, May 23, 2010

gunting rambut

Semalam pi la gunting rambut di kedai biasa.

Ramai gak orang, semua nak kaler rambut. aku sorang je yang gunting rambut agaknya. memandangkan aku nak kuar jenjalan lepas gunting rambut, so aku suruh la minah tu cuci rambut sekali. aku ingatkan dia la yang cuci since dia yang gunting rambut aku (yang selalu dia buat). tapi hari ni dia bagi kat minah lain, orang baru agaknya sebab tak pernah nampak. muncung je mulut minah tu. hmm... tak pe la. aku ok je.

bila time dia scratch tu, macam nak terkoyak kulit kepala aku. kuku dia punya la panjang. ini kalau scratch dinding konkrit ni mau koyak dibuatnya. pas tu, bole lak tokey kedai tu masa lalu tepi aku tanya:

"Tak cukup kuat? mau kuat lagi?"

Mau je aku jawab, "ini kalau scratch muke ko terus nampak tengkorak ko."

Ingatkan penyiksaan tu kejap je, ni 3 kali round. mak aih!!!

Time cuci lak tu, sah-sah minah ni baru masuk keje. abis belakang baju aku basah. tu tak kira air masuk mata dan idung. dan kepala aku lak rasa pedih-pedih sebab dia scratch kuat sangat. pas cuci tu tuan kedai tu perasan baju aku basah dan dia suruh lak minah tu keringkan guna hair dryer. ngan mata melilau sana sini, yang keringnya tengkuk aku, bukannya belakang baju aku.

last-last, aku bayar and berambus je. makin lama kat situ aku jadi macam ikan salai agaknya. memandangkan baju basah, aku balik tido je la ngan kepala aku berdenyut-denyut dek kena scratch. melayang impian jalan-jalan...

hmm....

Thursday, May 20, 2010

bosan

Bosan.

Sangat bosan bila ditanya...

(i) naik kereta apa sekarang?
(ii) beli rumah kat mana sekarang?
(iii) ..... (banyak soalan lagi)...

Jawapan aku:

Aku idup dengan gaji yang aku dapat dengan kerja sebagai kuli gomen. semua yang aku ada sekarang ni satu sen pun tidak menggunakan duit ko semasa aku mendapatkannya.

...(sengih..)

Tuesday, May 18, 2010

Demam

Semalam demam agak teruk.

Mana lak sakit tekak (sebab terhidu asap rokok di ruangan ber'air-cond') dan panas badan. mana lak batuk-batuk (lite-lite saje). mana lak sakit tulang belulang dan muscle sekalian (ye la, pi gym konon. angkat besi macam dah eksesais 5 tahun tapi hampeh).

jadiknya, demam tak tentu pasal. dah la pulak aku cuti semalam. baik aku ambik MC je dari aku cuti. abis cuti aku cenggitu je sebab demam.

hari ini tetiba ok lak dia. ada batuk sikit tapi demam dah kurang. muscle pun tak sakit sangat dah. tapinya dah kena start jog dan gym balik.

impian 6 pax tu masih ada walaupun umor dah 3 dekad.

huihhhh!!!!!!

Sunday, May 16, 2010

Selamat hari Guru

Selamat hari guru kepada semua yang bergelar pendidik.

Ni nama-nama penerima ucap selamat (yang mana aku masih ingat):

Sekolah kebangsaan Jaya Bakti Beluran Sandakan

(i) Cikgu Dominic Balantas (Cikgu muzik. selalu panggil aku Sitin. Keji)
(ii) Cikgu Laura Dius (Cikgu muzik jugak)
(iii) Ustaz Khalil (Ustaz la tu)
(iv) Cikgu Laurina (Cikgu Perdagangan a.k.a makcik aku)
(v) Cikgu Charles Edward (Cikgu English)
(vi) Cikgu Mukhsin Murah (Cikgu English) and wife Cikgu Rosmimah Maliki (tak ajar aku tapi aku ingat sebab dorang laki bini)
(vii) ... dan Cikgu Cikgi SK Jaya Bakti tahun 1986-1990.

Sekolah Menengah kebangsaan Kuhara Tawau

(i) Cikgu Lim Bee Lan (Add Math dan Bio... tak reti bersolek)
(ii) Cikgu Sharifah zainah (terlalu bersolek sampai tak nak senyum takut make up retak)
(iii) Ustazah Noraidah (mentor hafazan Quran aku... Qari ye, jangan memain)
(iv) Cikgu Rangiah (anj*ng itam kat sekolah)
(v) Cikgu Bala (Ajar sejarah. paling jahat, selalu bawak bala kat kelas)
(vi) Cikgu Albert Chia (Pengetua yang chubby. sekarang tokey balak. dah berenti ngajar. ntah la betol ke tidak)
(vii) Cikgu lee (guru disiplin. jahat tapi sekarang aku dengar lagi jahat sebab dah jadi gangster. rambut dah kaler merah. betol ke???)
(viii) Cikgu Yap (math. selalu lepuk student ngan penyapu)
(ix) Cikgu Nizam (Art. idola bekas awek aku. penah gaduh sebab bekas awek aku lebih minat dia dari aku)
(x) Cikgu Lee Kim Voon (aku tak tau betol ke tak ejaan aku. ajar kimia. dengar cerita sudah masuk kubur. ntah...)
(xi) ...dan cikgu SMK Kuhara tahun 1991 hingga 1996 yang ngajar aku.

Dan pensyarah aku yang aku sayangi di Universiti itu. terutamanya Prof Abu yang menyebabkan aku hampir repeat course work. tak tau ke aku macam nak mati kena gigit nyamuk dalam hutan tu pasal nak ambik sampel.

Ditujukan juga kepada member-member aku yang kini dah jadi cikgu. Gnoll, Shyrol and Lee Lee dan banyak lagi la (lambakan guru sebab masa tu pengambilan guru yang sangat banyak).

Selamat berkhidmat untuk anak bangsa. kalau korang bagus, bagus la negara ni. kalau korang buat ta*k, jangan marah kalau masa korang tua nanti negara ni bankrap sebab korang tak reti ngajar anak bangsa.

Apapun, jasamu tetap ku kenang.

p/s: kenyataan di atas adalah pendapat peribadi. kalau korang tak puas ati, korang tengok la negara ni dalam 15 tahun lagi, kaya atau tak kaya. kalau tak kaya, baik korang masuk kubur kambus diri sendiri.

Sunday, May 9, 2010

Penatnya!!!

Last 2 weeks merupakan hari yang sangat penat.

ramai gak yang tanya apakah 'the big sh*t' yang dimaksudkan dalam entry lepas. So, begini la ceritanya...

Jumaat 2 minggu lepas aku dah plan baek punya nak jumpa member sekolah rendah aku yang 17 tahun aku tak jumpa. then aku plan nak tgk wayang, plan itu dan ini. Tetibanya, jam 6 petang bos aku kata aku kena pi Sibu.

WADEFAK???? (sorry...emoticons sikit)

dan aku kena pegi hari tu jugak sebab aku kena sampai sana sebelum jam 9 pagi sebab ada meeting. dengan perasaan yang panas membara aku cuba la cari alasan tak nak pi. muka aku pun dah merah padam nak mampos ka bos aku ni. tapi bila mengenangkan bos kepada bos kepada bos aku yang tolong arrange maka aku ambik keputusan untuk pegi jua (sebab respek dia berupaya nak uruskan trip aku tuh...huh!).

apa lagi, call la member aku kat Seromban mintak dia pack untuk 1 nite trip sebab esoknya jugak aku mau balek. malam tu jugak aku book hotel mahal nak mampus. setelah bertukar barang kat KLIA, aku ke Sarawak. sampai sana jam 12.00 tengah malam. sampai hotel 12.30 pagi. mandi dan iron baju dan berkemas. tido jam 2 pagi dan bangun semula jam 4.15 pagi untuk bersiap ke airport. jam 4.45 pagi teksi sampai dan aku terus ke Gate untuk boarding.

sepatutnya kapal depart jam 6, tapi sebab masalah teknikal (atau lebih betul ialah masalah penumpang tak cukup dan dorang combine flight), so flight aku depart jam 7 pagi. sampai Sibu dalam jam 8, aku masih mamai. Call la orang yang nak buat meeting tu. Dato' tu la... tetapinya meeting tu bukan jam 9 pagi tapi 9 malam.

WADEFAK ???? (Part 2)!!!!!!

jadinya aku terpaksa tido Sibu 1 malam and baju tak cukup. hanya ada selai je. and the worst thing sebab bilik mesyuarat yang nak digunakan tu takde sapa yang tau nak digunakan malam tu jugak. makanya dengan kuasa veto yang aku ada, mula lah aku mengarah orang prepare itu dan ini. sehingga kan manager tu tanya sapa yang nak bayar, terus je aku sound

"takkan la tempat you pun you nak berkira. you la absorb!"

Tak penah-penahnya aku nak meninggi suara kat orang. tapi apakan daya bila aku dah penat dan pening dan bosan and angry (hungry also time tu), layak la kalau aku bertukar jadi naga.

Alhamdulillah, semua perancangan berjalan baik masa meeting walaupun sebelum meeting tu aku bertekak lagi dengan urusetia sebab tetiba je halau kitorang dari situ kononnya bos dia nak guna bilik meeting tu. Diakah yang bangang atau aku kah yang tidak mendapat maklumat lengkap? keputusannya, dia bangang sebab aku dapat tau lebih awal yang mesyuarat aku dibuat dulu dan kemudian sambung dengan mesyuarat dengan dia.

tak sia-sia la aku bertekak hari tu.

hasilnya, aku balik jugak the next day, dengan gamble sekiranya aku diminta buat taklimat tapi aku takde kat situ. alhamdulillah, tak jadi taklimat tu dan aku dah selamat sampai ke rumah hari ahad tu jugak.

The next selasa aku fly lagi ke Sabah. Rabu pulak aku fly ke Sarawak.

That was the biggest sh*ts ever happened this month.

semoga tidak berulang lagi.

End of story... aku mau relax layan Avatar kali ke 6.

Monday, May 3, 2010

This is sh*t

Banyak mende yang aku nak citer.



bende pelik yang berlaku sepanjang minggu lepas. ni aku baru balik dari The Sh*t itu. ni ada Sh*t pulak yang datang.

kang la aku sambung...

Wednesday, April 28, 2010

LHDN

Udah selesai pengisytiharan cukai ku.

kurang sedikit dari tahun depan sebab dibantu oleh insuran yang melambak-lambak.

talian LHDN pun bagus, tiada sangkut-sangkut.

ok la. aku mau tidur. penat seharian keje tak ingat punya.

Chow!

Monday, April 26, 2010

Nak beli apa?

Tadi aku ke Jusco S2.

Rasanya macam banyak je yang aku nak beli. Dalam fikiran, dah rancang 4-5 bende nak beli. bende-bende rutin. Magazine, dan... berbagai lagi la sambil survey-survey kawasan. kena rancang ni supaya tak over bajet.

Mula-mula bayar bil Maxis dulu. settle!

Then ke Popular Book Store. Ke kawasan barangan pejabat. angkat 2-3 item, letak. pusing-pusing, ke magazine area. angkat 2 magazines dan letak balik. Bosan. Kuar ke MPH lak.

Kat MPH cari buku nota. takda yang berkenan sebab tak lawa. cari pen untuk buat sketch. pusing 2-3 kali tak jumpa. kuar MPH. boring!

Ke Sony Center. Cari Bloggie tak jumpa. Cari game PS3 tapi takde yang best. Pusing-pusing pas tu rasa bosan jugak. kuar dari situ cepat.

ke kedai kek. member pesan beli rojak. dah bungkus terus ambik resit untuk bayar kat kaunter. cashier kat kaunter lari sana sini sebab mesin kira-kira rosak. orang kat depan aku ada 10 orang yang dah berbaris panjang. tarik napas 2-3 kali... rasa bosan. resit tu ku campak dalam tong sampah je.

last sekali capai tiket parking Jusco s2 dan masuk dalam keter terus balik rumah.

ni memang malas tahap gaban ni sampai tak sempat nak beli apa-apa. Rekod sehari sebab tak belanja barangan kat Jusco S2 hari ni.

Adakah esok akan balas dendam? Ntah...

Selamat malam.

Tensionnya akuuuuu

Banyaknya keje aku hari iniiiiii......

Banyak time aku nak balik pulak tu.

banyaknya!!!!! banyaknya!!!!! banyaknya!!!!!!

Sunday, April 25, 2010

Loooonnnggggg trip

baru balik dari trip yang panjang.

Huh! Sungguh penat sekali. ye la, travel sampai 5 flight dalam 5 hari. sampai orang kat kaunter MAS pun terkejut tengok itinerary aku. Kursus ka? dia tanya. Tak, meeting. dah la aku letih, banyak lak dia tanya. Tapi sebab berbudi bahasa, menjawab jugak la dengan muka yang manis.. Hehehe

sempat jugak balik umah dan tido kat kampung 2 malam. not a holiday eh, terpaksa tido sana sebab flight balik dah takde. kitorsang balik jam 7.30 malam dari field trip tu. letih yang amat. ni nak buat report pulak ni.

dalam tempoh 2 hari kat umah, mummy atau daddy tak pernah tanya pasal kawen. aku rasa dorang pun malas nak tanya kot. terasa macam lega sikit (sebab tak nak bagi harapan pada orang tua...alasan). tapi bila aku nak masuk security check in kat lapangan terbang tu, mummy lak tanya. dah la masa tu mood aku tak berapa baik, so bila dia tanya bila nak kawen aku kata ntah. bila dia tanya masih dengan orang yang sama lagi ke, aku jawab tak tau.

aku rasa mummy dapat tangkap kot apa yang aku maksudkan. nak je aku kata "mummy, now your son dah single balik sebab dia kena dump (not dumb)... ops! confession.

tapi kalau aku jawab macam tu, mummy mesti nak carikan yang lain. ya, katanya ada calon yang menunggu. aku dah kata dulu kat mummy biar jodoh tu aku cari sendiri... tapi berat lidah nak bercakap.

di Sarawak, masa lunch tempohari, ada gak offer dari pegawai kat sana. offer anak sedara la, pegawai opis dia la, makcik dia pun ada (pangkat makcik ya, bukan makcik yang dah kedut-kedut tu). aku just senyum. then sorang officer tu citer la yang dia kahwin dulu pun ambik risiko gak sebab dia tak berapa kenal ngan husband dia masa tu. mak ngan ayah dia yang pilih. after a while, dia kata dia boleh ngam ngan husband dia. so sampai skarang ok.

yang sorang officer lagi lak kata kalau dalam tempoh 5-10 tahun dapat bertahan maknanya perkahwinan tu ok. tak perlu risau.

hmm.... bagi aku biarlah jodoh tu datang sendiri. mau ku cari, aku takut pulak tak mampu nak tanggung.

membujang la lagi...

Tuesday, April 20, 2010

Trip home

Ada keje di seberang laut sehingga hujung minggu ini.
Nampaknya aku akan balik kampung tapi bukanlah bercuti tetapi atas urusan tugas. tak nak la aku ini nanti di label bercuti dengan tanggungan gomen. cait!!!!

Dah call mummy tadi informed her that ia m on my way this thursday. tak nak jadi macam dulu, kononnya nak buat surprise tapi sampai rumah kat kampung, aku lak yang surprise bila takde orang kat umah sebab semua gi jenjalan tempat adik dan kakak aku. hambek kauuuu!!!!

Luckily gaji time nih. lagipun besday adik aku esok, ingat nak celebrate khamis ni konon. ye la, dah 10 tahun aku tak celebrate besday. just kirim salam and wish thru phone saja. kali ni bawak adiah sekali. apakah adiahnya???imagine bende ni dalam kaler pink (untuk adik pompuan aku).

kalau tak bersyukur gak aku bagi, meh ambik balik.

Friday, April 16, 2010

Silap lagi...

Buat silap lagi.

Macam ni la kalau keje kalam kabut dan terkejar-kejar, siapkan assignment sampai 1-2 pagi, memang la berlaku kesilapan. Dah la tu, buat sorang-sorang pulak, takde nak revise oleh sapa-sapa.

Hmmm... sedia je kena balun.

Ala... sapa-sapa pun buat mistake (ayat penyedap hati).

Apa-apa pun, nasik dah jadi bubur. tak dapat makan nasik, bubur pun kenyang juga.

Selamat solat Jumaat.

Thursday, April 15, 2010

Craig David Greatest Hits

Aku memang minat dengan Craig David sejak awal penampilan dia dulu.

Lagu-lagu verse laju dan kekadang sukar nak nyanyi tapi iramanya yang catchy boleh dikata citarasa aku gak. Sekarang ni aku tengah layan lagu ini, lagu sedih tapi disampaikan dengan irama yang agak santai.

Enjoy...

DON'T LOVE YOU NO MORE (I'M SORRY)

[VERSE 1]
For all the years that I've known you baby
I can't figure out the reason why lately you've been acting so cold
(didn't you say)
If there's a problem we should work it out
So why you giving me the cold shoulder now
Like you don't even wanna talk to me girl
(tell me)
OK I know I was late again
I made you mad and dinners thrown in (the bin)
But why are you making this thing drag on so long
(I wanna know)
I'm sick and tired of this silly game
(silly games)
Don't think that I'm the only one here to blame
It's not me here who's been going round slamming doors
That's when you turned and said to me
I don't care babe who's right or wrong
I just don't love you no more.

[CHORUS]
Rain outside my window pouring down
What now, your gone, my fault, I'm sorry
Feeling like a fool cause I let you down
Now it's, too late, to turn it around
I'm sorry for the tears I made you cry
I guess this time it really is goodbye
You made it clear when you said
I just don't love you no more

[VERSE 2]
I know that I made a few mistakes
But never thought that things would turn out this way
Cause I'm missing something now that your gone
(I see it all so clearly)
Me at the door with you in a state
(in a state)
Giving my reasons but as you look away
I can see a tear roll down your face
That's when you turned and said to me
I don't care babe who's right or wrong
I just don't love you no more.

[CHORUS]
Rain outside my window pouring down
What now, your gone, my fault, I'm sorry
Feeling like a fool cause I let you down
Now it's, too late, to turn it around
I'm sorry for the tears I made you cry
I guess this time it really is goodbye
You made it clear when you said
I just don't love you no more

[BRIDGE]
Those simple words hit so hard
They turned my whole world upside down
Girl, you caught me completely off guard
On that night you said to me
I just don't love you no more

[CHORUS 2X]
Rain outside my window pouring down
What now, your gone, my fault, I'm sorry
Feeling like a fool cause I let you down
Now it's, too late, to turn it around
I'm sorry for the tears I made you cry
I guess this time it really is goodbye
You made it clear when you said
I just don't love you no more







The original song bunyiknye macam ni...

Wednesday, April 14, 2010

Tak reti memilih

Ni yang aku malas ngan bos besar aku ni.

tak reti nak memilih. jap nak carta, jap nak write up. jap nak carta lain pulak. aku tak paham apa yang dia nak. aku yang lembap ka atau dia memang bengap, aku pun tak tau. tapi aku tau aku tak lembap.

seharian ni aku dah plan baek punya nak settle kan keje yang mana satu since esok aku ada meeting luar yang berjela (and terus balik umah). tetapinya aku stuck dengan keje yang aku sendiri tak tau mana nak start. akhirnya bila semangat dah berkobar-kobar, member lak ajak kuar makan malam. nak tolak tak sampai ati lak. terpaksa la temankan dia makan. Anyway lama dah tak makan ngan member aku yang sorang ni (my ex-univmate, my junior PALAPES and my ex-housemate. sungguh tak berkembang langsung asyik duduk di tempat yang sama).

anyway, masing-masing meluahkan masalah teension masing-masing sambil melayan sate kat taman Warisan. we had a very good chat. kekadang sms member kat penang tanya khabar and gurau-gurau, just like the gud old days (baru tau dah tua). Then i realise yang aku sorang je yang masih single di kalangan member-member (sob... sob... ).

But being the most senior of them all, sapa yang berani lawan kan. so i got the chance to bully the junior (instead of me getting bullied). Oh ye, tengkiu sebab belanja makan.

On da way back, the traffic was so helpful. tak dak jamm. smooth ride til i reach home. cumanya kena siapkan keje yang kat atas tadi tu, cuba memahami apa yang bos aku nak. ni mungkin keje tu halfway siap. mungkin, dono how to calculate sejauh mana siapnya tu.

Yet, aku still struggle nak siapkan apa yang patut coz esok jam 8 bos nak berambus gi meeting.

gud nite sumer. and gud luck pada member aku yang tengah PTK tu.

Tuesday, April 13, 2010

Rampas

Assistant aku udah kena rampas.

Dirampas (rampas ya... bukan ramas) oleh raksasa Gorgon Betina. Macam la hebat sangat department kau sampai kau nak cepat-cepat ko nak ambik assistant aku tu eh. Kalu takat keje jadi posmen, aku pun nak gak duduk situ lelama jadi bos posmen je.

Ni aku tak tau la betapa terkontang-kanting gak sorang-sorang (plus assistant baru yang masih nak merangkak) untuk settlekan keje-keje yang semakin menggunung. Orang nampak macam aku relax je takde keje tapinya macam nak pengsan saja kalau masuk opis.

Huh!

Apapun aku teruskan jugak la keje-keje yang ada. Takde sape yang kekal kat satu-satu tempat. Sekejap kita di atas, jap lagi kang kat bawah. kejap lagi kat bawah tayar kete (sebab eksiden bawak kete laju sangat).

Apapun idup perlu diteruskan.

Banyaknye!!!!!

Banyaknye event minggu lepas sampai tak sempat nak masuk dalam blog.

Mari kita buat ringkasan:

(i) gi karaoke ngan birthday boy kat Kajang. member opis. sempat nyanyi 2 lagu je (Slam dan Spring...citarasa orang tua-tua....huahuahua!!!!) sebab nak balik cepat;

(ii) celebrate birthday anak buah member aku. sebagai penggemar kek, aku la yang jadi sponsor kek. memandangkan taste agak tinggi, beli la kat Secret Recepi, kek bentuk ladybird ala-ala RM100 gak abis;

(iii) second big boss aku (yang dari golongan tertinggi) telah meninggal dunia. Sorang lagi sedang nak berambus dan sorang lagi tengah cari pegawai nak dihantar balik Sabah. Akukah????;

(iv) tak dapat pi tengok movie (seperti yang dirancang... cit!) sebab main game sampai pagi buta so tak larat nak bangun awal (tapi solat Subuh tak tinggal tau);

(v) pi jenjalan cari rumah untuk dibeli (banyak duit ka???). ada yang berkenan tapi kalau beli harus la berpuasa sepanjang tahun selama 5 tahun dan jalan kaki pi opi selama 5 tahun jugak; dan

(v) pi tempah Blu-Ray citer Avatar (nak kuar minggu depan). Harus la harganya dalam anggaran Rm200++ kan. pengsan 5 kali sebelum dapat tengok movie tu.

OK la... that sums up semua citer ujung minggu lepas. ntah minggu ni sempat atau tak nak buat entry. Anyway, baru masuk opis selepas cuti semalam. the whole day jalan-jalan cari sumthing... apa ya???? Ntah...

Selamat bekerja!

Sunday, April 11, 2010

God of War III - Part 2

Udah selesai game ini aku main semalam.

Ending nya menarik juga. Disebabkan dia tidak mahu kuasa jatuh ke tangan orang yang hanya gilakan kuasa, Kratos rela bunuh diri supaya kuasa itu hilang begitu saja. What a tragic ending. Tapi kalau ikut jalan ceritanya, ada 2 perkara yang menjadi perkara pokok game kali ini; fear dan hope.

Kadang-kadang kita melakukan perkara-perkara yang ingin kita capai disebabkan fear. Kita takut orang anggap kita begini dan begitu, jadi sebab itu la kita buat. kekadang kita tak nak pun buat tapi kita buat sebab takut.

Tetapi dalam membuat perkara yang menyebabkan kita takut itu, hope selalunya yang menjadikan kuat dan menjadi drive untuk kita mencapai sesuatu.

FEAR Vs HOPE.

Anda menilai sendiri yang mana satu pendorong anda.

Cheer!

p/s: Sekarang ni tengah layan Darksider (PS3) pulak. Tapi game nya macam tak best. Ntah... macam boring je. Nyesal beli.

Wednesday, April 7, 2010

Tidak mengerti

Sesetengah orang tidak mengerti.

Hanya mendengar cerita dari mulut-mulut orang, maka apa yang diucapkan itu dianggap benar. Tak kesah la apa yang diucapkan oleh orang, kalau apa yang dibuat itu tidak menyalahi agama. malas aku nak bagi penjelasan sebab bila orang lain dah terlalu taksub dengan maklumat yang salah (yang dianggap betul), maka apa saja kebenaran yang diucapkan selepas dari itu tidak diterima.

Ingatlah, manusia merancang, Allah merancang. Namun, Allah sebaik-baik perancang.

Apple ku udah siap!

Apple iPhone ku udah siap.

Dah ada dalam tangan sejak semalam. sempat jugak aku bertekak ngan orang kat Maxis yang bangang tu sebab bagi iPhone aku dalam keadaan yang kurang menyenangkan. apa taknya, atas screen protector tu dah macam berkulat-kulat tak di lap. dah la masa aku anta kat Maxis tu rupa iPhone aku tu bersinar-sinar je. siot je dia kata kotor tu takpe sebab ada screen tu. ewah... ewah... nenek kau. kau ingat screen tu percuma eh.

apapun, dah ada iPhone ni kat tangan so bertambah la pulak enfon-enfon yang nak di usung dalam poket ni.

hmm.....

Adrenalin - Faizal Tahir

WOW!!!

Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku sejurus mendengar album Adrenalin dari Faizal Tahir.

HEBAT! MANTAP! MEMANG BEST!

Lagu-lagu yang di'hidang'kan dalam album kali ini sangat best. Irama yang segar dan baru, lain dari yang lain. Bila mendengar lagu Bencinta pun boleh dianggap best, maka lagu-lagu lain dalam album ini lebih dari itu.

Personally, aku suka lagu Hanyut (both versi asal dan akustik). Lagu Semesta juga tidak kurang (yang juga mempunyai unsur-unsur lagu Hanyut). Superhero? Lagu rancak yang paling aku suka.

Tapi single yang selalu kedengaran di radio sekarang ini ialah Selamat Malam. Ada harapan masuk Juara Lagu (dan menang).

Kesimpulannya, tak rugi mendapatkan album ini, buah tangan bermutu dari Faizal Tahir dan Audi Mok.

Keep up the good work guys. You Rock!!!

Saturday, April 3, 2010

Assistant baru

1 April lalu aku dapat assistant baru, menggantikan assistant lama.

of course la assustant baru akan ganti yang lama (cit!!!). So far ok je kot cara dia kerja. kelakar sebab nampak kelam kabut. hehe... relax la. aku bukan jenis suka pressure assistant aku. ye la, mana taknya. assistant aku yang satu tu pulak kelam kabut bila aku tak bagi keje kat dia.

esok aku akan travel ngan dia ke Sabah untuk trip pertama dia selepas join unit aku ini. dengar cerita ini juga kali pertama dia ke sana. kan baik tu bos ngko ajak ko pi tempat yang belum ko pegi. bos lain ado??? hehehe...

just like my previous assistant jugak yang aku suruh gi obersi tu walaupun bos offer kat aku dulu. sebab aku dah janji akan hantar dia gi obersi untuk mesyuarat / training / seminar kalau dia masih bertugas dibawah aku. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan itu pada dia (walaupun aku rasa dia travel ke obersi lagi banyak kali dari aku pegi obersi). tapi janji tetap janji. dan sebagai bos aku dah tunaikan janji aku.

ni aku baru abis tolong kawan kenduri ni. letih tapi meneruskan jua perjuangan dalam God of War III. Ni ada pulak part dalam game tu yang aku tak lepas lak walaupun dah 30 kali ulang tayang. tensionnya!!!!!

ok la, mau sambung itu game.

Wednesday, March 31, 2010

PS3

Aku sekarang layan PS3.

Baru beli minggu lepas. Ni gara-gara game God of War III, game yang ditunggu-tunggu selama ini. dan game itu la yang membuatkan aku tido lewat setiap malam. harap-harap aku dapat abiskan game tu cepat.
Ok la, itu update yang pendek sebab aku kat Parlemon sekarang ni.

Chow!

Monday, March 29, 2010

Geram

Geram sangat hari ini.

Aku sampai KLIA jam 7 pagi sebab flight nak ke Kuching jam 8.15 pagi. jam 5.15 pagi tadi aku bergegas bangun dan bersiap.

Sampai di KLIA...

"maaf encik. flight ni kita cancel dan tukar ke flight ke jam 11.40 pagi. masalahnya nama encik tiada dalam sistem sebab tu la encik tak boleh check in kat KIOSK tadi"

Dalam hati...

"kalau saya lempang cik ni saya dapat tak flight jam 8.15 tu?"

... huih! Geram.

Ni nak update blog pun geram gak sebab tetiba lak line buat hal. VAIO ni pun buat hal. Opis pun buat hal jugak. ni rasa macam nak melenting nih!

Oh ya, aku bercuti hari ni. Ini yang membuatkan aku sangat GERAM sebab aku kena pi meeting. dan macam biasa bos2 aku macam tak tau dan tak bersalah pulak bila aku terpaksa keje.

Apapun, aku dah nak naik flight nih. kang kalu tak geram baru aku masukkan entry lagi. banyak mende sebenarnya yang aku nak cerita tapinya banyak sangat masalah. jadinya biar la tenang sikit sebelum aku update.

Chow!!!

Monday, March 15, 2010

Uban, Facebook dan BB Service

Cerita 1 : Uban

Masa gunting rambut minggu lepas...

Amoi tukang gunting : Haiyak!!! Manyak uban ooo...

Aku : Ya ka? (dalam ati: aku lempang kang minah ni).

Cerita 2 : Facebook

Dah buka akaun Facebook semalam. Hari ini enset aku tak renti-renti menerima permohonan untuk di "add" sebagai friend.

Malas nak layan... kalau dah malas sangat nanti aku delete je akaun tu.

Cerita 3 : Blackberry Service

Disebabkan kelemba'bi'pan orang kat Celcom buat keje, aku terpaksa ke Branch Celcom terdekat untuk activate BB Service tu.

DAn hari ni dah bole start chatting ngan member yang ada BB. kononnya for free tapi RM30 yang dibayar tu ko tak ingat ka????

End of stories...

Thursday, March 11, 2010

What to do

Kalau dah tak bernasib baik, maka tak bernasib baik la jawabnya.

Bukan senang duduk di tempat sekarang ni sebab banyak sangat risikonya. Tapi nak buat macam mana, doa saja lah yang menjadi penenang hati tatkala kerisauan. Sesungguhnya ALlah sebaik-baik perancang...

...doakan selamat sepanjang perkhidmatan.

Sunday, March 7, 2010

Hectic weekend

Minggu ini penuh dengan kepenatan.

Ada seminar yang dianjurkan oleh opis aku kat shah alam. Tido sana. kalau dah namanya tido sana maknanya banyak la keje yang kena buat, dan extra over time (unpaid, of course). Cumanya banyak jugak yang aku belajar dari seminar ni walaupun dalam hati pada awalnya menyumpah-nyumpah tak nak pegi. tapi hakikatnya begitu la, kat mana-mana pun banyak keje.

Cumanya dalam seminar ni ada la jugak terselit sikit pasal hal ehwal transfer-transfer nih. aku tak tau la samada ia akan melibatkan aku kelak tapi bagi aku, mungkin aku adalah salah seorang yang akan ditransfer kelak. bukan takut tapi biar la ia adalah satu permulaan kepada kerjaya yang lebih baik, bukan di transfer sebab jadi orang buangan, sebab orang tak suka.

apapun head of the seminar ada nasihatkan, kalau kat mana sekalipun kita berada, buat la yang terbaik. mesti ada PASSION... (perkataan baru yang dibelajar dalam seminar ni...). Hmm... memangla passion kena ada tapi kekadang malas bila hidup kita ni macam di control oleh orang lain, atau hidup ini penuh dengan masalah yang dibuat oleh orang lain (termasuk la masalah yang dibuat oleh diri sendiri). mungkin masa ni perlu untuk mencari stamina for survival. dalam dunia yang oenuh uncertainty ini, anything can happen.

aku harap aku dapat menempuh semua ini dengan baik... insya Allah. doakan perjalanan perkhidmatan aku dalam gomen ini tidak ada apa-apa yang tidak baik...

Wednesday, March 3, 2010

Old timer, new member

Kan dah cakap hari tu yang aku rindu sangat ngan iPhone.

So, terpaksa la kaut satu (yang serupa tapi tak sama).

Broken hearted

Semalam, permulaan hidup aku bersendirian lagi...

...

Saturday, February 27, 2010

Niyang Rapik (movie review)

Niyang Rapik = Ni Yang Merepek.

Biasanya aku malas tengok cerita melayu, bukan sebab tidak menyokong industri filem tanah air. tapi hasilnya selalu mengecewakan. aku pegi pun sebab aku nak buat review sikit. ye la, selalunya kengkawan akan tanya pandangan aku pasal movie yang ditayangkan walaupun kritikan aku ni bukannya profesional pun. tapi aku nak jugak buat review...

Sinopsis:

Kisah 4 orang anak muda yang terpaksa kembali ke Niyang Rapik (sebuah perkampungan pedalaman) kerana menyangka barangan yang mereka ambil dari kampung itu telah menyebabkan kematian salah seorang dari kawan mereka. Walau bagaimanapun kejadian buruk yang menimpa bukanlah disebabkan barang yang mereka curi tetapi akibat perbuatan tidak senonoh salah seorang anak muda terhadap anak ketua kampung disitu. (apa yang tak senonoh tu korang misti dah tau kan... ala, cerita tipikal melayu).

Ulasan;

Aku menjangkakan aku dapat tengok keseraman cerita ini sepertimana Jangan Pandang Belakang (walaupun tak seram mana, tapi boleh tahan gak la). Tapi yang aku dapat tengok jalan ceritanya yang longgar, tidak kemas, banyak sangat flashback dan tidak logik.

Pemilihan kamal Adli sebagai pelakon seram kurang menyerlah. Watak sedikit kaku tapi cukup makan. Aku rasa pemilihan Sam Shahizy adalah kesilapan besar dalam filem ini kerana orang lebih mengenali dia dalam filem Adnan Sempit. Jadi, watak yang dibawa lebih kepada watak lucu dan bukannya seram. Mungkin kalau filem ini ditayangkan sebelum filem Adnan Sempit, wataknya akan menyerlah. Yang paling mengecewakan, filem ini banyak sangat adegan lucu dan kurang logik, lagi menambahkan kecelaruan filem ini berbanding genre yang nak ditampilkan.

Zed membawa watak dengan baik, cool dan boleh dikatakan dapat menenggelamkan kelemahan pelakon yang lain. Awal juga tidak berapa menyerlah. Setakat tempelan saja wataknya disitu. Liyana Jasmay walaupun dah banyak terlibat dalam filem seram tetapi di filem ini agak kurang menyerlah. mungkin disebabkan dia terpaksa menggambarkan watak pompuan yang dah mati. jadi wataknya ala-ala pompuan sengal gitu.

Penggunaan prop yang kurang menarik dan kurang logik (rujuk adegan makan mi goreng dalam hutan tapi barang-barang atas meja ala-ala baru beli kat kedai semalam). Scene makan pulak macam dibuat-buat. babak Awal jatuh dari bumbung rumah sangat plastik. watak toyol atas Sam, apa motifnya??? Dan kenapa pulak nak tunggu anak muda berempat tu ke Niyang Rapik baru nak bagi santau sedangkan salah satu dari anak muda tu dah pun mati masa kat KL. Skrip sangat-sangat lemah...

Make-up watak hantu pun tak menyerlah. dan aku hairan jugak kenapa jari watak hantu perlu seperti ala-ala nak menguli tepung aje. maksud aku, jari-jari digerak-gerak, kononnya menimbulkan rasa seram tapi hasilnya tampak bodoh. ntah, aku tak paham.

Dan bila dah setengah jalan movie ni menyebabkan aku mengantuk... bosan... menyesal...

Satu lagi yang bikin spoil, banyak adegan yang seakan-akan filem seram Thailand (yang menambahkan lagi kebosanan filem ini). mana idea baru pengarah berpengalaman seperti ahmad idham nih????? Ayoooo... come on la.

Aku rasa mungkin pengarah filem seram malaysia ni dah perlu start keluar dari kepompong jalan cerita dan bentuk penyampaian filem-filem seram sebelum movie seram yang seterusnya mencetuskan kebosanan yang amat sangat sebab bagi aku, filem seram malaysia dah semakin bosan...bosan...bosan... sedangkan banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk menimbulkan perasaan takut dan seram itu. Ambil la cerita 'Paranormal Activity' sebagai contoh. frankly speaking, lepas tengok cerita 'Paranormal Activity' tu, aku tido bukak lampu 2 malam berturut-turut. penakut jugak aku ni... hehehe

So, rating aku untuk filem ini, aku bagi 1 BINTANG aje la...

p/s: tak setuju, itu pendapat korang. aku juga ada pendapat aku, ok.

Saturday, February 20, 2010

Movie review (Percy Jackson, The Wolfman)

Hmm... ramai yang bertanyakan movie ni best atau tidak.

Ni hah, pengkritik tak bertauliah nak bagi ulasan. Sebenornye dah buat pun ulasan ringkas dalam review sebelum ni tapi katanya singkat sangat review tu. jadik, ni la review yang panjang sikit:

Percy Jackson and The Lightning Thief.

Al-kisahnya mengenai sorang budak, Percy jackson namanya, (hasil perkongsian hidup orang bunian ngan manusia) yang dituduh mencuri kilat orang bunian. jadi, untuk membuktikan dia tak bersalah dan pada masa yang sama menyelamatkan maknya dari cengkaman orang bunian lain yang jahat gak, si Percy ni haruslah menempuh pelbagai dugaan untuk membuat 2 perkara tu.

Ulasan : Walaupun cerita tidak berunsur anj*ng tapi ceritanya macam anj*ng. memang la banyak bab yang tak berapa logik tapi ceritanya terlalu membohsankan... boring nak mampus. mungkin dibuat untuk menarik minat kanak-kanak tapi aku tengok kanak-kanak yang datang pun tak terhibur. please buat yang lebih baik kalu ada sequel nya.

Rating : 1 bintang.

The Wolfman

Well, al-kisahnya seorang lelaki yang nak menyiasat kematian misteri adiknya tapi dia sendiri digigit oleh seekorang serigala (seekorang merujuk kepada seekor dan orang) yang menyebabkannya menjadi seekorang serigala gak. akhirnya terbongkar rahsia yang bapak dia sendiri la yang menjadi serigala itu.

ulasan : memandangkan ceritanya berkisarka anjing (serigala), memang layak la kalau jalan ceritanya pun macam anj*ng. selain special effect nya yang tak berapa nak spesel tu, disamping make-up rupa anjing jadian tu yang lebih kepada watak salah satu dalam Star Wars, jalan ceritanya yang lemah betul-betul membuatkan aku macam nak tido je kat cinema tu.

Rating : 1 bintang.

Ulasan tambahan (yang tak berkaitan dengan jalan cerita movie kedua-dua di atas)

Selain dari movie di atas yang berunsur anj*ng, orang yang duduk sebelah aku jugak ala-ala anj*ng jugak perangainya. dah la masuk lambat, siap bagi review lagi kat awek dia. bau badan satu hal la, bau napas lagi yang membuatkan aku macam nak mati dalam cinema tu. malas nak tuduh tapi kalau setiap kali dia bercakap dan aku terbau seperti berak anj*ng, sapa lagi kalau bukan mamat sebelah aku tu yang melepaskan bau-bauan. nasib baik cinema tak penuh, dapat la jugak aku cari port yang sesuai untuk menghabiskan movie yang memang tak best.

OK la, sapa yang nak tengok tu, sukati korang la. berdasarkan poster dibawah, (yang pose nya hampir serupa), maka ketidak'best'an kedua-duanya pun hampir serupa.

nanti review filem lain lak menyusul ya. minggu ni takde filem best. jadi takde review.

Chow...

Thursday, February 18, 2010

Good and not good

Tengahari tadi aku ada diskusi dengan KayeSyoU.

Pasal audit. tetiba lak lepas diskusi tu, dia tanya aku.

"I dengar u nak mintak keluar dari sini...."

Terkedu lak aku dengar. dari sapa lak dia ni dapat berita. setahunya, aku hanya luahkan dalam blog aje. Dia baca blog aku ka???? (kelakar....)

Aku angguk aje la.

"Ya, Dato'. kawan-kawan saya yang lain semua dah ada experience lain. saya je masih terperok kat pembangunan ni. nak jugak dapat experience lain."

Bos aku yang kebetulan duduk depan aku tu lain macam je mimik mukanya. suka atau tak suka dengan topik perbincangan, aku malas nak agak. segan jugak bila Dato' bangkitkan hal tu depan bos aku sendiri.

"Finance bole tak?" (adakah itu offer???)

Alamak! Buat finance? dah la ku ni jenis tak suka nombor-nombor ni. Tapi bila dia dah kata macam ttu, aku malas nak demand dah. anta aje la tempat mana-mana pun, aku akan cuba yang terbaik. tapi of course aku nak bagi feedback gak kan dengan offer yang diberikan...

"terpulang pada management Dato'. Saya tak nak demand. (nanti tak leh perform, mampus aku)."

"U can cari ganti la, sapa-sapa yang nak duduk tempat u." (masalahnya, ada ka? sapa nak duduk tempat panas macam tempat aku ni...). "Ok la, u boleh pindah keluar tapi cari pengganti yang meet the requirement of your boss."

Gedebush!!! (bummer!!!)

Punah harapan! Ada sapa-sapa nak tukar ngan aku????

Hmmm....tukar topik lak.

Aku ni tengah siapkan paper untuk diantar esok sempena PTK aku yang tak seberapanya itu. ni tengah nak cari bahan. harap dapat siap malam ni. 8 muka surat tu. aku baru taip 1 mukasurat. 7 more to go...dan mata pun dah ngantuk.

Tuesday, February 16, 2010

Abis exam

Exam dah abis khamis lepas.

Ya, penat membaca buku dah ilang. Ni nak buat assignment pulak. Ada 2 paper yang kena anta. satu minggu ni dan satu lagi minggu depan. terima kasih kepada mereka-mereka yang wish selamat berjaya. semoga doa korang dimakbulkan memandangkan aku menjawab kurang memuaskan, maka probability untuk mengulang adalah agak cerah.

Jumaat (sehari lepas exam), aku cuti. Tak buat apa pun. Cuma tengok wayang. 2 sekaligus.The Wolfman (macam anjing saja ceritanya) walaupun pemilihan watak adalah antara yang baik sebab orang yang bertukar jadi serigala itu juga macam anjing mukanya. Then movie yang satu lagi ialah Percy jackson and The Lightning Thief (walaupun movie ini tidak la berkisar pasal anjing tapi ceritanya yang macam anjing).

Malamnya pulak aku bersiap untuk camping 3 hari 2 malam di Pasir Putih Resort Perak. Best wooo... malas aku nak letak gambar kat sini sebab acara utamanya hanyalah mandi makan dan tido saja. Kalau korang berminat nak camping kat sini, sila la. ada chalet dan kemudahan yang agak baik. cuma jangan pegi ujung minggu (yang terlampau ujung minggu sangat) atau time cuti panjang yang esoknya nak keje sebab orang berduyun-duyun kat situ.

Ok la, aku pun dah malas sebab esok nak keje.kalau rajin, aku masukkan entry lagi (walaupun entry ku ini sungguh tidak menarik).

Selamat malam.

Wednesday, February 10, 2010

Butterflies

Butterflies dah banyak dalam perut.

Nervous... really! No joke. Seriously! Never felt so nervous like this before. At the moment, i am still reading whatever i think will be asked during the exam. But, the more i read, the more i confuse.

In front of me is a bunch of notes that i suppose to finish reading this evening. But, i think i only gone thru 10% of it.

Still long way to go.

Esok exam

Esok exam... dan aku masih rasa aku belum bersedia.

Sememangnya sentiasa mengharapkan yang terbaik tapi kalau persediaan takde pun tak bole jugak. Ni tengah pulun baca apa yang patut. Member-member semua kuar lunch, meninggalkan aku yang masih nak baca buku ni. Bukan rajin, cuma malas nak jalan kaki panjat tangga nak pi makan kat atas bukit tu. Lagipun dah ambik heavy brunch tadi kat McD.

Bila dah berhadapan dengan buku yang banyak, donno where to start reading. Bila dah read, still cannot figure out whether it's worth reading or not. When i stop reading, then i think i shud be reading at this time. So, this cycle continue over and over and over again until i think i better listen to Aishah and The Fan Club (lately i am so into it).

last 3 days was quiet hectic as we have to prepare for individual as well as group presentation. I think i did fair in the individual part but not during the group presentation as my group member not giving their full cooperation (except for 1 of them and especially during presentation when everybody is eagerly showing their best and at the same time using other people's time to do the presentation... hence leaving me only 2 minutes to cover 8 facts! Imagine me talking as fast as a bullet train.)

Well, now i am still in my room, trying to figure out the next move. Maybe a short nap will help ease the tense... Hehehe

Wish me luck guys. Need it in the tough time like this. Adios.

Monday, February 8, 2010

New day

Minggu yang baru.

Minggu lepas penuh dengan kelam kabut sebab ujian PTKay. Ada 1 minggu lagi untuk dicapai sebelum cuti ujung minggu yang agak panjang jugak. Semoga lulus cemerlang...Insya Allah.

Doakan ya...

Saturday, February 6, 2010

New member

Welcome to the new member...

... I am speechless. Let the pic speaks for itself.


(pic kemudian upload... lambat sangat)

**** updated!

Tuesday, February 2, 2010

I am...iPhoneless

Tetiba lak skrin iPhone aku gelap semacam.

Riwayatnya dah hampir berakhir agaknya. Elok je aku letak depan TV tadi sebelum mandi. Masa nak tengok kekalau ada sms, tetiba lak dia legam. Iskh! Puas jugak la aku godek-godek. Tekan sana, tekan sini. Last-last terpaksa aku usung ke kedai Maxis Jusco S2 untuk bedah siasat.

laporan awal post morterm menunjukkan nyawanya memang dah singkat. harus dihantar baiki segera.

Berapa lama?

4-6 minggu.

WHAT?????

Do you think i can wait that long????

Bila nampak aku macam naik antu je, cepat-cepat salesman tu kata "maybe Apple will replace the phone for you. Totally new." Betul ke tu? Atau adakah ia taktik untuk mengelak aku menjadi hantu kat kedai maxis tadi.

Apapun, aku tinggalkan kedai Maxis tadi dengan satu ayat...

"i would like to book iPhone 3GS, please".

Damn, i just cant live without my gadget!

Monday, February 1, 2010

Hari Wilayah

Hari ini Hari Wilayah.

3 kawasan yang dikategorikan sebagai Wilayah Persekutuan bercuti. tak yah la aku mention kat sini nama wilayah itu, sumer pun dah tau.

Masalahnya...

...KENAPA AKU KAT OPIS SEKARANG NI??????????

Selamat bercuti (kepada sesapa yang cuti)

Sunday, January 31, 2010

In fear

Suka tak anda bekerja dalam ketakutan?

Tentu tidak. Tapi itu la hakikatnya yang berlaku sekarang, especially kat department aku. semua orang nampaknya bekerja dalam ketakutan. orang atasan pulak memberi arahan seakan ugutan. kekadang isi kandungan peringatannya macam nasihat, tapi lebih berbaur kepada ugutan.

terkenang masa sekolah dulu, kalau cikgu yang garang masuk dan mengajar, kelas jadi sunyi. kelam kabut. nak tanya soalan pun takut. yang berani angkat tangan tanya soalan tu seperti menghulur leher untuk kena pancung. hakikatnya, macam ni la yang nak berlaku dalam tempat keje aku sekarang ni.

satu hal lagi, bila dah terjerat atau disoal siasat, semua nak lepas tangan (termasuk aku la jugak). bukannya nak perbaiki keadaan tapi memburukkan lagi suasana opis, terutamanya hubungan antara personel. Semua nak tak tanggungjawab. ye la, hakikatnya manusia memang macam tu tapi itu la rasanya yang aku rasa tak berapa patut.

Aku rasa, budaya bantu membantu, tunjuk ajar dan saling memperingat bukan lagi amalan dalam perkhidmatan sekarang ini. especially bila ada campur tangan orang tertentu (dalam kes ni, biasa la... siapa lagi kalau bukan ****tuuuutttt****). kekadang kesian tengok kawan-kawan yang kena tanggung salah orang lain walhal tak terlibat pun dalam kes yang dianggap mencemar nama perkhidmatan.

Sememangnya diakui, ekspektasi orang atasan tinggi, dan aku yang baru setahun jagung ni cuba untuk memenuhi impian itu. tapi tidak adil bila diri aku dibandingkan dengan orang yang telah berkhidmat untuk 20 tahun! kekadang bila kita nak dapatkan pandangan, yang senior ni tak bagi. ntah alasan apa, aku malas nak fikir. bila dalam keadaan mendesak pulak, kena cari orang yang bole dipersalahkan.

Kekadang bosan dengan perkhidmatan ni. tapi ini la periuk nasik yang tuhan bagi saat ini, jadi apa yang perlu aku buat ialah buat sehabis baik. tapi jangan lupa, aku juga perlu panduan dan bimbingan.

Kepada kengkawan yang sedang menghadapi saat getir, sabar dan banyak berdoa. aku tak tau bila pulak time aku untuk menjadi troli orang (untuk dilonggokkan dengan kesalahan dari orang lain). tapi buat masa ini, aku perlu lebih hati-hati. semoga kita semua dilindungi dari perkara-perkara yang tidak baik.

Kekadang malas nak fikirkan benda-benda ni, jadi aku buat la kata-kata perangsang macam ni untuk tenangkan hati:

KALAU BOS KORANG MARAH, ANGGAPLAH IA ADALAH NASIHAT YANG DISAMPAIKAN MELALUI KAEDAH YANG SALAH.

KALAU KORANG RASA BEBANAN DAN KESALAHAN YANG DILETAKKAN ATAS BAHU KORANG BUKANLAH ATAS SALAH KORANG SENDIRI, JADI JANGAN LAH BUAT BEGITU BILA KITA DI ATAS NANTI.

Semoga kita senantiasa dibawah lindungan-Nya... Amin.

Saturday, January 30, 2010

Minggu ini

Minggu ini merupakan minggu yang memenatkan!

Meeting yang banyak, lepas tu bebanan tugas dan exam. ni persediaan exam tak buat lagi ni. banyak perkara yang berlaku minggu ini.

Yang bestnya:

bila meeting pagi Jumaat lepas, walaupun tidak mempunyai pengetahuan mendalam namun dapat jugak memberi sumbangan yang membina.

Yang tak bestnya:

petangnya pulak dapat surat dari pejabat Kay.ek.SeN sebab aduan tak dapat bayaran pampasan. elok je nama aku muncul kat surat tu. pas tu, part yang paling best sebab isu tu bukan aku yang handle, dah ada officer lain tapi aku lak yang kena marah sebab lambat bertindak. Tapi alhamdulillah, sorang officer baru yang sekarang ni handle bende tu dah sediakan apa yang patut. terima kasih pada dia.


pagi Sabtu, Savvior pulak buat hal. So, tukar la apa yang patut; absorber, tayar dan bateri. kopak la aku dalam RM800. Hmm...time ni la nak pakai duit. malam lak, baru nak tengok nota-nota exam minggu depan. esok, tak tau lagi.

Ok la, next entry mungkin agak hangat. kita bincang, OK.

Thursday, January 28, 2010

online again

Ya, setelah berhempas pulas membayar utang semalam, aku kembali online.

Ujung minggu semakin tiba tapi aku semakin risau sebab nak duduk exam. Nota baru dapat tadi tapi tak sempat nak baca. Esok pulak aku mesyuarat dari pagi hingga petang, dan nak buat report la.

hari ni 'bertekak' ngan bos pasal keje yang bukan aku punya, tapi jadi aku punya. aku bila dah bertekak ngan bos, aku tak kira, lawan je. Dah tau akan kalah, jadi tak guna nak berlembut. kalau berkeras pun kalah, maknanya berlembut apatah lagi. aku senang aje, kalo ko tak suka aku keje kat sini, ko bole berambuskan aku anytime. taknye collapse department tu aku takde kat opis tu. mungkin kalau aku berambus, organisasi ni akan lebih baik sebab dalam situ penuh ngan orang yang angguk-angguk je. senang keje. ko bagi keje dia buat terus. bukan macam aku ni yang suka tolak keje (bagi keje yang bukan aku punya bidang).

tadi aku jenjalan kat Jusco S2 tapi aku tak tau nak beli apa jadi aku belanja la apa yang patut (dan tak patut). Seperti biasa, kalau aku berbelanja selalu over budget. Ntah la, sehari kalu tak beli apa-apa macam tak lengkap (ni kes boros nih). Hmm... ni tengah ngadap buku ni, ntah baca ntah tidak. tapi elok la aku baca walaupun aku tau tak berapa nak masyuk dalam kepala hotak aku ni.

Selamat malam semua. jap lagi nak layan DVD lak. Hehehe

Gudnite...

p/s: sesambil tu layan lagu Samsons dari album baru, ENYAH tajuknya. Unik sikit iramanya. apapun, ia idok ler berkisar pasal mak nyah.

Samsons

Samsons keluar dengan album baru.

Sekarang tengah layan album ini. Berbanding album lepas, kurang sikit lagu balada slow cintan-cintun mendayu-dayu. Album lepas lebih banyak lagu-lagu sedeh tapi kali ini banyak lagu rancak sikit. Cuma ada satu lagu slow yang aku tengah layan sekarang ni, tajuknya PERCUMA. Bukan percuma tu macam free gitu, tapi maknanya seperti "tak guna". Bukan macam tak guna yang tak membawak erti... eh!!! apa lak aku melalut ni. Layan aje laaa...

Nanti la aku upload gambarnya. buat masa ni, layan lagu PERCUMA (Bukan gratis ya!)


Wednesday, January 27, 2010

potong!

Broadband aku kena potong... sebab tak bayar bil.

So, off i go to the Celcom Kiosk untuk bayar utang. Esok banyak mesyuarat mendatang yang aku malas nak fikir. sehingga ke hari ini, aku teruskan apa yang aku nak buat (lepas ofis hour, the time is mine). petang ni kelam sikit, macam nak ujan tapi tak ujan pun. aku tak tau lagi mana aku nak pegi tetapi apa pun aku nak balik umah cepat sebab aku ngantuk nih.

Adios!

Rebah

Tu la, kan dah kata.

Boss Diva rebah hari ni. Sapa yang tolong??? Orang yang dia kutuk tu la yang usung dia. Masa tu kao ko nak men'diva' pun takde maknenye.

Hmm... macam-macam berlaku hari ni. Belom lagi masuk tengahari tapi dah jadi macam-macam. Semoga hari ni terus ceria (macam aku yang gelak tak henti-henti dari tadi ni. Ni macam nak nanges je nih...).

Teruskan kerja anda hari ni dengan ceria!

Tuesday, January 26, 2010

Suci Hati

Semalam, ada gosip.

Seorang officer yang senior kat tempat aku ni menunjuk pandai dan menunjuk taring, kononnya dia tidak memperakukan ulasan yang diberikan dan menyebabkan orang-orang yang tidak bersalah dan melaksanakan kerja berasaskan Suci Hati ini kena pelangkong teruk dari pihak pengurusan atasan.

Apa kes????

Macam ni ke keje gomen, nak naik dengan menunjukkan kepandaian sendiri dan pada masa yang sama menjatuhkan orang lain. Aku tak kesah la kalau dia hebat sangat, tapi jatuh-menjatuhkan orang ni tak patut la. Kalau kau hebat sangat, nape tak jadi KeSeNe je??? Hmm... ntah la... sukati ko la nak jadi apa. Asalkan ko gembira. Tapi iangat aje la, ini hari ko kan. Nanti hari orang lain akan sampai juge.

Biar masa yang menentukan...

p/s: teringat pesan orang tua-tua, jangan buat buruk kat orang. nanti bila dah kena kat muka sendiri, masa tu orang dah tak pandang.

Semalam...

Semalam, seorang lagi big boss meninggalkan opis ini.

Ya, ini bermakna aku telah melambai pergi 3 orang big boss semenjak aku berada disini. Persoalannya????

BILA LAGI AKU NAK BERAMBUS DARI SINI??????????

Monday, January 25, 2010

Hari ini

"It is better to be a good nobody than an evil somebody"

Sunday, January 24, 2010

Al-Fatihah

Kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu sedikit sebanyak menyentuh hatiku.

Tahun 2001, Tuanku lah yang menghulurkan tauliah pelantikan aku sebagai seorang Pegawai Muda Angkatan Tentera Darat (Sukarela). Pada tahun itu, batch aku yang paling kena kutuk sebab tauliah bukan dianugerahkan oleh Yang DiPertuan Agong (seperti lazimnya). Tapi rasanya tauliah pada tahun 2001 itu la yang paling mencabar. Apa taknya, Tuanku Sultan tidak memeriksa barisan kami dengan menaiki kenderaan rasmi (seperti lazimnya) tetapi berjalan kaki dan memeriksa barisan dan pegawai satu-persatu.

Aku rasa pemeriksaan perbarisan itu la yang paling bersejarah sekali sebab ia mengambil masa yang paling lama. Dan kami juga la rasanya tauliah yang paling lama berdiri atas padang kawad sebab menunggu Tuanku Sultan tiba dan memeriksa barisan.

Saat yang paling gembira bila menerima sendiri tauliah pelantikan dari tangan Tuanku di atas pentas. Risau jugak kalau-kalau ada salah atau tersilap langkah. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Mendengar berita kemangkatan Tuanku Sultan sesuatu yang amat menyedihkan aku walaupun aku bukanlah orang negeri johor. Namun, bila mengenangkan bertuahnya aku menerima tauliah dari tangan Tuanku semasa tauliah dulu membuatkan aku turut berasa sedih.

Semoga roh Tuanku ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman...Amin.

Thursday, January 21, 2010

Tired

Semalam aku sungguh letih.

Balik sedikit awal dari opis, around 6.30 pm. Alhamdulillah traffic sangat membantu sebab tak banyak kereta sangat eventho ada beberapa kereta besar yang eksen sangat nak tunjuk terer dan tidak mempedulikan kereta ku yang ciput ini lantas menghimpit dan memotong sukahatimakneneknya. Apapun, perjalanan selamat dan aku sampai di rumah in 1 piece.

Sesampainya dirumah, rasa macam pening-pening kepala lak. actually masa driving tu pun dah pening-pening namun kuatkan semangat sebab nak sampai rumah cepat. Sampai rumah cepat-cepat solah maghrib and the GEDEBUSH!!!! landing baek punya atas katil walaupun masih berbaju opis. tak nyempat nak mandi.

Then tersedar dalam jam 9 pm, cepat-cepat mandi kononnya nak segarkan badan tetapinya tak berapa nyempat nak buat apa-apa, lepas pakai baju tu terus tido lagi... then 20 minit lepas tu bangun untuk makan then again, tido lagi...

this morning aku rasa letih, macam nak datang lambat je kat opis tapinya aku gagahkan diri jugak masuk bathroom and duduk bawah hot shower dalam 15 minit and alhamdulillah, kembali segar. maybe because over oversleep.

Pagi ini aku sudah ada di opis and my first task ialah untuk prepare report (yang tertunggak semalam) sebagai persediaan mesyuarat petang ini. Hari ini hari khamis, biar la semua kerja ku yang sepatutnya selesai hari ini, diselesaikan hari ini jugak...amin.

Wednesday, January 20, 2010

Out!

Pertama kali aku chair meeting yang ahli mesyuaratnya bengang dan nak keluar bilik mesyuarat.

Hehehe... pressure sangat ka? Kekadang kesian gak aku tengok mamat tu kena pressure, tapi nak buat macam mana. Dah keje dia jadi dia kena la buat. Bila tak buat, tu yang kena pressure banyak ngan orang tu.

Last-last, dia sendiri malu ngan tindakan dia nak keluar mesyuarat tu. Tu la, bertindak ikut emosi sangat. Masa ko kat 'atas' dulu ko tak pandang orang kat bawah. ko ingat orang gomen ni tak reti buat keje. orang kaye macam ko tu dah terer sangat sampai semua gomen prosedur ko anggap macam tak berguna sangat berbanding duit ko yang banyak tu. kang sekarang dah kena pressure ngan orang gomen yang gaji ciput ni. huh!!!

Apapun, aku sangat letih hari ini sebab banyak benda yang kena buat; report 4 meeting semalam, pas tu dengan berita assistant aku nak kena transfer, ngan cerita itu dan ini dalam opis membuatkan otak aku jadi letih. rasanya macam nak tido kejap ilangkan penat.

Hari ini, cepat la berakhir sebab aku dah penat!

Thursday, January 14, 2010

gedebush!!!

Ya, masalah sudah melanda.

Terasa berat je di bahu, di kepala dan di hotak. Tak tertanggung rasanya tetapi nak buat macam mana. Udah takdirnya macam itu. Nanti la aku cerita apa yang ngokngek dalam kepala hotak aku ni (kalau aku ada time). Buat masa ni, pendam rasa saja la nampaknya....

huhuhu...

p/s: entry di kala lapar.

Wednesday, January 13, 2010

7 tahun

7 tahun, genap hari ini.


Dah 7 tahun rupanya berada dalam perkhidmatan gomen ni. Masih lagi dalam proses belajar walaupun tanggungjawab semakin berat. semoga dipermudahkan Allah dalam segala urusan. Ntah la, masih lagi disini, di tempat ini. Teringin jugak merasa tempat lain, belajar benda baru. tapi takdirnya masih disini.


Bulan depan bakal menduduki exam. ntah la macam mana kaedahnya, bole lulus atau tidak. keje makin bertimbun. pada masa yang sama nak fokus pada exam pulak. kali ni tak tau macam mana nak pulunnya pulak ni. nak buat presentation lagi, nak itu dan ini. rimas kengkadang tapi itu la hakikatnya yang harus ditempuh.


7 tahun telah berlalu... semoga terus sukses.

Bersara

Semalam majlis Jasamu Dikenang untuk bos besar aku.

Aku tak pegi sebab banyak hal. Legally tak pegi sebab aku pi meeting kat Melaka. Illegally, sebab aku malas. Banyak faktor yang membuatkan aku malas. Biar la, function pun dah berlalu. Bos kata aku tak pegi sebab aku keciwa, sebab tidak dijemput untuk menyombang soara ku ini. Perlu ka????

Hari ini aku amat malas sekali, dengan kirija yang melambak-lambak ini. Huh! Dah la talian telefon aku belum sambung lagi ni. Banyak betol dugaan.

Hari ini aku mau balik awal, sebab jam biologi aku telah terganggu sejak beberapa hari ini. Ya, aku tido jam 10 malam, dan pas tu bangun jam 12 tengah malam dan tak dapat tido sehingga jam 2. dan aku asyik terbangun pepagi buta tanpa sebab. Ni mesti sebab tengok wayang 'Paranormal Activity', kan. Sejak bila jadi penakut ni aku pun tak tau.

Whatever it is, biar la kalau bole jam biologi aku kembali normal sebab aku tengah ngantok nihhhh!!!!!!

Chow dulu, aku mau kirija.

Sunday, January 10, 2010

Buruk perangai

Last week merupakan minggu yang teruk.

minggu ini pastinya lebih teruk dari itu. teruk dari segi bebanan kerja (kalau bos baru tu masuk esok, maknanya mungkin kurang sikit... ya ka????). ni yang buat aku bosan ni, esok ada lak orang yang mintak sign surat mintak sponsor. Apa kes????

ni mintak-mintak sponsor ni bukan la keje aku, ok. Alasannya sebab mesyuarat dah putuskan. So what? kenapa kalau mesyuarat putuskan? ada aku kesah? dah la mesyuarat tu aku tak tau (dan tak masuk). dan yang bersetuju pulak adalah orang lain, dan akhirnya aku yang kena sign surat tu.

Well, aku malas sebenarnya nak sign. nanti la aku cari alasan. dalam ati memang dah niat nak gaduh tapi aku cuba elak. kalau terpaksa then aku malatops la kot. ni orang-orang besar ni perlu diajar sebenarnya. bukan nak tambahkan duit, nak perabihkan duit ada la.

Huh! Malas aku nak layan. Oh ya, semalam pasal AJL 24. Well, Aizat lak yang menang sedangkan aku mengharapkan Yuna yang menjadi juara. Sebab? Sebab lagu Yuna je yang lain dari yang lain. Soothing je dengarnya. Lagu Aizat bagi aku menang sebab banyak perkara:

i. konsep 1 Malaysia (well... no komen)

ii. lagu dari Filem Talentime (consider tribute to the late Yasmin)

Vokal terbaik kepada Black? sebab bole tarik suara tinggi2 je ke? Hmm... kekadang bingit gak dengar dia nyanyi. vokal yang tinggi je ke bole dapat anugerah vokal terbaik? Ntah la... sukati korang la. kalau pandangan aku, vokal bole gi kat Faizal Tahir.

Apapun, decisions made. berpuas ati aje la dengan keputusan juri yang lebih arif. aku sekadar peminat dan penyokong industri hiburan ni je.

Anda tidak setuju dengan pandangan saya? sukati korang la. Apapun, aku rasa AJL 24 ni yang paling best sekali antara semua AJL. takde lagi lagu2 yang kurengs yang tak layak yang terpaksa masuk sebab kuota. harapnya konsep kekal untuk AJL seterusnya.

Ni aku kat opis dah ni, jap lagi bos nak panggil la tu. dan tak lupa gak pada orang yang datang nak anta surat mintak sponsor.

kejiiiiissssssssssssssss!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, January 8, 2010

End of first week

Bos balik awal.

Maknanya minggu ni abis sedikit awal dari biasa. Di luar hujan. Malas nak balik awal walaupun ada perancangan nak nonton wayang malam ni. Ni aku tengah layan lagu Yuna - After Midnight. Wish i have the ability to play guitar and sing (plus the beautiful voice).

Banyak sekali keje yang ada atas meja dan aku begitu malas sekali untuk melihatnya, apa lagi membuatnya. Ni tengah nak kemas-kemas barang ni (kejap lagi la...) sebab ati dh meronta-ronta untuk balik.

Fikiran tengah kacau. Banyak mende nak difikir tapi selesainya entah bila. Malas, nak fikir pun malas.

Sekarang aku malas nak sambung cerita...

Monday, January 4, 2010

1 dalam 2010

Entry pertama dalam tahun 2010.

Dah nak seminggu baru dapat masukkan entry. Ya, sibuk sangat terutama sekali bila baru balik dari bercuti di kampung halaman. Acara cuti 1 minggu dimanfaatkan dengan sebaiknya. Cuma plan untuk BBQ kat laman tak jadi sebab ramai adik beradik yang takde. Kerja. What do u expect? Di kawasan pedalaman ni, tahun baru atau bukan tahun baru, keadaannya sama. Cuma tarikh dan tahun je yang bertukar. Tak kerja maknanya takde gaji. Ko ingat bapak ko punya ladang???

OK, malas nak layan. Apapun, aku berjaya menghabiskan cuti kat rumah saja, tak jalan ke mana pun. Anak soleh, kata member sekolah aku. Hari ni dah masuk hari pertama kerja dalam tahun 2010 tetapi aku masih cuti lagi. nasib baik aku cuti sebab flight semalam delay pulak 1 jam. mau jam 11 malam aku sampai rumah malam semalam. hari ni banyak bende gak yang aku settlekan. pasal HP, no tel dan banyak lagi la. Cadangan nak tengok wayang dibatalkan sebab aku letih sangat ni. Esok mungkin malapetaka kat opis sebab hari ni ramai yang masih bercuti. Esok bermula episod huru hara kat opis. Lantak la...

Apa resolusi tahun 2010?

banyak benda yang nak dicapai tetapi masih dalam peringkat perancangan. Ntah, malas nak buat azam. nanti tak jadi, frust menonggeng lak. Tapi kali ini aku akan cuba sedaya upaya. Mungkin dulu tak cukup daya kot. Kali ini musti dapat gak.

Lagi???

Ntah la. cuma hidup semakin sukar, especially when u are 32, still single (and available) and goddamn busy (all the time).

Adios... aku mau rehat. Selamat malam dan semoga hari yang mendatang tetap menjanjikan kebahagiaan dan kerahmatan buat semua.