Friday, October 31, 2008

Pernahkah???

Pernahkah anda pegi ke meeting yang mana di akhir meeting itu anda terasa amat penat, walaupun masa meeting tu anda sebenarnya tidak berlari, berjalan dan sebagainya kecuali duduk dan bercakap saja???

Ya, itu la yang berlaku hari ni. Aku terasa amat penat lepas meeting pagi tadi, penat kepala hotak aku memikirkannya, memikirkan kenapa la meeting ni dibuat at the first place, then kenapa la orang yang datang meeting ni macam tak prepare, kenapa la meeting ni menyusahkan aku (sekarang dan akan datang), kenapa la orang yang datang meeting ni tak menyatakan pendapatnya dalam meeting-meeting yang lepas-lepas sehingga isu terpaksa diulang beberapa kali????

Kenapa???

Kenapa???

Kenapa???

Kenapa la korang nak nyusahkan aku nih?????

HUARGH!!!!!

Wednesday, October 29, 2008

Jamuan raya kat ofis

Hari ni gumbira sikit la lepas kesyahduan melanda kerana kisah Savvior beberapa hari yang lalu (tak abis lagi ke???). Gumbira la sebab hari ni ada jamuan raya yang dibuat oleh rakan ofis-ofis sekalian. Banyak jugak la makanan yang dibeli. Aku jugak turut 'menyumbangkan' jugak la apa-apa yang patut. Berikut merupakan makanan-makanan dan pemakan-pemakan yang memeriahkan majlis makan pada hari ini...

(makanan-makanan yang dimakan...sebahagian saja sebab time ambik gambar ni, sumer dah kenyang and dah berambus)

(saki baki pemakan [yang jelas menerangkan maksudnya] yang masih lagi ingin memeriahkan majlis makan walaupun majlis dah tamat setengah jam yang lalu...siap mau tapau lagi tu...waseh!!!!)


(kek Classic Cheese yang di'sponsor'...masih belum dipotong sebab semua dah kekenyangan. At least selamat juga kek ni. Esok for sure kena bedal)

Fuh! Alhamdulillah kenyang. Gumbira la sikit hari ni sebab banyak makan. Cuma yang tak gumbiranya bila aku terpaksa masuk keje hari ni sebab ada meeting yang kena di attend walhal aku sah-sah cuti hari ni. Keji!

Udah, aku nak sambung buat keje nih. Esok bos kata dia mau berambus meeting kat luar, so ada report yang musti dihantar SEGERA!
Iyo la....iyo la... nak buat la nih....

Tuesday, October 28, 2008

Kesan calar Savvior

Masih lagi mengenai Savvior. Petang ni baru aku mendapat peluang untuk ambik gambar kesan calar tu. Nampaknya Savvior jadi bintang hari ni sebab asyik kena tenung je sepanjang jalan. Of course la disebabkan calar tu. Ini dia gambar-gambar kesan calar balar tu...cit!!!

(kesan calar pada pintu belah kanan)

(kesan calar pada pintu belah kiri, ada 3 garis)

(lagi kecederaan sebelah kanan, satu garisan panjang)


(last sekali bonet depan. Kalau perati betul-betul, ada macam bentuk topi atau huruf D... hmmm???)

Aku malas la nak layan lama-lama. Biar la macam tu. Aku cadang nak tampal stiker je tapi atas nasihat kengkawan, tak jadi pulak. Sebab calar tu perlu ditutup sebelum air masuk. kalau tak, berkarat nanti. Iye, mana ongkosnya???

Apapun, Savvior berjaya membawa aku pulang dengan selamat petang ni dengan keadaannya yang macam tu. Ye la, aku tak berapa sihat hari ni. Lemah-lemah sikit. Sekarang ni kan musim sakit. Cuaca tak menentu. Badan aku terasa panas dan lemah-lemah, kepala sakit sikit, pandangan pun a bit kabur. Aku rasa nak tido awal kot malam ni. Esok kena pi keje sebab ada benda penting yang nak kena settle. Ntah larat atau tidak.

Tima kasih la pada kengkawan yang bagi sokongan moral. Aku tau la keter aku ni comei dan murah je, kat pasaran melambak-lambak sebab orang tak nak beli, tapi ini la harta pertama aku hasil titik peluh aku (berpeluh ke???) keje selama 6 tahun ni. Kete ni jugak la yang bawak aku jenjalan ujung minggu, sampai Teluk Batik, Port Dickson, Gunung Ledang dan lain-lain.

Malas nak sambung citer...Selamat malam...

Monday, October 27, 2008

Savvior kena calar!!!

Sah Savvior kena calar!

Demmit! Demmit! Demmit!
(dipinjam dari tragedi ketam kena hempap bontot gigantic Jijix).

Nampaknya hampir tercapai hajat nak tukar kaler Savvior nih kepada warna lain. Tapi bajet pulak yang menjadi halangan buat masa ni. Mungkin nanti la kot. tayar dah ok, member tolong tambah angin, sepertinya menambah angin aku gak ni. Tapi nak buat macam mana, dah nak jadi. Saper-saper yang buat tu, takpe la. Aku tak ampunkan dosa korang. May ouls kena calar in hell pulak....Keji!!!

Esok la aku upload kecederaan Savvior. Takde mood nih... Selamat malam.

Update dari KKIA

Aku baru sampai Kota Kinabalu International Airport, transit ke KLIA. Jam 5 karang baru boarding. Sekarang ni aku tengah ngap 1901, duduk jauh sikit dari pax lain sebab nak privasi. Nasib baik ada Celcom Broadband (yang hanya berfungi di kawasan bukan pedalaman).

(makan Texas Ted dan air oren je yang mampu...kos RM8.80)

Macam biasa, kalau pegi airport, tak sah kalau tak pi kedai perfume. Ni satu lagi perfume yang aku memang dah lama aim ni. Adventure (Davidoff). Sedap gak baunya. Lagipun takde perfume warna oren. Tadi ada limited edition untuk ParLeauKenzo Ice. Memang nak beli sebab bau dia memang fresh and icy sikit. Tapi nanti la dulu. Kalau ada rezeki, bole beli.

Aku dah nak boarding ni. Cuma ada berita buruk sikit tadi. Savvior kena calar teruk. kalau ikut bukan budak yang buat sebab calarnya sampai nampak cat putih. 3 tayar kena pancit. Entah makhluk mana pulak yang sakit ati dengan aku ni. Macam biasa, aku takde la nak marah-marah. Nak buat macam mana, dah nak kena. Terpaksa la aku terima dengan redha. Nak kena cat baru kot si Savior ni.

Masalahnya, berapa lagi kau nak makan duit ni?????

Redha dalam ketensionan....

Sunday, October 26, 2008

Update dari kampung

Aku rasa aku nak update la blog yang lama sangat tak ber’update’ ni. (Lama ke 5 hari???). Bukan tak nak update, bole kalau nak. Tapi tau la line kat kawasan pedalaman ni memang tak berapanya nak bagus. Lembap. Tambahan pulak bila ujan. Aku rasa lebat lagi cucuran airmata aku menunggu line internet dari cucuran ujan yang lebat tu. Tapi takpa la, aku gagahkan jugak kesabaran menunggu line yang lembap ni untuk download apa-apa yang patut.

Perjalanan aku balik kampung tidaklah hanya bercuti tetapi diserikan lagi dengan meeting dan lawatan tapak projek. Dari Tawau ke Sandakan and balik ke Tawau semula naik kereta. Drive saja dah 5 jam. Jadi korang dapat la imagine how hectic the journey is. Tapi akhirnya dapat la jugak aku melaksanakan tugas-tugas yang patut aku buat dengan jayanya. Yey!!!

Pada 23 hari tu, adik aku dah selamat melahirkan anaknya yang ke-2. Lelaki. Tak bagi nama lagi rasanya. Apa payah bebenor nak bagi nama. Susah-susah panggil Boboi je. Wakakaka... Jadik kiranya aku mengambil masa yang tepat jugak la balik kampung. Berat bayi 3.75 kg. Nanti la kalau dah bole ambik gambar aku upload kan kat sini.

Semalam pulak mak aku ada buat makan-makan sikit. Panggil sedara mara yang dekat je makan malam kat umah. Jadik ramaila jugak orang kat umah aku semalam. Nasib baik uncle nya ada PSP. Jadi budak-budak tu takde la nak jadi macam kambing lepas kandang kat umah tu, walaupun tidak dinafikan ada jugak yang berperangai tak seberapa nak menyerupai orang. Hari ni aku plan nak lawat makcik-makcik dan sedara-sedara belah mak. Yang belah ayah jauh pulak. Jadi aku nak bersiap-siap ni.

Chow dulu...

Wednesday, October 22, 2008

Cuti

Aku mengambil keputusan untuk pulang bercuti, walaupun dalam tempoh ni memang banyak keje. Nak buat macam mana, aku dah janji dengan my parents yang aku akan balik dalam tempoh raya ni. Takkan balik bulan depan time raya deepavali. Mana-mana keje yang tak siap tu aku angkut bawak balik umah. Nak buat kat sini dan e-mel je nanti. Kang di kata aku ni tak bertanggungjawab la, apa la. Biasa la.

Sekarang ni aku masih kat airport lagi. Sebelum memasuki kawasan pedalaman, baik la aku update apa yang patut dulu. Nanti 1 minggu baru dapat update lagi kalau tak kuar mana-mana. Flight dari KLIA ke Kota Kinabalu agak ok, walaupun banyak gegar-gegar yang tak berundang sebab cuaca kurang baik. Flight dari Kota Kinabalu ke tawau pulak lagi worst. Aku dapat rasa kapal gterbang tu dok mengelak awan 4-5 kali. kejap naik, kejap turun, kejap ke kiri, kanan. Pas tu gegar-gegar lagi. takut gak aku. tapi alhamdulillah, selamat jugak tiba.

Perkara pertama yang aku buat ialah makan. Dari pagi tadi tak makan nasik. Lagipun kat sini walaupun makan kat airport, murah jugak la compare dengan KLIA atau KKIA. Tengah tunggu my cousin datang jemput. So, aku chow dulu. Malam karang baru cerita lagi, kalau ada line.

Wasalam...

Monday, October 20, 2008

Chrome Legend - Azzaro

Hari ni aku hantar member kat KLIA. Dia nak balik Sabah. Dah menjadi lumrah sekiranya ke KLIA tempat yang harus dikunjungi ialah kedai perfume. Dah lama aku aim perfume satu ni. Tak tau pulak ia datang dalam 3 isipadu. Memandangkan banyak lagi perfume kat umah, aku ambik yang paling kecik. Baunya boleh tahan, sedikit kuat dari Unforgivable (Sean John) tetapi kurang sedikit dari Beyond Paradise (Estee Lauder).

(Chrome Legend by Azzaro)

Yang ni takde free gift, aku pun malas nak mintak. Tapi dia ada bagi gak tester yang kecik, bau yang sama since aku regular customer. Aku rasa penghujung tahun ni mesti banyak perfume yang tengah sale, dan bagi free gift banyak-banyak. Yang ni tak pe la. Beli dulu sebab tak sabar nak pakai. Hehehe...

Bagi siapa yang suka aktiviti di luar, perfume ni sesuai dengan anda sebab baunya agak kuat. Fresh, fruity, woody dan ambery merupakan gabungan bau dalam Chrome Legend.

Selamat membeli...

Pagi ini

Selamat pagi semua. Walaupun korang baca ni time dah jam 9 malam ka, apa ka, lantak korang la. Yang penting pagi ini banyak perkara yang perlu disentuh:

(i) meeting ayam hari ni yang menjadi pencetus sama ada yang hadir tu bebal atau tak bebal. Dan hari jugak la penentu sama ada aku kekal dalam department ini atau diberambusin dari sini (hahaha...suke);

(ii) pegawai yang abis belajar tu baru masuk keje hari ni. So, beban menanggung tugasnya dah selesai. Suke jugak;

(iii) hari ni GAJI!!! Lagi suke; dan

(iv) melambak keje yang perlu di settel kan sebelum aku mula bercuti dan berkursus (ni yang paling tak suke).

OK la viewers sekalian, meh le kite pi keje...Wacha!!!!

Sunday, October 19, 2008

Kisah semalam

Semalam aku terasa amat boring. Boring yang amat. Nak buat keje ofis memang la lagi malas. Jadi petang tu aku sms Mona (gewe kawe) and ajak dia pi makan-makan. Dah lama dah kitorang tak pi makan sama-sama. So, aku drive Savvior ke Nilai. kitorang makan kat Giant Nilai. Aku makan nasik goreng kampung (chicken) dan Mona lak roti cicah kari ayam (resepi apa tu?). Lepas maghrib aku hantar dia pulang sebab malam karang dia nak pi umah adik dia kat Klang.

Balik umah, aku layan DVD citer Susuk yang aku beli masa kat Giant tadi.

Tapi biasa la, citer melayu. Apa yang boleh di expect dari citer macam tu. Cuma since aku minat dengan Ida Nerina, aku layan jugak la citer tu (masih ingat lagi cerita Layar Lara...Best!). Pelakon-pelakon tempelan pun boleh tahan jugak. Tapi yang boring jalan ceritanya, and of course 'hantu'nya. Aku rasa tukang touch up kat Malaysia ni pi la belajar make-up yang best-best sikit terutamanya untuk filem seram. Aku tengok muka Ida Nerina jadi hantu macam muka Mak Ayam je. Yang paling geli hati tu bila time dia nak membunuh tu ada pulak ayam-ayam berterbangan. So, sah la jadi mak hayam.

Malas la aku nak buat review citer ni. Jadi, kalau sesaper yang berminat nak pinjam, habaq la. Tengok sekali je dah buhsan. Tapi kena simpan gak la, tak leh buang since dah beli yang ori. Siap ada lambang KPDNHEP. Gitix, i know you will like it coz aku sokong industri perfileman negara yang semakin malap ni. Takde ke cerita best kat Malaysia ni???


Then, aku tertidur masa tengok Australia's Next Top Model...

Friday, October 17, 2008

Sambutan raya PPTD

Malam ni adalah majlis sambutan raya PPTD yang dibuat kat Rumah Kelab. Apa itu PPTD? PPTD adalah singkatan kepada Pi Pi Ti Doq, menurut seorang ahli sarjana. Whatever lah!

Member-member asyik sms, call dan e-mel tanya aku pi ke tak, sebab aku adalah ahli makan yang selalu muncul tatkala ada majlis makan-makan. Tahun ni, aku malas nak pi. Bukan sebab apa, sebab malas nak drive ke sana. Lagipun dah lambat. Nanti terpaksa aku parking kereta di bawah bukit tu, menapak naik bukit ke rumah kelab PPTD. Then, balik nanti aku turun bukit pulak yang menyebabkan aku lapar semula and terpaksa berenti untuk makan sekali, and terpaksa drive jauh pulak untuk pulang ke rumah. Jadi, tak payah la jawabnya.

Yang best makan kat majlis tu ialah sate, kambing panggang, dan macam-macam lagi la. Last year aku bawak awek aku pi sekali. Tapi masa tu ujan lebat. Tadi pun sebenarnya ujan lebat kat KL, salah satu sebab kenapa aku malas nak pi. Kang kena meredah ujan lak nak naik bukit tu.

Last-last, aku terima sms dari seorang member yang jugak membatalkan hajatnya ke rumah PPTD dan mengajak aku makan kat Restoran Saba' Cyberjaya. Restoran yang menyediakan makanan arab. Memandangkan aku dah bedal macam-macam kat kursus petang tadi, aku cuma makan chicken sandwich. Chicken sandwich??? Sungguh tidak percaya!!!

Makanan dia not bad, nasib baik ada cili and sos cili. Kalau masa makan kat Dubai dan Iran dulu memang tak berapa lazat la sebab takde pencili dan pemedas rasa. Ni berselera sikit sebab ada rasa pedas sedikit. Member aku belanja makan since business dia dah bertambah kukuh. Alhamdulillah, semoga rezeki terus dimurahkan.

Aku nak layan DVD Incredible Hulk dan Ironman dulu then sambung blogging lagi.

Chow...

Trafik hari ini

Macam biasa, korang mesti nak tau cerita rakyat Malaysia memandu hari Jumaat macam mana. Ya, macam biasa. Semua nak cari keberkatan meninggal hari Jumaat dengan harapan masuk syurga. Jadi, aku macam malas nak tulis kat blog ni. Cukup la dengan sumpah seranah dan caci maki aku dalam kereta tadi. The rest, biar la rakyat Malaysia lain yang tentukan.

Aku pun dah malas nak menuliskan semua perangai terlebih baik pemandu Malaysia ni. Baik aku start to accept semua tu. Tak membawak pekdah memikirkannya.

Cuma kepada yang belum sedar-sedar lagi tu, cepat-cepat la sedar diri. Kalau bukan orang lain yang jadi mangsa di jalan raya disebabkan kita, mungkin kita pulak yang jadi mangsa seterusnya.

Thursday, October 16, 2008

Tak tau nak cakap apa

Hari ni memang busy gila. Tapi aku masih ada peluang untuk pegi jumpa kawan-kawan, sembang-sembang sikit. Ye la, dah nak ujung minggu. Tambah-tambah pulak ujan. So, dah start dah hari bermalas-malasan.

Bukan la takde keje aku nih. Memang banyak paper yang kena buat tapi macam sedikit fed up. Cepat la officer baru tu masuk ambik balik keje-keje dia nih. Aku dah tak larat dah nak tanggung keje-keje yang macam hampeh banyak nya itu. Kelulusan elaun menanggung keje pun tak tau dapat ke tak. Dah sebulan lebih, takde pulak jawapan dari Admin.

Well...admin...Bahagian yang paling banyak keje sekali kat department aku. Orang lain semua takde keje. Dia je ade keje.

Takpe, lantak la dorang. Cumanya, takde cerita menarik yang nak dikongsi melainkan kerja, kerja dan kerja lagi. Cuma terhibur sikit bila Gitix telefon. Ada jugak kawan-kawan yang boleh di ajak gelak-gelak nih. The moment aku letak gagang, keje ofis pun bermula.

Buhsan betul!!!

Next week aku akan ada meeting yang banyak. Harap tidak mengganggu proses apply cuti aku tu. The the following week aku ada kursus 2 minggu. Maksudnya, 3 minggu aku takkan masuk ofis. Larat ka nak kejar balik benda-benda yang tertinggal nanti?

Ntah, biarlah. Saat ini aku dah mula ngantuk. kalau ada cerita menarik nanti dikongsi bersama ya.

Selamat malam.

Highway

Semalam hujan lebat. lebat sampai aku terpaksa bawa selaju 40km/jam. Siput sangat pulak kan. Tapi takpa, sebab aku selamat tiba kat umah. Malam tadi ngadap NB (notebook), nak masukkan entry tapi macam tak berapa best. So, aku just layan cd The Fabulous Cats yang aku baru beli tu. Then i realise that this one song yang aku tersuka pulak. Cebisan lirik lagu dah masukkan dalam entry yang lepas. Cuma yang aku tak berapa puas ati kat album ni sebab takde lirik. Terpaksa la aku menghabiskan masa untuk mendengar lirik lagu ni and taip balik. I'm sure dalam web dorang mana-mana, atau sapa-sapa yang terover rajin macam aku ni akan publish lirik tu. But, aku terlalu malas nak cari.

Pagi ini on the way ke ofis, kabus menyelubungi highway. Macam nak pi genting lak rasanya, atau lalu kat area Ranau di Sabah masa dekat dengan kaki Gunung Kinabalu. I miss home. Semalam i call mummy, actually itu pun setelah dapat sms dari mummy yang tanya "bila balik?". Then i realise yang aku dah promise nak balik minggu ni. Terpaksa la aku bagitau aku balik minggu depan. Ye la, dengan meeting melambak-lambak ni, aku terpaksa jugak sacrifice sikit. Tambahan pulak, adalah lebih baik balik lepas dapat gaji. Hehehe.

Borang cuti dah hantar 2 hari lepas. Harap bos bagi, memang kena bagi la sebab aku keje masa raya hari tu. Tunggu keputusan la jawabnya. Ok, enuff with sad moments, ni gambar kabus-kabus yang diambik kat highway tadi. Risk my life just to get this special moments. (Ingat ini National; Geographic ka???)...





Wednesday, October 15, 2008

Lepaskan

Lepaskanlah
Dari tersiksa
Biarlah bebas janganlah merana
Masih dirimu kasih dirindu
cobalah coba
sayanglah sayang
cuma kita tiada
...

(petikan lagu Lepaskan dari Album Hiperkosmik-the Fabulous Cats)

Tuesday, October 14, 2008

The Fabulous Cats - hyperkosmik


Sekarang tengah layan album The Fabulous Cats - Hyperkosmik. Album baru dari mereka. Terlalu awal untuk aku memberikan komen terhadap album baru ini. Tapi yang jelas sekali, album ini berbeza daripada yang terdahulu.

Lagu ini dimulakan dengan lagu rancak, dan lagu rancak lagi...yang bagi aku sesuai didengar bila memandu jauh (sure tak bosan pulak). Ada satu lagu yang ditujukan buat anak Cat Farish, satu percubaan yang baik. Ingat komen album Titi DJ dalam entry yang lepas? Cat membuat kaedah yang sama, memasukkan elemen keluarga dalam album. Uniknya bila lagu ini merupakan nyanyian bersama antara Cat dengan ahli kumpulan yang lain, harmoni irama, lagu memberikan jiwa kepada lagu ini. Tergambar kegembiraan pada lagu ini. Cuma, aku lebih suka kalau tajuk lagu ini ialah Nia Karlyssa daripada Wayang Chentaku Bermula.

Secara amnya, album ini lebih baik dari yang dulu. Cuma album ini rasanya kurang 'kontroversi' seperti yang dihidangkan dalam Papa Jahat. Lagu ini kurang meruntunkan jiwa sepertimana yang dialunkan dalam Rimas. Kurang mempersona seperti dalam Terpesona.

Tapi, dalam album ini, ada sesuatu yang tidak mahu aku LEPASKAN. Iramanya membuat hati ingin menyanyi OLA OLE. LEPAS segala resah dijiwa... (Lepaskan, Ola Ole dan Lepas merupakan antara 3 lagu dalam album ini).

Keseluruhan album baik. Bagi aku, ia layak menerima 3.5 dari 5 bintang. Masih ada 'ruang kosong' dalam album ini yang perlu diisi. Mungkin bintang itu akan naik dalam tempoh 1-2 minggu ini. Entah...mungkin.

Lawati www.myspace.com/thefabulouscats atau thefabulouscats.blogspot.com untuk mengetahui perkembangan lebih album ini.
Enjoy...

Mick sakit

Semalam Mick sms aku. Adik aku la yang pompuan tu. Dia kata dia sakit perut dah 5 hari, dah tahan dah. Aku kata pi hospital, dia kata tunggu kalau takde halangan baru dia nak pi hospital. Harus la aku mengamuk time tu.

This morning dia sms aku. Katanya dah pi klinik. Dia kena suntik, doktor bagi ubat buang toksin, antibiotik, ubat cirit-birit and ubat sakit perut. Doktor bagi sekali garam dehidrasi.

Aku baru call dia tadi. Suaranya memang lemah sikit. Tanya sama ada dia keje esok, dia kata ya. Aku dah pesan, kalau tak larat tak payah la keje dulu. Doktor kata banyak toksik dalam badan dia. So aku dah pesan minum air banyak-banyak. Tak nak ganggu dia lama-lama dalam fon sebab dia nak rehat. Baru je makan ubat, so aku letak gagang.

Aku risau betul kalau adik aku sorang ni sakit. Apa lagi bila teringat yang dia ada masalah ginjal. Bila dia kata doktor kata badan dia banyak toksik, aku terfikir pasal masalah ginjal dia tu. Mungkin ka disebabkan itu? Mulai hari ini, aku kena call dia pagi dan petang. Malam kena call jugak, kena pastikan dia dah makan, dan makan ubat sekali. Praktikal dia tinggal 1 bulan. harap takda apa yang berlaku dan dia kembali sihat dengan cepat.

Ya Allah, lindungilah adik aku yang seorang tu. Berilah dia kesihatan dan kekuatan....Amin.

Monday, October 13, 2008

He's back

Sorang officer lama yang pi buat Master dah balik. Leganya aku sebab dia akan duduk kat department yang aku tengah cover nih. So, bole la aku concentrate kat keje aku yang sememangnya dah melambak-lambak ni. Tapi dia kata dia nak ambik cuti 1 minggu. Haiyo...mati la kalo macam ni. Ape pun, aku dah terasa beban aku dah kurang sikit berbanding dulu.

Ala, selama ni pun assistant2 yang ada yang buat keje. Aku nolong je. Cumanya nak tau sangat-sangat ni :

DAPAT KE ELAUN MENANGGUNG KEJE HARI TU???

Memandangkan admin ofis aku ni lambat nak mampus, macam tak merasa la tak dapat elaun tanggung keje...*** lari....

Sunday, October 12, 2008

Exotic seafood vs exotic dance

Perbincangan dalam blog Gitix adalah menjurus kepada exotic seafood. Makanan. Something you can enjoy. Tetapinya perbincangan telah melarat kepada exotic dance. This one you cant eat but can still enjoy. One of the ahli korum perbincangan telah membuat kenyataan terbuka yang dia bukan sahaja enjoy the exotic dance tetapi jugak koreografer (betul ke aku eja ni, macam ejaan korea + oreo + giraffe je).

Bila baca kenyataan dia, aku gelak dulu. But then, aku teringat masa kursus DPA tahun 2003. He was one of the ahli tarian 'exotic' masa tu. Tak percaya??? Ini buktinya... (Eriq, u yang pakai baju ungu tu, kan). Mengaku cepat!!!

(gambar tidak memuaskan kerana kamera tidak canggih)


Gitix, i know you are also one of them. Yang mana? Siapa lagi kalau bukan yang kicik-kicik dengan bergambar kepala senget, dont forget the trademark : gigantic bontot. So, Eriq, aku percaya kalau ko kata ko bukan sahaja enjoy the dance tetapi jugak mengajar.

Bravo!!!

Unforgiveable Beyond Paradise

Semalam aku pi jenjalan @ Mahkota Parade Melaka. Saja jenjalan jauh sikit since selalu sangat jalan kat Seremban. Dah lama gak aku tak pi Melaka, especially Mahkota Parade ni. Since time is very limited, aku rush ke seluruh pelosok kompleks tu cari game PSP. Hampeh! Sama ada aku tak jumpa atau tak ada, aku tak tau. Hampa dan hampeh!!!

Then, untuk menyejukkan hati, aku pi la kat kedai perfume. Banyak sebenarnya perfume yang aku nak beli ni, especially yang baru release; i.e. Exceptionel (Mont Blanc), 1 Million (Paco Rabanne), Azarro (Chrome) dan lain-lain.

Seperti kebiasaannya, aku tanya dulu apa yang akan aku dapat kalau beli perfume tu especially bila beli yang small size (bigger size normally comes with complementary gift). So, nyonya (i dont dare to call her miss, aunty, or ah moi or even sister...yuks!!!). So, nama gelarannya petang itu ialah "Excuseme".

"Excuseme, kalau i beli ini 1 Million, apa free gift?"

"I kasi u pouch bag la (brand Zegna)".

"Kalau i beli Mont Blanc pulak?"

"Pun sama jugak."

OK. So, pouch bag saja. Yang aku dah melambak-lambak ada kat umah disebabkan perfume yang dulu-dulu pun bagi benda yang sama. So, i jalan-jalan dulu ya, my excuse tu Excuseme.

Then aku singgah la di banyak-banyak booth yang ada tu. Davidoff (Adventure) yang aku memang nak beli tapi macam that can wait. Polo (Explorer) pun macam boleh wait since banyak lagi aku tengok kat pasaran and orang pun berebut-rebut nak beli. So, aku pusing-pusing la. Pi Dior (Farenheit) smells ok la. Then, pi CK (In2U Pop - Limited edition) pun ok jugak. Tapi, aku dah ada brand tu jadiknya cari brand lain la.

Then, i saw Sean John (Unforgivable). Botolnya cantik, simple dan berwarna hitam. Harumannya pun tak la strong sangat. Dan paling best, dapat free Sailor bag (actually beg to brand Tommy tapi pedulik hapa, kan). So, aku sambar satu la.



Then, aku pusing-pusing la lagi. Cari 1 perfume yang memang aku punya favorite sejak dari dulu, Beyond Paradise dari Estee Lauder. Yang sedia ada nak habis, so since this perfume pun dah lama kat pasaran, mungkin akan stop production sebab Estee ni kan jenama pompuan. Jadiknya mungkin diorang tak kan produce lagi masa akan datang. So, i grab one. The best part is, dia bagi aku beg jugak as free gift. Biarpun bag tu untuk ladies, aku ambik jugak. Rugi kalau tak ambik. Lagipun jenama beg tu Estee Lauder jugak. Yes people, it's the brand we're talking here.


Sembang-sembang dengan minah kedai tu nak dapatkan extra gift (melampau la ni). Kalau bole, aku nak miniature. Tapi dia kata dia takdak stok banyak untuk miniature. (kedekut la tu). But dia bagi gak la miniature DKNY (Be Delicious) since persembangan yang begitu mesra tadi. So, dapat la 2 perfume + 2 beg + 1 miniature. Those bags are will be a perfect gift for my mom and my dad (only the bag).

Cuma aku nak mintak la tolong kengkawan ni, kalau tau tempat-tempat yang ada promo perfume dengan gift yang melampau-lampau banyaknya, bagi la tau. Pernah sekali aku pi beli perfume kat KLCC jenama Tommy Summer (Limited edition), dia bagi 1 travel bag, 1 pouch, 1 shower gel dan 1 body spray. Sape yang tak nak, kan. So, please habaq kat che' kalau ada, ya.

Lagi 1, aku tengah cari perfume CK (Crave) yang sekarang ni dah takde kat pasaran do no for what reason. The perfume was released way back in 2002. Feature nya white transparent plastic bottle dengan tulisan warna oren. Kalau ada sesapa terjumpa kat kedai mana-mana, please habaq. Pastikan yang ori. Nak beli yang tu gak.

So, pada sesapa yang mempunyai minat yang sama macam aku, sebelum beli perfume, tanya la apa gift yang dia nak bagi. Lagi best kalau beli masa promo limited edition, beli masa hari terakhir dorang buat promo. Biasanya promoter tu keje part time je. So, dorang tak kesah bagi gift banyak-banyak masa last day promo sebab dorang dapat komisen jual perfume, bukan bagi gift. Since gift bukan barang dorang (only as tools nak tarik pelanggan), jadi they dont mind bagi macam-macam.

So, itu tips of the day. Selamat mencuba!!! (Is this rancangan memasak???? Konfius sendiri).

Saturday, October 11, 2008

Semoga dicucuri rahmat

Pagi ni aku terima sms dari Mick yang akak sedara a.k.a Aunty Norliza (bini kepada Uncle Donald) meninggal dunia disebabkan strok. The moment aku terima sms tu, aku call mummy. Mummy kata dia tau dah. In fact, mummy yang jaga dia semasa kat hospital hari tu. Tapi memang tak dapat diselamatkan lagi sebab urat darah di bahagian kepala dah pecah. Sebelum tu, urat mata yang pecah. Sebab musabab, darah tinggi.

According to mummy, darah Aunty dah cecah 300++. Tambah mummy lagi, doktor memang bagi dia makan ubat, every month supply. Tapi dia tak makan ubat tu. Dia simpan sampai la dua hari lepas dia terjatuh lepas mandi subuh.

Yesterday aku terima call dari Kak Norizan (kakak dia) yang mintak nombor telefon Elly, anak Aunty Norliza and inform the daughter supaya balik kampung pasal mak dia sakit. Unfortunately, aku takde nombor dorang semua. Tapi masa call mummy tadi, mummy kata semua anak Aunty ada di rumah masa dia sakit.

So, itulah cerita hari ini. Aku pun bukannya rapat sangat dengan Aunty Norliza ni sebab dia keje jauh. Uncle Donald pun bukannya selalu ada kat area kampung. Aku lagi la pulak yang memang kat Semenanjung ni. Setahun sekali jumpa pun payah. Tapi, aku rasa kena buat beberapa perkara kot bila benda-benda macam ni berlaku:

(i) simpan nombor telefon sedara-sedara terdekat kita. mana la tau kalau-kalau makcik pakcik yang mintak tolong call orang tu, orang ni. Boleh gak kita bantu tolong call kan;

(ii) jangan terlalu kerap tukar nombor telefon. Aku bukannya takde nombor telefon Elly, nombor telefon abang dia aku ada. Tapi biasa la, selalu tukar-tukar, kononnya nak dapatkan nombor cantik. Last-last, orang nak contact susah pulak;

(iii) makan ubat bila doktor suruh, jangan simpan buat pekasam atau perhiasan. Memang la kalau nak meninggal tu, akan meninggal jugak. Tapi selagi ada daya dan usaha nak elak, kita masih boleh berusaha, kan;

(iv) ketahui simptom penyakit-penyakit yang anda hidapi (jika anda menghidap penyakit tertentu). Kalau anda ada high blood, duduk seketika bila terasa pening. Dikhuatiri terjatuh dan boleh menyebabkan strok. Simptom adalah warning awal, jadi ambik tindakan segera sebelum terlambat; dan

(v) yang paling penting, jaga kesihatan. Aku ni memang dah kena high blood jugak. Tapi dalam peringkat mild. Doktor bagi ubat hari tu pun aku tak makan sebab kalau masih peringkat mild ni, jangan biasakan sangat makan ubat. Jadi aku tak makan ubat la sebab aku tak nak terbiasa makan ubat, bukan sebab degil tak nak makan ubat. Yang penting jaga makan dan kesihatan. So, kena start joging.

Kali terakhir aku berjumpa dengan Aunty ialah 2 tahun lepas. Apapun, semoga roh Aunty dicucuri rahmat.

Al-Fatihah...

Friday, October 10, 2008

Aku tak paham!!!

Memandu di pagi Jumaat ni memang mencabar minda dan iman. Ye la, hari ni la kalau nak tengok rakyat Malaysia memandu macam hari ni je last day dorang nak memandu. Dah hajat nak mampos hari Jumaat kot, ambik berkat la katakan.

Dan pada kebiasaannya jugak ,pagi Jumaat ni la yang aku gunakan nak melepaskan kegeraman dan kemarahan dan banyak lagi ke-an yang keji-keji belaka.

KENAPA RAKYAT MALAYSIA MEMANDU MACAM S*AL????

Ok la, pagi ni memang aku geram sangat dengan pemandu-pemandu yang memandu macam s*al, anj*ng, b*bi, b*ruk dan yang seangkatan dengannya. Aduh, kalau aku jadi puasa hari ni, dah kurus melidi la pahala aku. Sebelum korang mengutuk aku pulak sebab aku mencarut pagi ni, mari aku bagi situasi yang aku alami dari awal perjalanan dari rumah sampai ke ofis:

(i) Situasi 1 : Akak kereta merah yang tak toleh kiri kanan terus memasuki jalan dengan harapan orang bagi dia jalan dulu sebab dia ada intension nak masuk jalan tu (akak, ur intension menyebabkan orang tension!!!). Jadi aku terpaksalah horn kereta dia (not horny, ok). Akak tu pun tunduk malu, tersipu-sipu konon. Kalau ko terjunam dalam parit sebab ko asyik tunduk malu je lagi elok. BARU NAK MALU PULAK, BUAT SALAH TAK MALU PULAK!!!

(ii) Situasi 2 : Mamat Cina yang bawak kereta Satria laju gila b*bi. Time tu kereta aku dah pecut 120km/j and still increasing sebab nak potong kereta sebelah yang bawak slow macam nak mampos. First aku tengok kereta Satria tu dalam 500 meter lagi kat belakang aku, so sempat la aku nak overtake mamat depan aku ni. Kelipan mata kali kedua menunjukkan dia ada kat belakang aku dah, siap nyalakan lampu lagi suruh aku ke tepi. Ewah! Ewah! Ko ingat ko sorang je nak pakai jalan tu? Jadi aku dengan tidak rela hati terpaksa memecut Savvior aku yang kecik molek tu sampai hampir 140km/j. (Kalau kena saman, aku tuntut kat mamat Cina tu kat Akhirat nanti. Oh ya, at that time, dia dah masuk neraka kot kalau tak beriman). Tapi alhamdulillah, Savvior saves the day dengan tak mengalami apa-apa kecederaan sama ada tercabut tayar atau stereng. TAPI PLEASE, KALAU SUDA TERER NAK RACING, MASUK F1 LA!!!!

(iii) Situasi 3 : Akak yang membawak 60km/j di lane tengah, sambil ketawa-ketawa dengan jantan kat sebelah dia tu, dengan harapan kegembiraan dia dikongsi bersama dengan pemandu-pemandu lain yang sedang berbaris sebanyak at least 50 buah kereta kat belakang dia tu. Nak overtake tak leh sebab lori pun panjang berjela kat lane kiri and kat lane kanan pulak orang buat racing F1. Yo Bitch!!! Kalau 'game' ko malam tadi tak abis lagi, stay at home and do your part (or private part). Who cares!!! TAPI, JANGAN BIAR ORANG LAIN TAK GEMBIRA DISEBABKAN KO GEMBIRA, NYET!!!!

(iv) Situasi 4 : Akak yang tengah mencapai sesuatu kat seat kiri dia, memandu dengan sebelah tangan dan bawak 90km/j di jalan yang bengkang-bengkok. Kereta dia pun dan kejap ke kiri, kejap ke kanan, ke kiri lagi, kanan dengan harapan semua orang memahami masalah dia dalam kereta tu. Akak, kalau ye pun, parking la dulu kat tepi tu. Kalau ye pun your fake eyelashes terjatuh, TUNGGU LA SAMPAI OFIS DULU BARU CARIK!!!!

(v) Situasi 5 : A motorcyclist yang tengah sembang kat henfon and bawak slow-slow, berada pada tengah-tengah jalan, dengan harapan orang memahami yang dia sedang bersembang dan potong la kalau suka. Masalahnya, lane tu cuma satu je, macam mana nak potong dengan kereta kat sebelah lane yang memang berbaris panjang gak. BERENTI LA KAT TEPI KALAU NAK SEMBANG!!!!

(vi) Situasi 6 : Akak sorang ni pulak tak bagi signal nak masuk lane kiri, mungkin dia dah kudung agaknya (baik sangka). Meluru terus dari lane kanan ke kiri dalam setengah kelip mata. Tup! Tup! Dah ada depan aku. Ok la, aku terpaksa terima kenyataan yang dia dah ada depan aku. Kelipan mata yang kedua menunjukkan akak tu dah masuk ke lane ke-empat pulak (as usual tak signal sebab dia memang kudung kot). Orang kat belakang dia tu brek mengejut beberapa kali. Kalau ada yang heart attack, dah mampos dek akak tu. AKAK, LAIN KALI FIKIR DULU NAK PI MANA SEBELUM TUKAR POSISI!!!

Huh!!! Lega akhirnya. Bagi aku, aku tak kesah la kalau korang nak mati cepat kat jalan raya sebab statistik OPS SIKAP semalam dah turun, kan. Lagipun, hari ni hari Jumaat yang berkat. Kot-kot la kalau mati terus masuk syurga (kalau la masuk kan. Tapi dengan perangai macam tu, boleh ke???).

Kecoh pagi ni. Ilang mood nak buat keje. Nak minum jap sebelum mulakan keje pagi ini...Chow!!!

Tuesday, October 7, 2008

Putrajaya yang suram

Dalam jam 1.00 tengahari tadi, hujan lebat kat Putrajaya. Suram je keadaannya. Aku dan member Kelab Ponti pi beli lunch kat Taman Warisan Pertanian. Konon nak eat-in, memandangkan ujan tak berhenti-henti tetapi makin lebat, jadi kitorang decided to tapau saja and makan kat ofis. Sempat jugak membeli otak-otak untuk dijamu kepada empunya bilik yang akan ditumpang untuk makan (memandangkan dijangka ketibaan akan mengalami sedikit kelewatan di pejabat).

Lepas makan tadi, menjenguk la ke luar ofis. Dalam keadaan yang syahdu itu, terlihat la tasik Putrajaya yang lagaknya kini macam bukan tasik. Macam ta*k pulak. Lihat la sendiri:



Dari kejauhan itu pun, dah nampak tasik tu macam kolam kumbahan, atau air milo, atau teh basi, atau apa-apa yang basi la. Sayang tasik secantik itu dah jadi macam tu. Worst when it rains. Adakah disebabkan salah planning?

Apapun, something must be done to ensure yang tasik tu tetap cantik. Cumanya dari mana datangnya tanah, pasir, selut tu semua? Hari tu aku tengok dorang dah dredge. Tapi masih lagi ada tanah yang memenuhi tasik. Bukannya apa, takut pulak tanah-tanah tu semua datang dari foundation ALamanda yang bersebelahan tu. Nanti tak pasal-pasal runtuh pulak kompleks tu sebab tanahnya banyak yang dah mengalir ke tasik. Tak ke gitu? Apepon, sesapa yang bertanggungjawab pasal bende ni, please lebih bertanggungjawab, OK?

Memandangkan tadi lepas beli lunch tu aku berlari-lari ke kereta dalam ujan tadi, kaki terasa lembap pulak (bukan otak yang lembap dan bengap, ok). Jadiknya, untuk mengeringkan keadaan, aku ber'chicken-legged' la petang ni. Sejuk pulak kaki aku sebab air-cond ni tetiba je sejuk semacam.

Masa aku ambik gambar kaki aku ni, assistant aku masuk, seraya bertanya:

"kenapa bos ambik gambar kaki, bos?"

Aku sengih je. (Dalam hati : Kang ku lepuk kang).

Petang yang suram, cepat la jam 5.00 petang. Aku mau pulang!!!

Monday, October 6, 2008

Bloggers merempit

Aku rasa la, hari ini adalah hari bloggers sekalian untuk merempit. Ye la, bagi yang takde net kat umah tu, masa ni la nak update blog yang dah bersawang tak ber'update' tu. Ada yang sampai 3 minggu tak update. Lain la kalau macam orang tu yang hari-hari nak update (adakah merujuk kepada aku jua???).

Memandangkan bos akan masuk dalam 30 minit lagi, sepertinya aku nak tuliskan sesuatu la pagi ni, saja nak menghilangkan geram di hati. Pagi ni saja dah 3 kali aku hampir eksiden. Apa taknya, pemandu kiri dan kanan, depan dan belakang memandu macam hanj**gs!!! Aku tau la masuk bulan Syawal ni, dosa-dosa lepas dah diampunkan. Tak kan nak top-up dosa baru kot? Kalau ye pun nak meninggal di awal Syawal yang mulia ini, jangan la bawak sekali orang yang nak idup lagi ni. Kalau ikut ko ke syurga tu takpe la jugak. Kalau ko kena sumbat kat neraka, saper nye nak ikut ko???

Apa pun, kepada yang baru sahaja membuka e-mel, blog dan surat-menyurat hari ini, selamat bekerja dan bekerja lah kita dengan hati yang riang, ceria dan gembira pada hari ni...

...selamat beramal!!! (Macam iklan radio pulak). Chow!!!

Sunday, October 5, 2008

Balqis

Semalam aku ngantok giler. Jam 8 aku dah tido. Ntah la, macam no energy pulak nak sambung jalan-jalan. Tetiba tengah malam, adik aku sms anta gambar famili adik perempuan aku yang hari tu tak sempat nak upload dalam last entry Raya hari tu. So, aku dah upload and kira lengkap la tu the whole famili sumbat dalam blog.

But, what caught my attention is gambar yang dikirim bersekali dengan gambar famili adik aku tu. Ni dia gambar budak perempuan yang eksen dapat baju baru yang uncle dia belikan masa raya hari tu:

(sesi warming up. malu-malu lagi nak pose)

(sudah mula bergaya...)


(gaya seorang model yang sakit gigi tapi tetap mau posing)


(gaya seorang model yang terpele'ot dan terjatuh tetapi masih control ayu)

Tu gambar-gambar anak adik pompuan aku. Mak dia dulu pun kaki bergambar jugak. Kat rumah, gambar dia masa kecik je la yang paling banyak. Memandangkan muke yang lain tak fotogenik, simpan je la dalam almari.

mintak mahap jugak la sebab juru gambar yang ambik gambar ni tak bertauliah. Blur je memanjang gambar-gambar yang dia anta. Ok la, enjoy the pics.

Saturday, October 4, 2008

Bertunang...Wedding...Huh!!!

Penat berjalan-jalan hari ini terasa malas pulak nak update blog nih. Tapi bila terbaca blog juju, suddenly nak jugak menuliskan sesuatu.

Isu : bertunang...wedding...

Soalan yang ditimbulkan selalu saja ditanyakan bila ada khabar orang kawin, atau orang bertunang, atau orang lahirkan anak. Cuma tidak dibincangkan bila ada kenduri kematian je. Kalau time tu pun nak tanya aku bila kawin, rasanya hari tu ada 2 kali kenduri arwah agaknya...=).

OK la, bos lama aku selalu tanya:

"Bila nak kawin nih?"

Dan selalunya dibalas dengan senyum sebelum reply "Next year".

Then, the next year dia akan tanya the same question. But this time, her question added with extra sentence like this: "dari dulu i dengar you kata kawin next year".

Tetapi aku kekal dengan senyuman dan ayat yang sama : "Next year". Sampai sekarang, bos aku pun malas nak tanya sebab dia tau aku akan jawab the same answer. But this year, aku akan jawab macam ni:

"You know i am going to get married when you receive my invitation card. Til then, it's no go."

Is it a wise answer? Pedulik hapa!

But yes, memang sapa-sapa pun nak kawin. Ada anak. Ada family. Jenjalan sama-sama, holding hands tanpa rasa takut-takut sebab dah dapat "lesen". (Ala, orang sekarang ni jalan holding hands tanpa takut-takut pun...but not me, OK).

Tapi bagi aku, that can wait. And i can wait for that. No big deal. Orang kata umur dah meningkat. So what??? Panggilan jodoh tak sampai lagi kot. Adakah aku yang tak bersedia? Atau memang aku sendiri yang masih tidak membuat apa-apa persediaan. Entah...tapi yang pasti, jodoh aku masih belum sampai.

Bila???

Bila korang terima kad jemputan kawin...

p/s : mak dan ayah aku pun dah muak tanyakan aku hal-hal tu. Sebab dorang pun tau aku tau buat keputusan sendiri. Not like some friends yang asyik-asyik tanya bila aku kawin. Bagi yang terlalu sibuk sangat tu, sorry ye, aku kawin tak invite korang.

Friday, October 3, 2008

Titi DJ - Melayani hatimu

Gue bukan fansnya Titi, tapi abis dengarin lagunya yang judul "Separuh Hidupku" pantas gue jadi her biggest fan (wah!!! Perasan). Ini semua gara-gara seorang temen yang pake lagunya itu sebagai musik latar blognya. Lantas dicariin CD nya. (Slang Indon la pulak...)

(Ya ampun, di apain rambutnya??? Komen ini dipinjam dari komen peminat Titi dalam Youtube)

Judul album : Melayani hatimu.

Produced and arranged by : Erwin Gutawa

Jumlah lagu : 10 ( 6 lagu rancak dan 4 lagu irama perlahan).

Trek yang paling diminati : Separuh hidupku dan Biarkan Aku.

Paling mencuri hati apabila Lagu Stephanie (trek 6) dimasukkan sebagai satu lagu dalam album ini. Lagu ini rasanya lagu yang ditujukan khas buat anaknya (mungkin, sebab aku bukannya tau pun pasal Titi ni, sorry ye, biggest fans konon). Jarang sekali ada artis yang nak masukkan lagu-lagu berunsur keluarga dalam album. For me, it's brilliant!!! (Se'famous-amos' Siti pun, takdenye dia nak buat lagu judul Datok Kay).

Penilaian :

Dengan pelbagai irama yang disajikan dalam album ini, 4 dari 5 bintang untuk Titi. Album yang harus dimiliki (atau harus dipinjam dari member yang ada...siapa gerangan orang itu??? Perlukah dinyatakan dalam blog ini???)

Hari pertama kerja

Entry ni bukan pasal hari pertama aku kerja la. Ini pasal hari pertama aku kerja lepas cuti raya. Kat dalam ofis aku ni ada 3 orang je. 2 malays with 1 nyonyak (nyonyak = gadis tua). Mati la kalau dia tau... anyway, she's not a blogger. Not IT savvy punya orang. Hanya tau itu button cut, paste, undo saja. Kalau ada apa masalah, press off button. Atau klik restart. itu jek...

Keadaan di ofis begitu sunyi. Parking lot pun masih kosong...Macam nih.


Suasana masih menghijau. Hanya aku saja ditemani dengan CD berwarna hijau ni yang baru saja dibeli 2 hari lepas. (lari bajet aku raya nih beli memacam). Lagu kompilasi artis-artis Positive Tone; i.e. Juliet the Orange, O.A.G., Innuendo (my fav), Poetic Ammo, Deanna, Sarimah Ibrahim, Ferhad, V.E., Too Phat dan ramai lagi. Aku memang mengumpul CD artis-artis ni especially Innuendo, Too Phat, Ferhad, V.E., Ruff Edge dan lain-lain (ala-ala hip-hip and R&B).

Selain itu, aku jugak jumpa jumpa CD ni.

U can call me budak-budak, and i have no problem with that. (abis la kena kutuk dengan kengkawan). CD ni, and lagu-lagu zaman ini adalah lagu-lagu zaman aku dulu masa sekolah menengah. If i'm not mistaken, it was way back in 1993. Dah 15 years rupanya. Yet, lagu-lagunya masih segar dalam kepala aku. I can still remember most of the lyrics.

Apapun, aku tetap ingat bahawa aku dah di awal 30's. It is time to think about settling down. Mom, you dont have to remind me about that. =)

Thursday, October 2, 2008

Eagle Eye - movie review

Hari ni, Raymond Pang (an old friend from Sabah) came to pay me a visit. Actually, i invited him since i know he is not that type of adventerous kind of person who likes to walk around but stay at home. Since i dont have anything to do today, i took him out for a movie. We watched "Eagle Eye", stars Shia LaBeouf (The Transformer) and Michelle Monaghan (ntah minah ni berlakon filem apa zaman dulu-dulu).


Sinopsis:

Ceritanya simple. Mengenai sebuah komputer yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat bagi tujuan mengumpul maklumat mengenai pengganas seluruh dunia. (So advance, membangunkan satu sistem komputer canggih 36 tingkat dibawah paras bumi. Does Pentagon ada tingkat sedalam itu???). Kaedah mengumpul maklumat oleh komputer ini? Melalui semua jenis peralatan elektronik yang ada di bumi ini. Konflik utama cerita ini ialah apabila komputer ini (yang dikenali sebagai Aria) memberikan panduan kepada individu tertentu untuk mencapai matlamat yang ia kehendaki. Setiap panduan akan disampaikan kepada individu yang tepilih untuk menyelesaikan sesuatu perkara itu adalah melalui media elektronik di setiap sudut muka bumi Amerika tu ( seperti TV, telefon bimbit, papan iklan, elektronik, jentera, lampu isyarat dan sebagainya). Individu terpilih itu mesti ikut apa yang diarahkan oleh kompter itu, atau mati dibunuh oleh komputer itu sendiri.

Apakah matlamat Aria? Berjayakah Jerry (LaBeouf) dan Rachel (Monaghan) membantu Aria mencapai matlamatnya? Saksikanlah sendiri...kalau aku cerita nanti tak thrill pulak.

Komen negatif:

Filem dimulakan dengan babak pembunuhan umat Islam secara pengeboman peluru berpandu. Masalahnya, kenapa umat Islam? Dah takde umat lain ke dalam dunia ni yang nak di bom?

Sebenarnya, babak ini menceritakan bahawa pengeboman itu merupakan satu kesilapan. Kerana semasa penilaian keadaan (appreciation) sama ada pengeboman perlu diteruskan atau tidak, Aria (iaitu komputer yang membuat penilaian itu) tidak mencadangkan supaya misi pengeboman diteruskan kerana maklumat yang dikumpulnya tidak mencukupi. Jadi, apabila keputusan Aria untuk tidak meneruskan pengeboman itu ditolak oleh manusia, Aria mengambil keputusan untuk membuat keputusannya sendiri. Since manusia tak ikut protokol, dia pun tak ikut jugak. Cuma ada sedikit masalah bila ada orang yang cuba menghalang Aria dari berbuat demikian.

Kalau dari sudut lain, aku melihat babak ini adalah salah satu cara Amerika menjadikan perkara mengebom umat Islam ni macam perkara biasa je. Masa menonton babak pengeboman tu, aku dah rasa macam nak tinggalkan je pawagam tu. Benci!!! Tappi aku layan jugak sebab nak tengok kesudahannya macam mana. Aksi yang dipaparkan dalam babak seterusnya memang bagus. Cuma aku takut aku akan jadi terbiasa, atau tak rasa apa-apa dikemudian hari, apabila umat Islam di bom, dibunuh dan sebagainya kerana akan menganggap ia hanya sebagai wayang atau sandiwara saja. Sebabnya akan ditanam dalam fikiran ini bahawa pengeboman itu perkara biasa, dan membuat kesilapan adalah perkara biasa. Jadi, walaupun ia wayang, janganlah ia menjadikan umat islam ini leka bahawa pengeboman itu sekadar wayang sehingga kita tidak terasa apa-apa apabila menontonnya.

Ending filem ini juga terlalu simple. Filem yang penuh aksi tetapi pengakhiran yang hambar. Agak mengecewakan...

Cuma di hampir penghujung filem, Aria cuba menyimpan data yang dikumpulnya kepada satelit bagi mengelakkan ia dirosakkan oleh manusia. Mungkinkah ada Eagle Eye 2?

Komen positif:

Bagi sesiapa yang meminati filem aksi, filem ini sesuai untuk anda. Dari awal lagi anda akan disajikan dengan babak-babak cemas, aksi tanpa henti. Anda akan tidak berganjak dari kerusi. Jadi, jangan minum banyak-banyak masa tengok movie ni. Takut tertinggal babak-babak yang menarik.

Bagi yang meminati fiksyen sains, mungkin ini adalah masanya anda memikirkan sama da apa yang dipaparkan oleh filem ini betul atau tidak (i mean, sama ada komputer betul-betul boleh mengawal manusia sedemikian rupa). Mungkin ada, mungkin tidak. Anda tolong fikirkan, ya.

Lakonan berkesan dari setiap watak. Babak sedih LaBeouf di bawa dengan baik. Babak kerisauan seorang ibu terhadap seorang anak ditonjolkan dengan begitu berkesan oleh Monaghan. Babak menjengkelkan oleh kedua-dua watak yang pada mulanya tidak mahu mengikut arahan ditonjolkan dengan begitu baik sehingga penonton akan terasa seperti nak kata "ikut je la arahan tu, bangang!!!". Apa la degil sangat orang putih ni. Dan semua perasaan itu menyebabkan filem ini 'hidup'.

Persamaan dengan filem lain (jika ada):

Aku tak kata ada persamaan dengan sebuah filem yang satu ni, tapi filem Eagle Eye ni mengingatkan aku kepada filem "13 - thirteen" dari Thailand. Ceritanya mengenai individu yang juga menerima panduan dari seseorang melalui media elektronik (dalam filem ini, hanya telefon bimbit. Sesuai dengan keadaan Thailand yang tak berapa nak advance lagi tu). Apabila menonton 1/3 dari filem Eagle Eye, aku teringat filem ini. Cumanya, 13 merupakan satu filem berasaskan realiti TV. Seseorang individu itu perlu menyelesaikan 13 tugasan (dan menerima arahan melalui telefon bimbit) sebelum memenangi sejumlah wang. Berjayakah pelakon ini memenangi wang itu? Apakah 13 tugasan itu? Tengok la sendiri.

Moral of the story:

(i) adakah zaman ini sudah terlalu canggih sampai hidup kita pun sudah boleh dikawal oleh komputer? Jadi, jangan terlalu bergantung kepada media/peralatan elektronik.

(ii) adakah anda mahu mengikut arahan dari seseorang yang tidak dikenali melalui telefon? Selidik dulu, ok. Sama jugak kalau dating dengan orang yang dikenali melalui net. Beware!!!

(iii) Gunakan otak. Adakah anda tahu otak anda adalah lebih baik dan bijak dari mana-mana komputer canggih yang ada atas muka bumi ini???

Penilaian:

Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk filem aksi ini. Disyorkan kepada mereka yang minat filem berunsur fiksyen sains dan aksi.

Ingin menonton sekali lagi??? itu sudah PASTI!!!

p/s: aku teringin nak tengok filem KAMI. Mungkinkah menjadi satu lagi filem yang merosakkan muda mudi Malaysia??? Kita tengok nanti.

Balik raya

Masa raya pertama tu, aku hantar my girl balik kampung. sempat jugak beraya kat rumah dia sebelum hantar dia balik via LCCT KLIA. The terminal was so packed, we can hardly see the counter. The picture can tell...


(she is among the crowd...pilih la sendiri).

Last year, aku pun balik masa pagi raya. But not via LCCT. KLIA la of course (sebab aku naik MAS. AirAsia??? What is that????). I was lucky at that time because my flight was at 4 am, where everybody is still on their bed. I left home around 2 am. Not many cars on the road. When i reached KLIA, the crowd is just starting to build up. So, i didn't experienced this situation.

Cumanya, amongst the crowd, we met our secondary school ex-principal, Mr. Albert Chia.

"Baru balik raya?" He said.

"Ya...sebab banyak kerja." My girl replied.

"Itulah dia...semangat Kuhara!!!" Said Mr. Albert.

We were stunned for a moment...Semangat Kuhara??? Maybe he is right. Semangat Kuhara.

For those who has just heard this japanese word, it is the name of my school, SMK Kuhara. Founder of the school is Sir George Wyatt on 16 Jan 1967. (Hey, how do i know that? Search the web, please). Why is the name is a little bit Japanese??? Maybe Sir George likes to eat sushi. Hehehe. Actually, my school situated next to a war site, at Jalan Kuhara. Maybe because of that. (maybe). It was believed that around that area, treasures of the japanese army is still buried somewhere. How far it's true, nobody knows.

But, lupakan pasal treasure tu. Ni pasal raya. kalau sapa-sapa jumpa harta to, consider that as a hari raya gift.

Cumanya yang aku tak suka pasal sekolah tu, logo sekolah, motto dan lagu sekolah dah bertukar. Ntah siapa punya idea lah tu. I believe most of my friends tak tau nyanyi lagu baru itu. Kalau nak tunjuk pun dah moden, jangan la ubah yang mana dah ada. dah hilang dah klasik dan nostalgik sekolah aku tu. So, sekarang ni aku dah terasa malas pulak nak pi sekolah tu, sebab dah lain. Sebab... sebab...sebab aku dah tak sekolah situ lagi la, ngong.

Moral of the story:

(i) jangan balik di akhir garisan (masa nak raya). begini la jadiknya...

(ii) kalau masa sekolah dulu bersemangat waja, masa kerja pun perlu bersemangat waja jugak.

(iii) fly MAS (promo ke???).

(iv) please upgrade the LCCT facilities. Since everyone can fly, need to make sure they feel comfortable before they fly.

Apapun, selamat hari raya...whereever you are...

Raya!!!

RAYA!!! YEAY!!!

Selama 2 hari ni banyak benda yang dibuat sampai tak sempat nak masukkan apa-apa entry. Tapi yang paling menggembirakan ialah the whole family anta gambar raya. Terubat rindu jugak.


(Dad and mom...sori, gambar blur sikit )



(my eldest sister's family...yeah i know. My brother in law is a rocker)


(second elder sister, the most productive. paling banyak anak)


(first younger sister's family)


(second younger sister's family...anak baru satu. Satu lagi on the way)

(youngest brother and sister...the boy is the youngest)

Hilang jugak la kerinduan pada keluarga. Aku tak berapa risau jugak kalau tak pulang this year sebab the whole family dah tahu in advance yang aku tak balik. In fact, beberapa tahun yang lalu pun tak balik. Kalau dapat tiket government percuma every year, memang akan balik punya. I heard government dah luluskan that option beginning next year. Kalau berjalan seperti yang diumumkan, maknanya setiap tahun aku akan balik beraya, Insya Allah.

Enjoy the photos...